Lagi berita tak sedap dibaca

3 kanak-kanak China maut selepas minum susu dicemari nitrit

2011/04/08
BEIJING: Tiga kanak-kanak mati manakala 35 yang lain sakit selepas meminum susu yang dicemari nitrit di Gansu, iaitu skandal keselamatan makanan terbaru yang melanda industri tenusu negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan 35 mangsa terbabit adalah kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan kini dirawat di dua hospital di bandaraya Pingliang.
“Siasatan awal menunjukkan semua pesakit diracuni nitrit selepas meminum susu yang dibekalkan dua ladang tenusu," menurut laporan Xinhua.
Nitrit digunakan untuk merawat daging.

Kedua-dua ladang tenusu itu ditutup dan pengurus mereka sedang disiasat.

Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut dan hampir 300,000 yang lain jatuh sakit akibat meminum  
 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3kanak-kanakChinamautselepasminumsusudicemarinitrit/Article/

Tak habis habis.la China nih….telur turuan la apa la lagi hah??

 

Cetak .  Emel Rakan . 
Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal

2011/04/07
GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, 
alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. – BERNAMA

sungguh menakutkan dunia hari ini…semua FAKE kah???

Gerunnya…..apa dah jadi?Desparate sangat dah?

Tak tau nak komen apa dah….

FAKE EGG

image taken from google image

Tiba tiba rasa loya pula nak makan telur sedangkan telur ayam yang dibeli..Insya Allah selamat…aduhai……

Related Posts with Thumbnails