SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Bestnya naik kereta baru,,,sekali belum 4 bulan pakai kereta baru aircon dah tak keluar angin
maka ANGINlah seisi keluarga!!
Kereta Hyundai buruk tu ok ja airconnya hatta dah pecah gearbox..aircon menten hebat sejuk..selesa
Memandangkan gundah gulana di hati kami ke kedai aircon kereta…
taraaaa…
Hulurlah RM65 kerana air filternya
arghhh…redha redha…
Ni dia…
kotornyaaa
Dah tukar baru maka bagaikan ber’aircon’ baru la jadinya
OK dah puas hati sebab aircon dah OK…Tapi…PROTON!tolong jawap boleh??Awat cepat benar kotornya??
Banyak bezanya guna kereta proton dan bukan proton
yang bagus proton ni spare part senantiasa ada
Atos tu asyik nak kena CHECK ada spare part ke idak jaaa…dah tu gearboxnya 14 hari baru dapat baiki hahahhaa…sekejap part tak de sekejap tak sesuai dan macam macam laaaa
Apa-apa pun kereta-keretaku…saya sayang kalian..hahhahahahahahah
Haa tu dia tajuk sungguh tak ada akal punya!!!
Tadi pi Bukit Raja Jusco..Masa pi OK la..masa balik pun OK tetapi simpati sangat dengan seksyen 7 tuh….sesaknya sampai Federal Highway sesak gamat alam berjela panjang sampai sungguh-sungguh sesak nafas melihatnya
Sejak pusat komersil timbul kat situ seksyen 7 memang sesak sangat..sejak naik Jakel..Naik Ariani..Hajra dan sebagainya kat situ hilang nafsu nak pi sana…
Kalau esok lusa hospital kerajaan kat shah alam siap makin KEJUNGlah trafik seksyen 7 tuh
Mau sakit jiwa pemandu ambulan…sesak wehh sesakkkk
Sebenarnya masa kami nak ke PD tadi..jalan/highway sesak juga sebab ada kemalangan….biasalah..rakyat Malaysia prihatin..kami tak tengok pun apa eksiden ngan apa minta akif tolong tengokkan ja…akif kata 2 bas ngan kereta 2-3 buah…orang OK..katanya la..sebab akifkan ada mata burung hantu 33 batu pun dia nampak…kereta selang 4 buah ada TV tengah tonton cerita Dragon Ball pun dia nampak…harharharhar…makanya walaupun kami dah jauh dia masih ‘teropong’ kawasan kemalangan tuh…
Baguslah ada Akif boleh dia jadi mata mommy..mommykan mata tak berapa nampak….
Saya sungguh malu dengan sikap jurutera yang terlalu muda di pejabat ini….ketawa dan terbahak bahak menjerit macam kera dalam pejabat pada waktu bekerja macam depa sahaja yang ada dalam bangunan ni..sungguh tak hormat orang tua yang sedang cekoq cekoq menggunakan otak untuk mengatur strategi nih..apakah Aleksa dan HokHok juga telah pekak???
Lebih memalukan lagi..ketika saya sedang bercakap denga En.Tada tadi…Si Tada ni tanya….selepas translate la ya..
Bunyi apa bising bising bersorak tuh?
saya hanya boleh sebut…bukan kami…tu..derang tuhh..
dia pujn macam pasrah ja…
ohhh….
Saya ingat nak lunch tapi perut saya berkeriuk dah..maka saya ke kedai mini dalam kilang cari apa boleh makan…..
Semua abih..tinggal…mi segera in cup kahkahkahkahkah
Kira aci la yaaa…alas perut..tengah hari kang pergi makan…
Nak makan kat kantin ‘takut’ kang ada pengawas ambik nama kalau lambat telan makanan..
La ni sistem kerja kat kilang ni sunggu menekankan kepala hotak staf..asyik cari salah staf ja laaa
haa tampal sekalilah apa saya karang semalam tak jadi post kahkahkah
kadang kadang rasa kelakar..kadang kadang rasa tertekan..
ok..mari kita bagi mukadimmah dulu
kat syarikat ni belum ada lagi garis panduan cara berpakaian yang official sejak mereka mengambil keputusan nak tukar uniform….
yang pertama..letih acik tukaq kasut..
Dari rumah acik pakai kasut…sampai ke pejabat acik…acik tukaq kasut…acik buka kasut kasi letak dalam rak kasut..acik tarik selipar murah beli kat carrefour acik pakai masuk pejabat….
Tapi…kalau acik nak pi surau ka nak pi kantin ka nak pi kawasan pengeluaran…acik kena tukaq kasut lagi…
dari tempat acik duduk..acik bangun pi ke rak kasut ambik kasut yang acik pakai dai rumah tu acik pakai..
then…acik jalan cross jalan tar acik sampai block kantin/production/surau….acik kena masuk bilik locker kasut…jalan sampai hujung then bertinggung buka locker kasut..ambik kasut putih free yang syarikat kedekut gila nak kasi baru..acik tukaq….
baru acik boleh masuk ke surau atau production area…nak ke kantin acik boleh pakai kasut yang acik pakai dari rumah…
tu baru kasut…
baju pula…
acik mai dari rumah acik pakai baju yang suami acik beli…sampai ka t opis acik boleh pilih nak pakai ke tak mau pakai uniform..tapiiiii…kalau nak pi ke seberang jalan acik kena pakai uniform..kena pakai nametag dannn kena pakai lencana 5S yang metal detector kerja deteeeeecttt ja sebagai METAL..heavy metal sungguh!!
masa masuk ke kilang OK..masa keluaq..kena keluarkan henfon..nak tinggal kat opis sia sia la ada MOBILE phone kan..plus ada penyamun le plak kalau tinggal…
keluarkan henpon…taruk segala beg atas meja…kalau bawa camcorder kena tulis buku log..kendian…cabut lencana 5S lempaq kat depan security Guard Nepal tuh baru bleh cross..kalau dak berbunyi la detector tuh!!
tiba tiba aku letih menaip…
apakah susah benar nih??konon nak jimat masa..wajib berjalan 6m/5s ya kawan kawan kahkahkahkah
tapi depa tak pikir aku nak tukaq kaust berkali kali tu dah berminit minit…nak baling barang depan security pun dah berminit minit..nak jalan cari locker pun berminit minit..depa tarak pikir punya…Leanord memang tak guna otak..sia sia jadi GM HR Dept.
buatlah kaji selidik profit lost bagai dulu ..ni keromooo jaa..suka suka sahaja nak buat itu ini..gamaknya dia ingat dia deal dengan toyol kot??
wahai HR GM!ko tau dak aku meluat gila nak mai kerja kalau teringat rules ko nih!
I wish you’ll belah segera…

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.