Resepi-resepi roti yang saya cilok ONLINE..bukan resepi original..tujuan letak kat blog adalah untuk memudahkan saya membaca..kalau atas kertas seksa aku nak baca sebab mata tak nampak..kena suluh suluh plakkkkkk

harapan saya tuan-tuan resepi halalkan ilmu ni

saya sebenarnya nak guna secara offline sebab tu tak semua ada nama pemilik sebenar..main copy tampal kat word..sekali nak baca seksa…so saya ingat saya letakkan saja kat blog saya…senang..rasa nak buat roti saya buka laptop saya……

RESEPI ROTI NAIK
resepi asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
source :
mamafami@spicensplendour
Bahan-bahan

  • 500g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 180g gula halus
  • 2.5g yis – hana lebihkan 1.5g
  • 113g marjerin
  • 37g minyak sapi@butter
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
  • sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

Cara-cara

  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Bila doh dah bercampur, majukkan marjerin dan jugak minyak sapi. Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40min. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 200 selama 15-20min sehingga keperangan. – hana bakar suhu 170 selama 20min.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.
  • Untuk uli tangan , rujuk resepi asal SINI.

RESEPI ROTI MARBLE COKLAT BERKISMIS
source :
kak.noormasri
Bahan-bahan

  • 410g tepung high protein
  • 100g tepung superfine
  • 100g susu pekat manis dibancuh dgn air – hana buh 50g susu pekat + 50g gula
  • 3/4 sk garam
  • 7g atau 2 1/2 sk yis segera
  • 1 biji telur – pukul sekejap
  • 130ml air (-+ kurang lebih)
  • 60g butter – pd suhu bilik
  • sedikit coklat emulco dan kismis cincang
  • water roux (125ml air + 25g tpg gandum > kacau atas api sampai pekat)
  • Untuk sapuan (Egg Wash) : 1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air

Cara-cara

Masukkan ke dlm mixer/BM kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin. Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung. Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan ‘egg wash’ atas permukaannya. Bakar pd suhu 180′C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

RESEPI SWEET POTATOES SWIRL BREAD
by :
Frozen Wing
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 130ml susu segar (resepi asal soya) – hana tmbh lg kurang lebih 20ml
  • 1 biji telur
  • 200g keledek ( kukus dan lenyek)
  • 300g tepung roti
  • 155g tepung gandum
  • 8g yis
  • 40g badam kisar – hana xde stok gune kcg tanah kisar
  • 5g garam
  • 2tbsp butter

Cara-cara

  • Satukan susu dan telur. Kacau.
  • Dalam mixer bowl (mixer yg besar yer – hana gune BM), satukan tepung roti, 65gm tepung gandum, yis, badam kisar dan garam. Masukkan susu+telur sedikit demi sedikit dan teruskan memutar hingga doh smooth. Masukkan 1 sudu besar butter dan uli lagi hingga betol2 lembut dan elastik.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tinggalkan 1 bahagian dalam mixer bowl dan masukkan keledek lenyek , 90g tepung gandum, 1 sudu besar butter dan sedikit pewarna oren. Uli lagi hingga doh lembut dan tidak melekat. – akceli adunan nih sedikit melekat. jgn buh tpg lagi nanti masa canai baru main dgn tepung. dikhuatiri roti akan keras jika terlebey tepung.
  • Bulat2kan kedua2 doh ke dalam mangkuk berasingan. Tutup dengan kain/plastik wrap. dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 40min.
  • Tumbuk2kan doh untuk keluarkan udara, taburkan tepung ke atas papan canai. Canai kedua2 doh dengan ketebalan lebih kurang 1inci dan sama besar . Letakkan doh plain ke atas doh keledek. Gulung dengan kemas. Dan masukkan doh ke dalam loaf tin. Naikkan doh sekali lagi lebih kurang 40min lagi hingga double size.
  • Panaskan oven suhu 170C, bakar selama 30min atau hingga roti masak. Sejukkan di atas redai baru potong.

