Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

zaman berzaman telefon berubah

Telefon bimbit…keitai-denwa…handphone..mobile phone..yada yada…

Mobile phone pertama saya….Tiada gambar sebab handphone itu pun dah bangkaiii

Pertama kali saya ada handphone adalah ketika saya masuk tahun satu di University di Shonan-Campus tu…saya tak beli ‘keitai’ tapi ‘pici’..PHS..yang mana sungguh melemaukan….

Saya dah lupa apa nama syarikat telco tu yang pasti bukan DoCoMo….Then saya tukar ke DoCoMo…saya guna henfon apa pun saya lupa juga….selepas tu my last handphone kat Japan adalah Sony Ericson yang warna warni boleh tukar skin bagai….dah buang kot sebab anak saya guna sebagai toy…then buang je laa labuuu

OK..kisah handphone di malaysia..

pertama kali guna kat Malaysia masa pertama kali balik..beli dengan harga 400..seketul motorola besaq lengan…cesss…then saya guna ericson free..orang punya…then saya guna nokia nih…

noki

Lamaaa saya guna…Dari tahun 2000 sampai akif berusia 7 bulan kot..sampai skrin dah tak de tulisan!….2000-2006..Gila ‘joubu’ lasak!!

Then saya guna telefon ni..Motorola L6

Ni guna lama juga…sampailah suami saya belikan Nokia E63..rujuk gambar di bawah yang biru tu E63 ya…

then beliau belikan saya E72..yang belah kanan tu

2 ketul henpon ini kai jadikan ‘backup’ henfon untuk la nih…sebab..

kini saya menggunakan…

Samsung Galaxy S-Plus..macam biasa suami belikan..harapkan aku beli kirim salam!!!!

nokia E series yang di atas itu..haq E63 tu saya simpan sengap sengap…haq merah saya guna buat alarm bangun pagi serta untuk anak saya guna sambil menanti tabletnya dicaj….Motif entry ni…saja konon menjawap soalan si Rai.

Sat gi aku pi habaq kat dia kata aku ada entry hahhahahhaha

Kita publish dulu la kann.

Henfon la ni sungguh canggih manggih la kan….hatta telepon aku yang aku perasan canggih ni pun dah ketinggalan tapi tak pa…aku nak guna basic sahaja bukan ada bisnes pun….relevan relevan…

Sayakan budak kampung yang miskin …masa memola…pertama kali sentuh henpon..masa sekolah SAT kat sekolah Tunku Abdul Malik Alor Merah(Aloq merah)…seminggu sementara menunggu keputusan dapat masuk asrama penuh ke idak…Sekolah tengah bendang woooo….Rasa ketaq lutu boleh sentuh henpon….punya la peghaq!!!

Cerita bab sekolah…sekolah pertama eden sekolah kat kampung ayah den la..sekolah kebangsaan…

Then 2 hari pi sekolah menengah kat pekan Padang Serai..Masa tu sekolah tu nama sekolah menengah padang serai 2..….Ahkak pi situ tau..2 hari ja..sebab…selepas tu hakak dapat offer biasiswa kecil dapat masuk sekolah menengah tunku abdul malik tu…sekolah di dalam area kebun getah..pi naik basikal buruk je tauuu 2 hari!!…Dok kelas A..ooo…semua orang bangsa lain ahkak je bangsa M..sebab ahkak pandai!cettt haq depa yang lain BM pun hareemm tak reti aku cangjkul kang…tapi tak pa dua hari ja…then ahkak pi masuk sekolah kat Aloq Merah tu….

Genap seminggu ahkak balik!Sebab ahkak dapat SERATAS plak..atur sekolah la akuuu…

Ahkak dok SERTAS lima tahun!bertemu jodoh tapi belum nikah kakakakkakaaa

Masa kat SERATAS ni hidup hakak penuh kecuakkan..kena score PMR supaya boleh kekal dok SBP dengan biasiswa penuh..kena cemerlang SPM sebab nak dapat biasiswa nak melanjutkan pelajaran ke universiti..Alhamdulillah…

tapi cuak 5 tahun…hahhahahaahaaa

Then ahkak buat matriks Jepun 2 tahun..setahun kat Taman Suria Jaya …Setahun lagi kami pindah ke Bandar Baru Bangi…then ahkak pi study kat Jepun 4 tahun..then ahkak balik..then ahkak kerja ngan kilang Jepun sampai la nih…

Then ahkak rasa macam letih dah kerja hahahahahhahahahaa

sekian..carca merba!

