Kalau saya menaip bab kerisauan hati saya bab anak saya orang akan kata saya ni melampau..overprotecting etc…

saya tau anak saya akan membesar akan pandai akan menjadi seperti insan-insan lain..akan pandai akan pandai..anak saya memang PANDAI

saya bukan memandang rendah akan anak saya..saya tahu kadar kemampuannya..saya tahu..tetapi saya sangat risaukan emosinya..sebab dia ni jiwanya halus..maklumlah anak seorang..anak yang diberi tumpuan oleh ibubapanya..dan dia nianak yang kalau depan ibubapa semua benda dia buat buat tak tahu…tapi sebenarnya kalau tanpa ibubapa PANDAI lah pulaaakkkkk

masalahnya mommynya hanya tahu dia PANDAI apabila dia dah buat….korang tak rasa rugi ke kalau korang yang mengandung yang beranakkan anak itu..tup tup masa pertama kali dia meniarap atau merangkak ORANG LAIN yang tengok dulu..saya rasa rugi///uhuk uhuk…melampaukan saya hahahahahahah…tapi redha…hahahhaha….anak saya bijak sebab dia meniarap..merangkak dan berjalan buat pertama kali depan kami..agaknya dia pun kesian ngan ibubapanya…so dia buat semua tu depan ibubapanya hahahahahhahaa

sebenarnya apa yang saya risaukan ni?

Anak saya tu dia SUKA melukis….tapi ada budak suka kacau dia melukis..dan dia anak yang setakat ni memang patuh dan taat akan pesan ibunya..kalau orang kacaupun jangan pukul orang tu….nak nangis..nangis la…tapi saya marah tau kalau anak saya nangis ada orang ejek..saya rasa nak seliparkaaan saja orang berkenaan…dia nangis biarlah dia nangis..yang hangpa nak suruh dia berenti nangis tu awat??dia guna ayaq mata hangpa ka???

Biar masa kecil ni anak saya menangis selagi dia rasa dia perlu menangis…dah besar karang…..harapan saya dia tak akan menangis lagi….

masing masing ada cara mengajar dan mendidik anak…saya tahu…tapi didik dan ajarlah anak dengan hemah dan budi bahasa….

ok..

tukar topik

lompat topik…..

ok….bab syarat jadi anak susuan….tak mau cerita syarat nak Notakan sedikit sahaja..kalau orang dewasa minum susu ibu …susu isterinya sebagai contoh tak akan jadi anak susuan si isteri ya..sebab..syarat nak jadi anak susuan kena berusia 2 tahun ke bawah….kalau jadi suami mana ada yang berusia 2 tahun kan..tak kisahlah dia dah minum 120galon pun..kalau dia bukan berusia bawah 2 tahun dia tak akan jadi anak susuan…

anak yang minum susu ibu kandungnya BUKAN anak susuan ibunya tapi dia adalah anak KANDUNG ibunya…

nota mudah dan nampak macam bodo je kan…tapi percayalah..hakikatnya masih ramai keliru…

sekian..

Related Posts with Thumbnails