Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Kes bayi tersedak susu dan sebagainya.Memang mengganggu ketenteraman saya..Tambahan pula ianya berlaku atas kecuaian manusia yang diamanahkan menjaga bayi tersebut.

Saya suka sangat galakkan para ibubapa yang memberikan anak mereka minum susu perahan(ibu) menggunakan cawan ataupun sudu. Maknanya..tak guna botol dan puting tiruan laa…maknanya lagi kena ada ORANG yang suapkan bayi..bukannya PAKSA atau biarkan serta abaikan bayi dengan cara….baringkan bayi..sumbat puting  yang dipasang kepada botol yang dipenuhi susu dan sendal dengan bantal atau selimut etc…tinggalkan bayi…Lagi tragis…bayi dibedung ..masukkan ke dalam buaian…then sumbat botol susu…sendal dengan bantal…ko tau tak flow susu laju?budak tu takleh kawal…budak kecil minum sikit saja…so bayangkan apa jadi dengan susu sepenuh penuh botol tuh??Takkah anak itu akan tercungap cungap sesak nafas..lemas tersedak….???akal wajib guna

Namun..saya agak sedih tau..setiap kali saya CADANGKAN bagi susu kepada anak dengan cawan, RAMA parents yang akan kata…NAK SENANGKAN PENGASUH…tanpa pernah nak fikir baik buruk kepada anak…Ada pula yang kata TASKA TAK NAK TERIMA KALAU TAK GUNA BOTOL….

Betull…tak ramai yang akan bagi kerjasama sebab depa bukan nak jaga sangat pun bayi tu depa nak duit ja..sambil jaga anak orang jaga rumah sendiri…jaga hal keluarga…dapat duit…kalau kena suap budak tu macam mana nak urus rumah tangga bagai….

Saya memang tak boleh terima sikap TAKE FOR GRANTED nih..baik para pengasuh..pengusaha taska mahupun ibubapa….

apa yang kalian kejar sebenarnya???

Sekali lagi nak taip..saya memang CUAK gila dengan ibubapa yang BACKING pengasuh..nak mudahkan pengasuh bagai tanpa nak kisah sangat masalah yang MUNGKIN boleh menimpa anak sendiri….Ajal maut di tangan Allah Taala..itu pasti tapi kita boleh usaha mengelakkan kecelakaan yang sepatutnya tak berlaku…dengan usaha dan tawakal..kan?

Inilah masalah rakyat Malaysia ..sebenar benar alamnya…TAKUT untuk demand sesuatu sebab takut orang tak terima dan takut takut…semua pakat takut!!!

Saya tau nak cari taska/pengasuh anak memang susah….yang mana nak memenuhi kehendak kita…saya adalah jenis manusia yang sangat DEMAND tinggi bab taska anak….terutama ketika bayi..dah besar ni demand juga tetapi ada toleransi la sikit sebab anak dah pandai nak bezakan serba sedikit dan dah pandai mengadu….bayangkan masa anak tergolek geleng ge;leng ja…ya Allah memang tak tenteram la kalau tak dapat pengasuh/penjaga yang boleh diharapkan..

Saya pernah terima email daripada seorang Hamba Allah…saya simpan lagi

salam perkenalan

saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan saya yang tidak seberapa

teruskan berblog kerana saya gemar mengunjungi blog anda

teruskan utk menjadi SOHO

kurangkan

menyatakan kesalahan oranglain

berhemah dalam memberi pandangan

sikap cerewet anda tu kadangkala amat memualkan dan menjelikkan

jika tidak mahu anak orang lain jaga

jagalah sendiri anak anda !!!

kadangkala apabila kita terlalu cerewt, pengasuh akan megabaikan anak kita

letakkah prasangka baik dalam setiap kelakukan, kata-kata

hati anda penuh dengan kecerewetan dan perlu muhasabah

bak kata dr.fadzilah kamsah

jiwa kacau atau ada masalah hati atau masalah jiwa

biasanya ada sikap mengomel, mengomplen, cerewet tidak kena tempat dan riak yang keterlaluan

maafkan kata-kata saya ini jika menguris perasaan

saya suka datang ke blog anda

tetapi sya tidak gemarkan sikap anda yang kadangkala keterlaluan layaknya

mohon maaf jika kata-kata ini menyinggung perasaan

saya rasa terpanggil untuk membetulkan diri saya sendiri dan tidak membiarkan dan anda terus hanyut dalam dunia syok sendiri

wakil penjaga tadika n taska

tanggal 18 may 2009

kira ala ala blackmail la juga kan

saya tahu siapa dia walaupun dia guna email khas…

aa650240@gmail.com

Saya tak  marah pun..ehhh ke marah??sat nak check

cik XXXXXX

terima kasih ata spandangan anda

bolehkah diperjelaskan dimanakah yang amat menjelikkan itu?

