My homemade chilli sauce is always the best

Nampak? Confident sungguh hahahaha

Wajib laaaaa

Resepi(sukatan ikut suka..ya ammppooonnn)

Cili merah (dalam 25 biji kot)
Bawang putih (2 labu)
Cili besar sebiji
Gula merah 4 sudu
Cuka 3 sudu (hari ni guna natural white vinegar)
1 sudu corn starch untuk memekatkan sos(campur dengan air…agak agak juga..guna air sejuk berais atau peti sejuk )

Cara buat
Cuci dan Belah cili buang biji
Kupas bawang
Satukan semua bahan kecuali corn starch dan blend sampai lumat
Masukkan ke dalam pressure cooker kesayangan
Pilih mode soup or equavalent and let it cook for 20minit
Dah 20 minit..
Release wap ataupun tunggu je sampai lid boleh dibuka haha..
On mode bake/stirfry tambahkan air kanji jagung dan masak sampai mendapat kepekatan bersesuaian.

Dah sejuk masukkan ke dalam bekas bersesuaian

Boleh la guna untuk memasak ke menyicah ke menambah kesedapan ke..ikut suka tukang makan

Kalau tak guna pressure cooker..
Masak atas dapur macam biasa dan pekatkan selepas mendidih..

Agak-agak kalau saya open order homemade chilli sauce ni ada yang mau beli ke??

Related Posts with Thumbnails