Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Kes bayi tersedak susu dan sebagainya.Memang mengganggu ketenteraman saya..Tambahan pula ianya berlaku atas kecuaian manusia yang diamanahkan menjaga bayi tersebut.

Saya suka sangat galakkan para ibubapa yang memberikan anak mereka minum susu perahan(ibu) menggunakan cawan ataupun sudu. Maknanya..tak guna botol dan puting tiruan laa…maknanya lagi kena ada ORANG yang suapkan bayi..bukannya PAKSA atau biarkan serta abaikan bayi dengan cara….baringkan bayi..sumbat puting  yang dipasang kepada botol yang dipenuhi susu dan sendal dengan bantal atau selimut etc…tinggalkan bayi…Lagi tragis…bayi dibedung ..masukkan ke dalam buaian…then sumbat botol susu…sendal dengan bantal…ko tau tak flow susu laju?budak tu takleh kawal…budak kecil minum sikit saja…so bayangkan apa jadi dengan susu sepenuh penuh botol tuh??Takkah anak itu akan tercungap cungap sesak nafas..lemas tersedak….???akal wajib guna

Namun..saya agak sedih tau..setiap kali saya CADANGKAN bagi susu kepada anak dengan cawan, RAMA parents yang akan kata…NAK SENANGKAN PENGASUH…tanpa pernah nak fikir baik buruk kepada anak…Ada pula yang kata TASKA TAK NAK TERIMA KALAU TAK GUNA BOTOL….

Betull…tak ramai yang akan bagi kerjasama sebab depa bukan nak jaga sangat pun bayi tu depa nak duit ja..sambil jaga anak orang jaga rumah sendiri…jaga hal keluarga…dapat duit…kalau kena suap budak tu macam mana nak urus rumah tangga bagai….

Saya memang tak boleh terima sikap TAKE FOR GRANTED nih..baik para pengasuh..pengusaha taska mahupun ibubapa….

apa yang kalian kejar sebenarnya???

Sekali lagi nak taip..saya memang CUAK gila dengan ibubapa yang BACKING pengasuh..nak mudahkan pengasuh bagai tanpa nak kisah sangat masalah yang MUNGKIN boleh menimpa anak sendiri….Ajal maut di tangan Allah Taala..itu pasti tapi kita boleh usaha mengelakkan kecelakaan yang sepatutnya tak berlaku…dengan usaha dan tawakal..kan?

Inilah masalah rakyat Malaysia ..sebenar benar alamnya…TAKUT untuk demand sesuatu sebab takut orang tak terima dan takut takut…semua pakat takut!!!

Saya tau nak cari taska/pengasuh anak memang susah….yang mana nak memenuhi kehendak kita…saya adalah jenis manusia yang sangat DEMAND tinggi bab taska anak….terutama ketika bayi..dah besar ni demand juga tetapi ada toleransi la sikit sebab anak dah pandai nak bezakan serba sedikit dan dah pandai mengadu….bayangkan masa anak tergolek geleng ge;leng ja…ya Allah memang tak tenteram la kalau tak dapat pengasuh/penjaga yang boleh diharapkan..

Saya pernah terima email daripada seorang Hamba Allah…saya simpan lagi

salam perkenalan

saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan saya yang tidak seberapa

teruskan berblog kerana saya gemar mengunjungi blog anda

teruskan utk menjadi SOHO

kurangkan

menyatakan kesalahan oranglain

berhemah dalam memberi pandangan

sikap cerewet anda tu kadangkala amat memualkan dan menjelikkan

jika tidak mahu anak orang lain jaga

jagalah sendiri anak anda !!!

kadangkala apabila kita terlalu cerewt, pengasuh akan megabaikan anak kita

letakkah prasangka baik dalam setiap kelakukan, kata-kata

hati anda penuh dengan kecerewetan dan perlu muhasabah

bak kata dr.fadzilah kamsah

jiwa kacau atau ada masalah hati atau masalah jiwa

biasanya ada sikap mengomel, mengomplen, cerewet tidak kena tempat dan riak yang keterlaluan

maafkan kata-kata saya ini jika menguris perasaan

saya suka datang ke blog anda

tetapi sya tidak gemarkan sikap anda yang kadangkala keterlaluan layaknya

mohon maaf jika kata-kata ini menyinggung perasaan

saya rasa terpanggil untuk membetulkan diri saya sendiri dan tidak membiarkan dan anda terus hanyut dalam dunia syok sendiri

wakil penjaga tadika n taska

tanggal 18 may 2009

kira ala ala blackmail la juga kan

saya tahu siapa dia walaupun dia guna email khas…

aa650240@gmail.com

Saya tak  marah pun..ehhh ke marah??sat nak check

cik XXXXXX

terima kasih ata spandangan anda

bolehkah diperjelaskan dimanakah yang amat menjelikkan itu?

bagus juga pandangan dari pihak taska…

bolehlah ibubapa yang hantar anak ke taska sama-sama fikirkan

saya memang suka menulis diblog saya

dan di situlah saya merepek merapu sebagainya…

SOHO tu apa???

pada pandangan saya…saya tidak mengutuk pihak taska pun…

saya cuma meluahkan apa yang sering membelenggu jiwa saya….

sekian terima kasih

 

Marah tak nih?entah

Tak ingat dah

Saya maafkan anda..Anda mungkin tak berapa boleh faham KECEREWETAN saya..nevermind..