bagus juga pandangan dari pihak taska…

bolehlah ibubapa yang hantar anak ke taska sama-sama fikirkan

saya memang suka menulis diblog saya

dan di situlah saya merepek merapu sebagainya…

SOHO tu apa???

pada pandangan saya…saya tidak mengutuk pihak taska pun…

saya cuma meluahkan apa yang sering membelenggu jiwa saya….

sekian terima kasih

 

Marah tak nih?entah

Tak ingat dah

Saya maafkan anda..Anda mungkin tak berapa boleh faham KECEREWETAN saya..nevermind..

Dah lepas pun….

Bagi saya ini menunjukkan cara saya CEREWET ini mengundang rasa tak selesa pihak lain..walaupun saya kira saya tak kacau orang lain kecuali taska anak saya pada waktu itu….tak de kacau pun…sebab depa masa tu memang tip top….Boleh bawa berbincang..ni Taska lama…5 tahun anak saya kat situ…saya keluarkan pun sebab letih dengan kes asyik tukar pengusaha…plus tak de lesen…

Awal awal ada dah bertukar tangan tu kelam kabut la

Apa yang saya nak katakan?Kita sebagai ibubapa memang kena lebih berhati-hati bab memilih pengasuh/taska untuk anak-anak kita.

Kita juga bertanggungjawap di atas keselamatan anak kita. Jika kita menyediakan yang terbaik namun berlaku juga perkara yang kita kalau boleh tak naklah berlaku ..mungkin kadar pasrah dan redha itu akan lebih segera tiba….

Ini pandangan saya semata-mata…Pilihan di tangan masing masing dan kita tak perlulah memaksa sesiapa pun menerima apa yang kita rasa baik dan bagus untuk kita…manusia berbeza..sudut pandangnya berbeza..kadar cerewetnya berbeza..kadar daya mampu fikir juga berbeza…yang pasti memang Allah jadikan kita berbeza-beza…maka wujudlah syurga neraka….

Saya meluahkan hanya di blog saya..tak buat di blog orang lain…maka saya kira…bolehlah diterima yang runag ini ruang bicara…ruang hujah saya ..ruang syiok sendirik!!

ngehhh

 

p/s: berjela pula tajuk entry

Apa ke hal minah nih?hebat kan update blog 5 minit sekali…eh ni blog ke twitter?aik..aikkk

Semalam masak ni ja….

kitsune udon yang tak berapa nak kitsune..eh kitsune kah??

kitsune

sedap nih

Hari ini akif bawa bekal chicken katsu don..suka hati aku ja buh nama…kahkahkahkahkah

buat bekal anak guna beras jepun adalah sangat mudah ngehngeh….ai bangun pukoi 520am tadi…demi buat bekal anak ngan boleh menumpang bawa bekal..dengan ayat..Abang hari ni tak de bekal untuk abang..sebab nasi ngan ayam goreng ja..kang makan la kat luaq ngan kawan kawan naa

best dak ada isteri solehah gini??

Kita adalah wajib memuji diri sendiri demi memberikan kesan POSITIF kepada diri….fuhhh..saya memang hebat hebat hebat…

Dah la mewarisi ciri ciri warisan wanita terakhir..sebab pa?sebab hari sabtu bangun awal cuci baju depan laman…hari ahad bangun awal lipat kain ..gosok baju…hari isnin bangun masak…hebat tuuuhhh……

Alhamdulillah….

Hilang sesak nafas rindu kat anak…

Saya peliklah kenapa setiap kali ada orang nampak saya ‘stop and lokk’ before I cross the corridor they will laugh or smile?

Kelakarkah?

Masa saya di sekolah rendah dahulu kala…Ada satu lagu…

Stop and look, before you cross the road. Look right and left and to the right again..It will safe you from accident and pain.

Jadi saya peganglah pada ‘lagu’ ini. Lekat di hatikan? Pandai Cikgu saya!

