OK. Mai nak share resepi nasi daging ala Cik Fid..sebenarnya segan/malu nak share sebab resepi ni tak rupa resepi pun..main hentam sahaja..pakar pakar resepi sila jangan gelakkan..ai malu..janji tiada bahan pengawet seperti MSG hahahahahahhaaaa

Al kisah..saya halfday leave sebab demam..lantas tertonton TV apa taktau..hypptv channel mana tah….sambil tidur menonton TV!hahahhahaaa

Ada kisah orang masak nasi daging terus rasa nak masak juga….

OK….bahan bahan:

  • Daging setengah kilo(memula tamak nak sekilo tapi tak jadi tetiba sedaq diri kata tamak haloba)
  • Beras basmathi 3 pot (memula nak buat 4 pot tu tapi sib baik sedaq diri)
  • Minyak sapi – agak-agak la ya
  • bawang putih dimayang *
  • bawang besar dimayang sebiji dah lee*
  • halia 1 inchi dimayang*
  • bunga lawang 2-3 kuntum hahha *
  • kayu manis 2-3 kayu(?) *
  • buah keras(tak buh punnn sebab dah habis rupanyaaa) *
  • susu cair cap ideal 3/4 tin(ada 1/4 tin simpan dalam tupperware dilema taktau nak buat apa..bandungkan je la)
  • garam (halalgel hahahha)
  • daun pandan 2 helai (kalau tak dak mai la ambik kat umah aiii)
  • air
  • halia, bawang putih yang ditumbuk untuk rebus daging.

 

Cara nak buat…

  • mula mula kita rebus daging..buh daging dalam periuk…ohh ya daging tu potonglah ala ala 1-2 inci besarnya…rebus dengan air dan halia serta bawang putih tumbuk….sampaaaiii hempuk(?)
  • Lepas tu….toskan(?)..ala asingkan la air rebusan dan daging….
  • Panaskan periuk nasi, buh minyak sapi, tumis bahan bertanda *
  • Dah naik bau bagai…masukkan ayaq sikit….
  • Then agak agak tak larat nak fikir saya pun masukkan beras yang dah siap dicuci…..
  • then masukkan air serta susu….gulung-gulang/simpul daun pandan buh…buh garam..buh daging yang direbus ke dalam periuk juga yaa..eloklah kalau guna periuk besaq sikit..hehheheh sikit..terus pindahkan ke dalam rice cooker(memang dah guna periuknya…tinggal angkat dr dapur masuk perumahnya je laa)
  • tekan cook….taraaa….
  • ohh yaa kalau nak boleh buh kismis…badam bagai yang dah digoreng tanpa minyak…

ehh ada bahan tertinggal ke?buh la mana sempat erk…

Dah boleh makan…daging tu boleh angkat dari nasi..potong kepada saiz yang dikehendaki…

Cara buat ayaq asam later kita cerita….

Related Posts with Thumbnails