Pernah tak kita alami situasi ini – Bertemu seseorang buat kali pertama tapi kita jadi sangat selesa dan suka bergaul dengannya. Juga sebaliknya, baru mengenalinya seseorang itu, tapi ada perasaan kurang senang atau tidak selesa dengannya.
Jika kita suka dan selesa dengan orang itu, segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baik sahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahaja yang datang darinya.

Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura atau medan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.
Ini kerana aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Anda mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yang keluar adalah negatif.
Cas negatif akan mempengaruhi raut wajah yang tidak berseri. Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.
Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini. Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya.
Aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap. Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif.

Semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang. Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor. Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.

Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk adalah positif.

Related Posts with Thumbnails