 

p/s: Kalau nak belajar kat universiti tapi takmau pinjam PTPTN..sila guna duit sendiri ataupun..belajar la pepandai sampai orang offer biasiswa penuh takyah bayaq…then takyah la buang tenaga nak berdemo tak mau bayaq hutang..wakaru???? Sekolah pun tak abih lagi dah nak tunjuk taiko aku paaanggg kangggg..pesanan jaaa

Saya belum update blog ni ya.Ish ish…macam biasa kalau sibuk lupa dunia..eh ehh..maknanya selama ni tak sibuk??jawap jawappp

Sengal urat-urat bahuku,..asyik mengadap PC…alasaaannnn

Hari ni dapat goodies kenduri..Walaupun tak menghadiri majlis dapat juga! Terima Kasih nooo

Kakak dia yang kahwin…hikhikhik

free

ada maruku juga..tapi dah SELAMATTTT

Zaman la ni memang sakan no…zaman dolu dolu bagi bunga telor je..tu pun kalau depa nak bagi. Masa kekecik dulu kat kampung saya kan depan kan..pilih bulu tauu..sapa salam cakuk sauk bagi duit ja dapat! ampeh toooii….Sapa bawa ‘siya’ yakni mangkuk tingkat tak dapat…dalam ‘siya’ tu buh la beras ka gula ka….nanti tuan kenduri balas la dengan lauk kenduri….gitulah kekdahnya…masa berlalu..orang kampung pun dah tak bawa ‘siya’ sangat dah…elehh..kenduri berhidang bertalam pun dah pupus..la ni semua buffet! Itu ok lagi kalau bergotong royong masak…kat kampung pun dah paka catering dahh hahahhahahaha….

dah jadi tak best dah kenduri sebab pi makan then balik..dulu-dulu lagi sebulan nak kenduri dah start persediaan…buat bunga telur sama-sama…saya buat bunga telur untuk majlis kawen sepupu saya tauu..masa tu sekolah rendah lagi..habis kelas quran tajwid balik terus pi rumah mak ngah buat kerja kenduri kendara …setiap hari sampailah majlis tamat….

Seminggu sebelum kenduri dah mula dah KENDURI hahahahhahaha…pakat gotong royong macam macam…buat kerisik la..buat dodol la..buat kuih loyang la…buat halwa maskat la…potong kayu api la..cuci bontot kawah la….pergh meriah dan muhibbah kan…..

Lepas kenduri pun meriah..sebenarnya selepas majlis pun masih BERKENDURI kakaka..sebab??sebab gotong royong ‘clear’kan kawasan dan pinggan mangkuk pula….

Semua itu kenangan lama..usah dikenang sangat tetapi di antara kengangan terindah zaman kanak-kanak la juga….walaupun pernah kena halau daripada majlis kenduri sebab kami orang miskin depa takut tercemar majlis….agak-agak la kan…kalau la ni depa invite dan izinkan kami pi dak majlis kenduri depa????Ada lagi ke erk keluarga tersebut?

Menu kenduri kat kampung saya yang sumpah MARVELOUS lazat sampai rasa meleleh lioq taip!

Sup tulang nangka muda..sup sedap yang amat…nangka masak ngan tulang lembu fuhhh…terangkat rasanya..asli tanpa MSG!hahahhaaaa

Kerabu perut bersama pucuk paku dan taugeh – Perghhh digaul dengan kerisik segar(sebab sendiri juga buat kann) memang rasa macam takleh nak tolak….

Kerabu macang sempoi – kalau musim buah macang memang gilaaa punya

ulam umbut lengkuas   …tu batang lengkuas tu..ya ampun sungguh meleleh lioq

daging bakar cicah ayaq asam – ni tak perlu explain kot!

gulai ikan bilis dengan pisang muda – wahhhhh wa takleh tahaaannn

gulai nenas ikan masin – macam biasa la ni pun tapi lazat dia lain ya….rempah gili okay! ikan masin nalaaa punya..tak main ricik ricik okay….ala ala macam ikan masin berenang tu

kambing gulai ngan umbut batang pisang…kambing gulai ngan ubi kemili….

Sedapnyaaa

sudah sudah usah dikenang….kang lapaq!

sekian…

natsukashi syokubutsu

nancyatte..la ni jadi tumbuhan pelik padahal zamnan aku belum akil baligh aku buat main DANGAU ja tu..main pondok pondok daaa

ada yang jadi cili jadi pinggan segala galanya sangat semulajadi.

Ya saya anak kampung yang membesar dalam kampung penuh alam semulajadi….makan ayam kampung..makan ikan sungai..ikan bendang..kena ketit(gigit) ngan pacat ngan lintah. ligan biawak…tengok ulaq sawa..Ya Allah…indahnya

bunga

buat sayur kihkihkih

daun 1

cili la kononnyaaaa

keladi

natsukashi naaa

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.