SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Cadangan tak senonoh saya ..kerana tak puas hati dengan aliran trafik Shah Alam pada pagi tadi..wah wah
Cadangan untuk MBSA:
1. Sita kesemua kereta yang dipakir di atas jalan raya. di bahu jalan raya…Terutama sekita seksyen 19 dan 20…Menyusahkan pergerakkan orang ramai…Jalan 2 hala dah jadi sehala…
2. Melakukan ‘kawalan’ di kawasan yang memang jalan sehala..terutama sekitar kawasan komersil seksyen 19…Jalan sehala pun depa bantai redah juga…sila saman
3. Menyita dan menyaman mereka yang REVOVATED rumah dengan cara tak sah..buatlah pantauan….batu bata minta depa tabur dalam kawasan tanah rumah depa jangan longgok tepi jalan…ni sekitar seksyen 24 yaaa…
4. Menyita dan menyaman mereka yang RENOVATED rumah sampai tak ada ruang di dalam tanah depa untuk depa pakir kereta dan motor serta basikal depa…end up depa pi selamba pakir depan rumah orang atau TENGAH jalan utama ataupun di bahu jalan…sila ambil tindakan tegas…
Cadangan untuk JPJ:
1. Sila ‘pacak’ anggota JPJ etiap pagi depan sekolah..(sahih jammmed sampai ke Federal Highway) untuk saman dan warning mereka yang tunggang motosikal tanpa pakai topi keledar keselamatan..tak pun kat depa ..depa pakaikan kat anak depa dogolkan..depa ingat kepala anak depa kebal???Saman bapa…atau emak..si anak tu jangan di apa-apakan..dah la mak pak dia aniaya dia…kita jangan apa apakan dia yaaa
2. Caj cukai lebih lagi kat mereka yang berkereta besar tapi kereta depa tak ada lampu isyarat kiri kanan tuh….kalau kereta yang ada…ikat tangan pemandunya sebab pemandu tersebut tak pandai guna lampu isyarat…gantung lesen memandu dan penjarakan….Depa nih…yakni pemandu yang tak tahu kegunaan lampu isyarat adalah sangat menyusahkan pengguna jalan raya yang lain…
3. Kalau boleh minta tolong pantau perbuatan tak bermoral pemandu…yakni buang sampah tengah jalan ikut suka hati!apa pak dia tolong sapu jalan ka?
4. Pemotong barisan di atas jalan raya…yang ni…minta tolong la sangat…orang lain baik je Q…dia selamba potong siap honk honk bagai…dah nak terberanak ke?tapi jalan dia lalu bukannya jalan ke hospital punnnn…..
Minta tolong la noooo….
Kepada kerajaan Negeri selangor…tolonglah buat jalan bertingkat tingkat kat shah alam..jomlah hapuskan roundabout…buat je la jalan 3-4 tingkat….Takpun…mohon sangat sangat silalah buat jaringan jalan keretapi dari seksyen ke seksyen…sila ikut macam mana Jepun buat tuh…i serious admire tau sistem pengangkutan keretapi depa…..Kita juga boleh maju jaya macam depa jika access kita semudah depa….ye ke?
Lagi satu…tolonglaaa hire ramai lagi tukang cuci tandas untuk cuci tandas awam!….Budak 6 tahun pun pandai geli nak masuk tandas kotor….ke kita buh tanda..ini tandas perdana menteri pun guna..sila jaga kebersihan???
Rakyat Malaysia suka ditakut-takutkankah????
Sekian….macam bagus ya bunyi gayanya ..
Kerap benar penipuan melalui SMS nih
paling tak tahan…iklan menipunya tersangat la jahat..erkkk
apakah??
saya nak gelakk gelakkkk
Kalau aku bodoh sure aku balas hahahahahahaa…..what is SMS mobile percuma??SMS aku bukankah free??ehh tak erk…..Kerap benar la sms sebegini…aku ada 500 sms free sebulan tak pernahpun melebihi had..huhuhuhuhuhu..lagi mau free?
