Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

ban-gohan, asa-gohan: sedapppp

Ohhaaa..ohayagozaimasu..sebab tulis pada pagi hari entry nih!

pagi ni..sampai sahaja ke pejabat..saya gigih…main dengan camcorder yang saya rasa cantik still imagenya…hahahahaaa

bekalan

ambil gambar bekal…dalam beg tu laa..sebab masa halakan camera nampak atas LCDnya cantikkk colour reproductionnya….

Ok…hari ini bento kami….

baked meatball

akiflah yang request…baked meatball

baked meatball2

sedap ooo…

resepi ringkas yang amatsss….

Bahan-bahan

  • Chicken meatbal…boleh buat sendiri atau beli jaaaa
  • bawang kuning
  • lada benggala HIJAU..kalaumerah akif marah
  • olive oil

untuk sos putih:

  • Butter
  • 1-2 sudu tepung gandum Faiza9sebab guna Faiza)
  • susu cair(guna ja dutch lady kotak tuu)

Topping:

  • Cheese…mozarella…cari yang halal atau ‘suitable for vegetarian’

Cara menyediakan

Meatball:

  • Kuali atas api..masukkan olive oil..bawang…meatball…kacau rata..dah agak empuk masukkan lada benggala..kacau atas api da;am 2 minit lagi…dahhh

sos putih

  • panaskan periuk..masukkan butter..dah cair butter masukkan tepung..kacau kacau then masukkan susu..kacau kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda ingini

untuk membakar

  • Masukkan ikut turutan…meatball-sos putih-tabur cheese..
  • Bakar sampai garing atau suka hati kome laaaa.

Manakal malam tadi saya masak sambal ayam dan sup chicken ball hahahhaa..akif juga punya request..request asal…pasta bolognese tapi  ya ampunnn tukang masak lapaq nasikkkk

Anak saya suka makan western gini sebab katanya kalau bawa ke sekolah SENANG nak makan if compare tu nasi Malaysia…Nasi jepun OK…hahahhaaaaaa

sambal

sambal ayam…kalau lagi pedas lagi feel makannnn….sedap tau walaupun rupa paras tak berapa IN

ball1

Akif dan Daddy sukalah meatball..mommy nak sup sayur..so all in one…sedap wehh buh kobis ada rasa ala ala sup daging campur kobis hidangan moreh lepas terawikh zaman saya belum akil baligh!..kat kampung tepi sungai Muda…natsukashii

pi daiso beli cabai

DAISO

Kat malaysia nih Daiso makin popular ..sebab??kedai barangan rm5/item…

Kalau kat Jepun Daiso adalah rangkaian kedai 100yen terbesar….

Ketika saya masih belajar di Jepun dulu saya memang SUKA sangat la pi kedai hiyakuyen nih….buat apa??buat bodo…taklah…pi cuci mata..pi tengok apa ada..pi saja saja..pi suka suka….so…kalau keluar tak habis 1000yen maknanya tak leh nak balik..ehhh…hahhahahahahhahahaa

Saya beli pinggan mangkuk periuk belanga senduk sudu semua kat kedai 100yen nih

Lagi satu…ada kain kain yang paling tak tahaaaannnnn

saya macam setiap minggu nak pi Daiso..Daiso favorite kat malaysia ni…saya suka cawangan IOI Mall..sebab saya rasa selesa hahahahahaa

Setiap kali pi saya memang beli dalam 10 item hahahahaha adoi laaaaaaa..membazir sungguh….tapi saya beli benda berfaedah jaa..

btw..zaman dok jepun saya beli cili kering kat kedai 100 yen juga hahahahahaaa

 

ahaaa..semalamkan anak saya kena sepak(dengan kaki) depan mata saya kat Taska..siapa sepak??budak nama Asyraf…saya siap kena marah ngan suami saya sebab saya tak sound budak yang sepak anak saya tu…macam mana nak sound???budak kecil 4 tahun kot ..dah tu kejadian juga berlaku di depan pengetua Taska..pengetua cuma marah gitu gitu jaaa….adakah saya nak kena sound kaw kaw???Saya tak hingin nak sound budak tu tapi nak sound makpak dia..awat hangpa tak ajaq anak hangpa yang  menyepak orang adalah perbuatan tak baik??anak saya kena sepak kat dagu!!kena sikit saja..tapi saya tetap rasa budak itu masih boleh diajar..tapi sama ada makpak dia nak ajaq ke tak nak jaaaa