Tujuan saya melihat kiri dan kanan setiap kali saya hendak melintas koridor adalah untuk keselamatan. Agar saya tidak bertembung dan berlanggar dengan orang lain.

Kalau ‘tertomoih’ depan orang tak ke malu??

 

Sedikit kemusykilan saya.

Pada zaman ini, menurut trend kominiti dan persekitaran serta rakan-rakan saya, ibubapa zaman sekarang adalah menjurus kepada sesuatu yang dipanggil ‘natural parenting’

Apa kena mengena?

Zaman sekarang kita tengah mengembalikan kehidupan yang lebih hampir kepada alami dan fitrah.

Menyusukan anak dengan susu ibu yang Allah Taal bekalkan.

Kita dah kembali pakaikan anak kita lampin pakai buang.

Kita sudah gigih kembali belajar cara bersalin yang normal. (tapi saya tak yakin saya boleh.)

Kita sokong ‘babywearing’..a puan puan…PAKI anak kita di badan kita…

Kita dah tak fikir susu dalam tin mana paling bagus paling mahal paling hebat paling kaya kalau kita guna..hahhaa..Kita bagi je anak kita susu percuma yang ada dalam kita nih..

Kita dah tak fikir dah lampin pakai buang mana yang paling bagus..sebab kita tengah pulun lampin kain moden

Kita dah tak layan la kereta sorong letak bayi…kita gigih sekarang ni dengan babywearing…

 

Itu kita..kitaorang/kami ni haaaa….

Tapi kami tak konderm pun sapa-sapa yang tak berminat dengan mendelah yang kita/kami minat nih…ehhh kami bukan minat tapi itulah hakikat. Sebenarnya kita kena lebih bijak menggunakan akal yang Allah berikan….

Masa kita hamil kita tak perli gigih nak fikir apa susu terbaik dalam tin nak kita sumbat kat anak kita apabila lahir kelak, tapi kita pergi kelas penyusuan susu ibu..kita korek segala ilmu berkaitan….

Kita CELIKkan mata dengan segala ilmu keibubapaan yang lebih alami.

Walaupun bukan seratus peratus alami…paling cikai 50-60 peratus hampir alami pun ok…

Kang ada pula yang komen kata menipu pula mengaku alami bebenau padahai bagi anak makan nasi dalam tin..ada ke nasi dalam tin?puree dalam botol ada laaaa.

Gasaklah kome nak bagi anak kome makan apa pun…Saya tak nak ambik tau..Tapi saya nak habaq la…homemade food adalah terbaik…berbanding makanan yang diproses..iklan sos XXXXX yang Chef Riz berlakon tu adalah makanan diproses ya…

Tiba-tiba…

Wahh Anlene..Anlene ya?bijaknya nak mengelentongkan umat manusia…

2 gelas susu penuh krim sehari TAK dapat menampung keperluan kalsium harian anda..apa ko minum susu 2 gelas sahaja..Nasi?ikan?ayam?sayur semua tak makan???Sila jangan terpengaruh dengan iklan seumpama……

Iklan susu X, adik dia asyik nangis ja akalau ama apak dia tak dak depan mata dia. Jadi abang yang konon bijak sebab minum susu X tu pi tampal gambar adik supaya kalau adik keriyau adik nampak gambaq ama apak adik akan diam…ama apak SIBUK nak layan TV…sungguh NEGATIVE PARENTING!!!okay??

Bersantailah dengan seisi keluarga..apa kes ko nak bayi dok dala cot hangpa yang lain dok lepak sukaria??

Selepas itu susu jenama D…susu untuk ibu hamil. Ibu Hamil, kome takyah pulun susu KHAS gitu..bantai je susu-susu yang lain pun OK..as long as kome mampu telan. Plus sumber kalsium bukanlah susu semata-mata…itu ingat nooo

Lagi apa..lagi apa?

iklan ALMAS..kome tak taukan?ayat bangang…dulu saya benci tengok muka saya…tapi sekarang terima kasih ALMAS…lebih kurang la ya…

Aduuhhh..muka hang sapa kasi gitu ya?Nak tau tips penjagaan kulit muka alami?

Saya tak guna pun tapi macam macam saya tau..nama pun cucu dan anak kepada ratu pantang dan petua…

Petua na kurus pun ada tapi..ilmu tanpaamal..laksana lemak tepu di dalam badan yang membukit…tak dak gunaaaa//

ijoudegozaimasu!

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.