Resepi takoyaki

Saya buat takoyaki..

Alaaa nanti nanti saya update gambar ya..untuk masa sekarang tak boleh….

Resepi yang saya guna

Untuk batter:

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 3.5 cup dashi
  3. 2 biji telur
  4. 1 sudu the baking powder
  5. 10 ekor udang dicincang halus
  6. Secubit garam

Cara menyediakan.

Campur semua bahan di atas…gaul rata…kalau tak cukup cair, tambah lagi dashi

Untuk masukkan ke dalam takoyaki

1. Tako/octopus/sotong kurita yag dah direbus. Kalau nak buh udang ka ketam ka pun OK juga

2. Daun bawang dicincang halus

3. Beni syoga/jeruk halia dalam cuka beras dicincang halus.

Untuk topping

1. Katsuo bushi/bonito flake

2. Sos takoyaki(saya buat sendiri)

3. Mayonis (saya guna mayonis jepun kewpie)

Cara nak masak

1. Panaskan takoyaki pan/grill/maker

2. Sapukan sedikit minyak

3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan…

4. Masukkan tako, daun bawang, halia

5. Tunggu dah garing sedikit kaliskan bagi ke kedudukan 90 degree

6. Alih-alihkan/balik-balikkan.

7. Dah masak angkat

8. Taburkan topping..

9. Dah boleh makan…

Untuk cara memasak nanti blog saya dah pulih saya sertakan gambar…hehehehehe

Beriya ko!

Related Posts with Thumbnails