Makanan pelengkap hanya boleh diberi kepada bayi apabila bayi sudah mencecah usia 6 bulan.

Namun, apakah makanan pejal terbaik buat bayi?

Adakah bijiran di dalam tin?Makanan bayi yang diproses?Ataupun makanan yang dimasak sendiri di rumah?

Mengapa kita tidak digalakkan memberikan anak kita makan bayi yang diproses?Mengapa perlu beri makanan yang dimasak di rumah?Bukankah makanan bayi yang dijual di pasaran itu memudahkan?

Apa komen anda?

Komen saya, selagi nama pun makanan bayi yang diproses…nyatakanlah 13 kali sekali pun yang TIADA bahan pengawet, ingat saya percaya??Tak letak pengawet lain garam gulakan pengawet juga..bayi bawah 2 tahun mana boleh makan garam gula….Satu lagi, sedap ke makanan bayi di pasaran tuh?Tahukah cara mereka proses?Halal ke?

Anak saya makan bubur saya masak…dia suka bubur yang saya masak walaupun bubur itu tawar..tawaq hebiaq….namun ada rasa manis manisnya…masin masinnya…perisa original…..

Apabila anak saya dah mula nak makan nasi biasa saya sediakan sup untuk dia…sup ayam…sup daging..sup ikan bawal..sup ikan merah sup ikan tenggiri…steam salmon…steam bawal…steam chicken dan sebagainya tanpa garam! jadinya anak saya sorang je yang akan dan boleh makan..orang lain tak makan la makanan tawar nih plainnn jaaa…dia selamba saja makan….Kalau terpaksa makan di luar anak saya makan nasi kosong sahaja tu pun makan dengan penuh seleranya disulami dengan susu ibu fresh dari mommynya….lazat tuh!kalau orang jepun makan nasi dengan ayaq teh anak saya makan nasi dnegan ayaq susu ibu!

Ketika anak saya bayi, saya juga beri anak saya makan sayur seperti lobak merah, sawi, bayam, buncis, asparagus, dan celeri…sekarang ni dia decide la nak sayur apa…suka hati dia nak ke tak nak….tiada paksaan….

Pada peringkat awal bagi anak makan tak perlulah bagi banyak sangat…sesudu dua je pun cukup..lama lama baru tambahkan kuantitinya ikut demand tukang makan…ok?

akif makan bubur atas kukucar

masa dia bayi

akif makan

sesudah 4 tahun..eh ke 3 tahun??

Dah boleh makan di luar dan di dalam rumah…kalau dah besar nak bawa makan kat mana pun boleh…tapikan anak kami dari kecil pun memang beradab di meja makan..kihkihkih….

kasi tips sikit la

Kalau nak anak kita beradab sopan di meja makan atau di tempat makan, masa anak kita kecil lagi..yakni ketika menyusukan pun silalah mengamalkan adab sopan makan dan minum…Apabila anak dah makan makanan pejal suap anak makan di SATU tempat sahaja..elakkan layan anak makan merata-rata…sambil berlari atau di serata taman perumahan(bibik bibik sukalah bagi makan anak serata taman perumahan nih..selalu saya tengok maid indon bagi anak makan berjalan merata). Tetapkan tempat makan anak supaya dia mudah faham kelak apabila diajar makan setempat…zaman saya kanak-kanak dulu tempat makan kami adalah di dapur makan berjalan kena sebat..makan bertinggung kena sigung hahahahhahaha…

Ish cari tak jumpa pula gambar saya makan di rumah…mana erk?

jangan lupa baca boikot nestle ni ya

Related Posts with Thumbnails