Cara buat tepung tempura

kan kalau kita nak buat tempura kita kena ada tepung..kihkih

nak senang pi ja beli kat Jusco tuh…tapi kalau rajin boleh cuba cara berikut

 

cara 1…

bahan-bahan

tepung serba guna/tepung gandum – secawan

tepung jagung- 1-2 sudu…nak omit pun OK…

garam secukupnya

telur – sebiji

air sejuk(wajib sejuk…kalau tak ada air sejuk guna air masak then masukkan ais…air sejuk peti sejuk )- 3/4 cawan ataupun ikut kepekatan yang anda nak…

 

Cara-cara menyediakan:

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sampai kembang

masukkan tepung-tepung dan garam

masukkan air dan kacau sebati

Dah boleh mula celupkan bahan-bahan yang nak ‘ditempurakan’

#######################################################################

 

Cara 2

bahan-bahan

tepung serba guna/tepung gandum*

tepung jagung*

garam secukupnya*

telur

air sejuk(wajib sejuk…kalau tak ada air sejuk guna air masak then masukkan ais…air sejuk peti sejuk )

baking powder*

soda bikarbonat*

 

Cara menyediakan:

satukan bahan-bahan bertanda *

masukkan air sejuk dan telur gaul sampai sebati.

Siap untuk ‘mentempurakan’

 

Cara nak menggoreng

Masukkan minyak sayuran ke dalma kuali..dalam 1-3 inchi

biarkan panas seketika dan masukkan bahan yang hendak digoreng

setelah agak garing angkat dan ‘lap’ minyak dengan kain atau tuala dapur yang bersih..siap…boleh makan

 

Apa yang boleh kita jadikan tempura?

1. udang

2. bendi

3. carrot

4. terung

dan banyak lagi…..

saya suka terung dan udang serta bendi..ehhh semua yang berkenaan….

Related Posts with Thumbnails