Manusia miskin kaya pelbagai perangainyaaaa….penipuan melaui teknologi sangat berleluasa sekarang ini. Malahan..penipuan seller dengan pelanggan pun bersepah…adoii…
moralnya..marilah kita berhati-hati
DAISO
Kat malaysia nih Daiso makin popular ..sebab??kedai barangan rm5/item…
Kalau kat Jepun Daiso adalah rangkaian kedai 100yen terbesar….
Ketika saya masih belajar di Jepun dulu saya memang SUKA sangat la pi kedai hiyakuyen nih….buat apa??buat bodo…taklah…pi cuci mata..pi tengok apa ada..pi saja saja..pi suka suka….so…kalau keluar tak habis 1000yen maknanya tak leh nak balik..ehhh…hahhahahahahhahahaa
Saya beli pinggan mangkuk periuk belanga senduk sudu semua kat kedai 100yen nih
Lagi satu…ada kain kain yang paling tak tahaaaannnnn
saya macam setiap minggu nak pi Daiso..Daiso favorite kat malaysia ni…saya suka cawangan IOI Mall..sebab saya rasa selesa hahahahahaa
Setiap kali pi saya memang beli dalam 10 item hahahahaha adoi laaaaaaa..membazir sungguh….tapi saya beli benda berfaedah jaa..
btw..zaman dok jepun saya beli cili kering kat kedai 100 yen juga hahahahahaaa
ahaaa..semalamkan anak saya kena sepak(dengan kaki) depan mata saya kat Taska..siapa sepak??budak nama Asyraf…saya siap kena marah ngan suami saya sebab saya tak sound budak yang sepak anak saya tu…macam mana nak sound???budak kecil 4 tahun kot ..dah tu kejadian juga berlaku di depan pengetua Taska..pengetua cuma marah gitu gitu jaaa….adakah saya nak kena sound kaw kaw???Saya tak hingin nak sound budak tu tapi nak sound makpak dia..awat hangpa tak ajaq anak hangpa yang menyepak orang adalah perbuatan tak baik??anak saya kena sepak kat dagu!!kena sikit saja..tapi saya tetap rasa budak itu masih boleh diajar..tapi sama ada makpak dia nak ajaq ke tak nak jaaaa
Anak saya memang tak sepak orang…jentik orang pun takk…wahhh baiknya anak ko weh??yaaaa…dia tak buat orang selagi mana dia mampu bersabar..setakat ni dia memang boleh sabar hatta air mata menitik bagaikan hujan monsun..hatta katanya dada macam nak pecah..hatta katanya kepala dah ada asap berhabuk dah jadi api…dia boleh sabar lagi..saya takut dia hilang sabar..buatnya dipelengkung budak tu jenuh aku!!!
Budak yang sepak dia tu kalau anak aku tuil ja sure tersungkoq tapi Alhamdulillah anak saya budak baik….dia menangis sahaja…and…please take note saya memang rasa nak cabai ja mulut sesiapa yang ejek anak saya menangis…ko jangan mengada nak cari pasai,,bagi aku biar dia menangis…menangis lebih mulia daripada dia pi penampaq atau penyepak orang!faham???
yang hangpa pedo pedo tak bagi anak hangpa menangis tu awat??hangpa nak ajaq dia mengganas ka???aku memang alu alukan anak aku menangis..selain dia melepaskan amarah dan perasaan dia juga dapat refresh perasaan dan cuci mata dia dengan ayaq mata….sebab tu mata anak saya berkilauan dan bulu mata lentik..handsome yang amaatttssss…puji anak sendiri nampak??ye erk??aha laaaa..anak kita wajib kita puji!
alright…ok..saya tau…didiklah anak anak dengan cara masing masing…tapi sila terapkan nilai murni kehidupan yaaaaa

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.