RESEPI BASIC DOUGH ROTI
by:
kak.nor
source : izahdaut, kak.anim, mas
Bahan-bahan

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

Cara-cara

  • Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  • Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.Biarkan sehingga proses menguli selesai.Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.
  • #kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

RESEPI ROTI KENTANG
by :
matgebu@dapurtanpasempadan
Bahan-bahan
Bahan Doh

  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 g gula halus
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard

  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Cara-cara

  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang

RESEPI SOFT BUTTER BUN
Sumber : Channel2004 via NoorMasri
Bahan-bahan

  • 140 ml air
  • 1 butir telur
  • 30g gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti
  • 250g tepung high protein
  • 50g tepung superfine
  • 2-1/2 sudu besar susu tepung
  • 1-1/2 sudu kecil yis kering
  • 30g majerin, pada suhu bilik
  • sosej secukupnya
  • Chocolate filling – hana guna inti kacang merah
  • Buah ceri untuk hiasan
  • Bijan untuk hiasan

Utk Sapuan

  • 1 biji telur + 1 sudu besar susu – campur
  • sket mentega

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali mentega dan uli sehingga membentuk doh. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin dan elastik. Perap doh selama 1 jam atau sekali ganda.
  • Tumbuk doh dan bahagikan kepada 55g setiap satu bahagian.
  • Ambil satu bahagian doh, gentel memanjang dan gulung pd sosej yg telah direbus. untuk bentuk2 lain rujuk blog mamafami. klik SINI
  • Susun di dalam loyang yg dilenser skit mentega.
  • Biarkan naik 2 kali ganda, sapu atasnya dgn campuran telur dan susu kemudian taburkan atasnya dgn keju cheddar.
  • Bakar pd suhu 170C selama 20 min. Bila masak sapu dgn sket mentega.

Pudding roti kastad

Bahan-bahan

  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad – Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Mix vege sausage bun

Bahan-bahan

  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast (mauripan)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
  • 150 ml air
  • 30 g mentega

Bahan lain

  • 8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
  • Mix vege secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Mayonnaise secukupnya
  • Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)

Cara-cara

  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 – 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 40g setiap satu), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 – 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.

Kare pan…roti kari daa

Bahan-bahan

  • 200g tepung gandum@tepung roti
  • 16g butter
  • 18g gula
  • 4g yis kering
  • 2g garam
  • 90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik)
  • Utk saduran – Telur dan breadcrumbs

Inti Kari

  • 3-4 biji kentang – potong dadu
  • 1/2 btg carrot – potong dadu
  • 100g daging cincang – hana gune ayam
  • 1/4 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan ikan bilis@udang kering – hana campur
  • 2 sudu makan serbuk kari – bancuh jd pes
  • 2 sudu makan tepung katakuriko – (resepi asal) – hana x ltk
  • hirisan daun sup
  • garam dan gula

Cara-cara

  • Utk membuat inti – blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
  • Untuk membuat roti – Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
  • Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
  • Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
  • Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.

American hot dog

Bahan-bahan
Bahan Roti

  • 400 g tepung roti
  • 20 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 250 ml air
  • 30 g lemak sayur (shortening)

Bahan Lain:

  • Sosej ayam, dicelur dan biar sejuk
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Kepingan tomato
  • Sos tomato
  • English mustard – tadak!
  • Telur rebus, dipotong kepingan

Cara Membuatnya:

  1. Untuk Roti:- Satukan semua bahan untuk roti kecuali lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Campur lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut, perap 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk roti dalam bread maker dan pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Keluarkan doh, bagi kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehat 10 minit. Bentukkan memanjang kurang lebih sama panjang dengan ukuran sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Jarak2 kan dan biar 45 minit lagi. Spray permukaan doh dengan air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  2. Untuk "AMERICAN HOT DOGS" :- Ambil satu roti tadi, belah dua tapi jangan putus, susun daun salad, hirisan tomato, telur rebus dan sosej. Paip kan mayonis, mustard dan sos tomato sebelum dihidangkan. Mat cuma paipkan "sos thousand island" jeeee…. (hana campur sos cili + mayonis + lemon >> jd ler ala thousand island! :D )

