Dahh dahh..relaxx
Pak menteri kata tempoh setahun untuk tukar ke kasut hitam. Tahun depan boleh pakai lagi kasut putih yang dah beli tu..
Faham??

Ke kome dah beli stok kasut putih untuk 5 tahun?

Btw.. nak tanya.. awat ada orang yang anak tak terlibat dengan kasut hitam putih ni pun kalut juga? Dok diam diam boleh?

Syoknyaaa kasut hitam.. tak sakit sangat mata

Kami pakai kasut putih darjah 1-6

Form 1-5 kami pakai kasut ‘kulit’ hitam
Tetapii kami tetap ada kasut putih.. untuk PJ dan hari sukan..main hoki kami pakai kasut hitam kanvas..RM7 ke RM10 sepasang..
Tu pun tak mampu beli..coach yang belanja!
Kasut hitam dan putih masa sekolah menwngah disponsor oleh kerajaan Malaysia
Zaman tu PM kami PM4

Masa matrik.. ko pakai je la kasut apa punn janji bukan selipar jamban.. itupun ada kala terbabas.. terpakai juga selipar jamban..nasib laaa

Masa kat universiti..
Akak pakai kasut ikut musim laa
Musim sejuk pakai kasut.. kalau ada snow pakai kasut yang sesuai untuk pijak snow..
Musim panas pakai sandal ka selipar ka mana mana je laa asalkan selesa

Sekian..

Thanks for reading

Dd

Related Posts with Thumbnails