Cara-cara membuat DASHI dengan menggunakan IRIKO yakni ikan sardin kering

Dashi

(Japanese basic soup stock)

Dashi is the basic stock used in Japan for a wide variety of soups, stews and other dishes. Flavored with a combination of dried fish flakes and and seaweed, it has the simple, clean flavor of the ocean.

iriko

gambar dicilok daripada FB..oleh Rozy..mohon dihalalkan

 

Cara nak buat DASHI menggunakan iriko

1. 15g iriko untuk 1liter air. Siang buang kepala dan isi perut iriko. Cuci bersih

2. Masukkan ke dalam air dan rendam seketika

3. panaskan periuk berisi air dan iriko dan biarkan mendidih. Sambil-sambil tu ceduk buang segala buih-buih yang terhasil ketika didihan. Didihkan dalam 5-7 minit

4. Tutup api dan tapis, ambil sup(dashi) sahaja..ikan tu suka hati nak buat apa hehehe…

dashi(sup) itu boleh juga dibekukan.Bekukan macam buat ais batu pun OK.

Dashi ini bolehlah digunakan untuk membuat sup kake udon ka..menanak nasi sushi ka…dan apa jua masakan jepun yang memerlukan DASHI

Bersama ini saya tempekkan sedikit nama-nama bahan-bahan yang selalunya digunakan dalam masakan jepun

namabahan

Ini pula di antara bahan yang tidak halal jika terdapat kandungannya di dalam mana-mana  makanan jepun.

afal character dia nih..ehh kat table atas ada alkohol tu sila hafal juga…

nonhalal

Related Posts with Thumbnails