Mix fruit bread

clip_image001Bahan-bahan
Bahan A

  • 240g tepung roti
  • 60g tepung gandum
  • 45g gula perang (resepi asal 30g gula putih)
  • 3g garam
  • 6g yis kering
  • 1sk parutan kulit oren@lemon – hana gune oren
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 1sk bread softener – nih hana tambah

Bahan B

  • 60g butter (resepi asal 90g)
  • 30g telur
  • 130g susu segar

Bahan C

  • 75g kismis – cincang kasar
  • 60g mix fruits – cincang kasar
  • 30g almond – cincang (hana gune walnut)

Cara-cara

  • Satukan bahan A dan gaul mesra. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga sebati dan tak melekat di tangan. Masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastic.
  • Kaedah lain – Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan setting menu Doh dan ONkan. tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh dengan cyling wrap dan perap sehingga naik dua kali ganda.
  • Keluarkan doh dan tumbuk2an bagi mengeluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan seperti membuat roti hotdog. Biarkan hingga naik dua kali ganda lagik dan kelar 3 menyerong atau memanjang sblm bakar.
  • Kaedah lain – Bahagi dua. setiap satu lebih kurang 360g. Kemudian gulung memanjang kepada tiga dan buat seperti tocang. Masukkan ke dalam loaf tin atau biarkan begitu sajer atas loyang dan biarkan naik dua kali ganda lagik.
  • Sebelom membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Sapukan roti dengan campuran susu segar dan madu. Bakar suhu 170 selama 25-30min.
  • Sejukkan di atas redai dan sapukan dengan butter.
  • Potong dan siap dihidang.

Roti kismis gebu

BAHAN-BAHANNYA

  • 300 g tepung roti (high protein flour)
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 50 g gula halus
  • 8 g instant yeast
  • 50 g mentega – hana campur shortening
  • 50 g kismis
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
  • 120 ml air
  • Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)…atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
  3. Biarkan 30 – 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 – 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan….. Selamat mencuba

Mini sosej roll

Bahan-bahan

  • 250g tepung roti
  • 6g yis kering
  • 50g gula
  • 50g butter
  • 20g susu tepung
  • 1 biji telur- size S
  • 70g water roux
  • 1/2 sk bread improver
  • 1/2 sk garam
  • 90-100ml susu segar
  • sosej secukupnyer – rebus dahulu

Cara-cara

  • Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. Tunggu hingga siap.
  • Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
  • Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
  • Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
  • Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
  • Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.

Donut

Bahan-bahan

  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 25g gula
  • 4g garam
  • 5g yis
  • 4g bread improver – resepi asal baking powder
  • 18g shortening
  • 1/2 biji telur
  • 100g susu segar
  • 50ml air
  • peanut butter secukupnya – utk glaze

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
  • Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
  • Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  • Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
  • Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.
  • Utk Glazed – Cairkan peanut butter menggunakan microvawe. (Boleh juga cairkan di atas dapur tp menggunakan api yg kecil @ kaedah double boiler)
  • Celup donut tadi dan sejukkan di atas redai. Boleh taburkan manik hiasan jika suka.

Donut 2

Bahan-bahan

  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 25g marjerin@butter lembut
  • 6g yis
  • 1sk pes 3 in 1@shortening
  • 1sk bread softener (optional)
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/2 biji telur
  • 90-100ml air suam (bleh gune susu segar tp tkyah buh susu tpg)
  • garam

Cara-cara

  • Satukan semua bhn kecuali air ke dlm mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati hingga menjadi doh yg lembut.
  • Tutup doh dengan kain lembab@plastik wrap hingga naik dua kali ganda.
  • Canaikan doh dan terap menggunakan acuan donut atau gune tangan.
  • Biarkan seketika dlm 5-10minit (doh nih cepat naik).
  • Panaskan minyak.Goreng hingga kekuningan.
  • Dah sejuk taburkan ngan gula aising atau topping kegemaran anda
Related Posts with Thumbnails