Kira kira 20 tahun yang lalu..
Tanggal 31 januari 1999.. saya telah berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.

Teringat.. saat saat awal di perantauan..

SOLAT TANPA TELEKUNG

Ketika mendarat di Narita Airport suhu adalah 1 darjah celcius
Sejuk …

Kami dibawa ke hostel..
Di hostel kami menjalani kehidupan seperti biasa..

Yang jadi kurang biasa adalah apabila ‘outing’ dan solat di luar

Di sana tiada surau..
Di mana nak solat?
Selalunya kami memilih ‘koen’ atau taman untuk singgah solat.

Memakai pakaian ready-to-solat..
Mengambil wuduk di tandas awam.. (bawa botol untuk takung air) dan kemudian solat bergilir gilir di koen..

Seronok pula apabila teringat balik..

Di Malaysia masih ramai yang skeptikal dengan solat tanpa telekung..

Tadi baru terbaca status facebook friend yang telah ditegur oleh seseorang kerana solat tanpa telekung.

Hhhmmm..

 

Related Posts with Thumbnails