Anak saya memang tak sepak orang…jentik orang pun takk…wahhh baiknya anak ko weh??yaaaa…dia tak buat orang selagi mana dia mampu bersabar..setakat ni dia memang boleh sabar hatta air mata menitik bagaikan hujan monsun..hatta katanya dada macam nak pecah..hatta katanya kepala dah ada asap berhabuk dah jadi api…dia boleh sabar lagi..saya takut dia hilang sabar..buatnya dipelengkung budak tu jenuh aku!!!

Budak yang sepak dia tu kalau anak aku tuil ja sure tersungkoq tapi Alhamdulillah anak saya budak baik….dia menangis sahaja…and…please take note saya memang rasa nak cabai ja mulut sesiapa yang ejek anak saya menangis…ko jangan mengada nak cari pasai,,bagi aku biar dia menangis…menangis lebih mulia daripada dia pi penampaq atau penyepak orang!faham???

yang hangpa pedo pedo tak bagi anak hangpa menangis tu awat??hangpa nak ajaq dia mengganas ka???aku memang alu alukan anak aku menangis..selain dia melepaskan amarah dan perasaan dia juga dapat refresh perasaan dan cuci mata dia dengan ayaq mata….sebab tu mata anak saya berkilauan dan bulu mata lentik..handsome yang amaatttssss…puji anak sendiri nampak??ye erk??aha laaaa..anak kita wajib kita puji!

alright…ok..saya tau…didiklah anak  anak dengan cara masing masing…tapi sila terapkan nilai murni kehidupan yaaaaa

Jepun tu oversea?

Saya memang kolot…Orang kampung..tah macam mana boleh TERCAMPAK kat area area bandaraya..metropilitan bagai…Ketentuan Allah Taala..siapa tahu…

walaupun saya pernah sekolah kat luat negara..eh..Jepun kira Luar Negara la kan..sebab?

saya keliru ada orang kata…Laa Jepun jaaa ingat Overseas…

keliruuu

al kisah Cik Fid telah ditanya oleh seorang manusia…

u grad overseas kan?

Saya jawaplah dengan jujurnya

Ya..

Kat mana?soalnya..

Jepun…

Laaa Jepun ja..ingat oversea….

Ehhh…Jepun berada dalam taklukan Malaysia erk??keliru..hahhaa..tu pasai saya segan nak mengaku saya pernah belajar di Universiti Luar Negara….

Apasailah aku pi bergaul ngan orang tak cerdik??salah aku la juga kan

 

Mukadimmah….

sebenarnya saya nak habaq..saya ni jenis kalau study/ulangkaji/buat homework/buat rujukan etc berkaitan dengan sekolah saya TAK boleh dnegar muzik..PENING kepala saya..membaca…saya baca…tak de muzik muzik..Jadinya…jadinya saya snagat pandai pada suatu masa dahulu..saya start tak berapa pandai sejak saya ada walkman..kat Japanese Matrikulasi laaa…terikut dengan rakan sebaya..kahkahkahkah

Ehhhhh tapi masa sekolah kebangsaan atau sekolah menengah sains..aku ada study ka??buat homework then baca nota sambil jeling jeling orang…cari pasai cari gaduh…senyum senyum buat orang rasa nak tampar..lantas kapel dengan headboy dengan tak malunya…then taraaa…study ke??

Headboy batch saya kat SERATAS dulukan cekeding ja tapi la ni dia BULAT wa cakap lu!tiba tibaaaaa

Saya dan headboy sekolah saya masa tu BANYAK sungguh perbezaan..paling ketara bab muzik…tak kuasa sungguh aku!Dah la masa tu dia minta siti nurhaliza…arghhh mengapakah aku jatuh cinta?

Sudah terlambat!

Hatta dah menikah beranak satu pun…dia suka dengar lagu tapi ai??ai suka suasana diam sunyi kakakkakaa

anak kami??ikut pak dia…ni lagi dahsyat…boleh hafal segala lagu dengan number sequence dalam CD hahahahhahahahaa

motif entry??

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.