Dah lepas pun….

Bagi saya ini menunjukkan cara saya CEREWET ini mengundang rasa tak selesa pihak lain..walaupun saya kira saya tak kacau orang lain kecuali taska anak saya pada waktu itu….tak de kacau pun…sebab depa masa tu memang tip top….Boleh bawa berbincang..ni Taska lama…5 tahun anak saya kat situ…saya keluarkan pun sebab letih dengan kes asyik tukar pengusaha…plus tak de lesen…

Awal awal ada dah bertukar tangan tu kelam kabut la

Apa yang saya nak katakan?Kita sebagai ibubapa memang kena lebih berhati-hati bab memilih pengasuh/taska untuk anak-anak kita.

Kita juga bertanggungjawap di atas keselamatan anak kita. Jika kita menyediakan yang terbaik namun berlaku juga perkara yang kita kalau boleh tak naklah berlaku ..mungkin kadar pasrah dan redha itu akan lebih segera tiba….

Ini pandangan saya semata-mata…Pilihan di tangan masing masing dan kita tak perlulah memaksa sesiapa pun menerima apa yang kita rasa baik dan bagus untuk kita…manusia berbeza..sudut pandangnya berbeza..kadar cerewetnya berbeza..kadar daya mampu fikir juga berbeza…yang pasti memang Allah jadikan kita berbeza-beza…maka wujudlah syurga neraka….

Saya meluahkan hanya di blog saya..tak buat di blog orang lain…maka saya kira…bolehlah diterima yang runag ini ruang bicara…ruang hujah saya ..ruang syiok sendirik!!

ngehhh

 

p/s: berjela pula tajuk entry

Pelbagaian kopi

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran saya ke dunia versi tahun Masihi…berapa?Dah 33 kali wa cakap lu!

Apakah yang telah dicapai?Erkk?? Anak dah tahun satu..suami makin besar opsss…hehehehhee..

Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi…Terima kasih kepada rakan-rakan atas ucapan.

Anakku…Dia nak buat birthday party dia walaupun yang sambut birthday adalah ibunya..alasan..Kan mommy yang melahirkan..jadi birthday party saya sambut!…suka hati…party la sangat! Takat 3 kami saja..maka selamba la..everyday birthday party!

next…Plan untuk operate mata mak saya 31 Januari ni.

Next…Kopi…minum kopi?

Berikut adalah si antara kopi yang kami BOLEH minum setiap hari di pejabat!

kopi

selagi stok masih ada la….punyalah bajet..dah la kopi pun dapat FREE bekas nak simpan pun takdak main kepit dengan paper clip sajo!hahahahhahaaaa

Malam pertama dan bahasa arab

Tajuk apakah yang sesuai?

Nak cerita tentang pengalaman malam pertama anak tak tidur sekali…

Setelah masuk Tahun satu anak saya telah mengalami anjakan paradigma yang sangat besar

kahkahkahkah cerita anak dia lagi…ya la ya laaa..dia saja la ada anak!!1

Harharhar…

Al kisah anak bertuah minta duduk bilik sendiri maka, ibubapa pun sediakan la….

Maka bermulalah tidur malam anak berasingan bilik dengan ibubapa…

Saya taktau apa perasaan anak saya sebab dia sangat excited nak tidur sendiri sedangkan saya meratap hiba…setelah sekian lama saya tidur dengannya kini saya perlu lalui fasa tidur malam tanpa anak dala bilik yang sama….

Anak saya masuk tidur awal malam tu…dia tidur dengan aman siap tersenyum senyum….

Saya pula…gelisah bagaikan nak beranak kekdahnya….

Suami saya dah mula pot pet pot pet kata saya ni tak sedar diri anak dah besar bagai hahahhaha..sekali…tengah tengah malam si Daddy yang takleh lena asyik ulang alik bangun jengah anak…si mommy selamat lena…the next morning daddy komplen tak lena tidur sebab tak ada anak dalam bilik hahaha..lain kali jangan perlekeh ai..ai memang over…tapi kalau dah lelap selamat la sudaaahhhh

kisah suami isteri satu sekolah.

Sekolah kami..kalau kelas Bahasa Inggeris..Bahasa Arab dan Matematik Tambahan, akan dibahagikan kepada kelas kelas lain…Ikut gred/set 1-5 etc..kelas arab kelas perancis bagai

Al kisah suami bertuah tiba tiba mengaku dia belajar bahasa Arab dengan ustaz ismail…Dalam sejarah saya belajar bahasa Arab gurunya adalah ustaz Munajar atau Ustazah Hsinah sahaja macam mana muncul Ustaz Ismail??Ustaz ismail ajar pendidikan Islam….tekak punya tekak..ayat pembunuh…

Weeii abang…hang dok sekelas ngan aku la kalau Bahasa Arab dari form 1 sampai form 4…bila masa plak ustaz ismail ajaq Bahasa Arab???

Kantoiii sudaaahhh

komen beliau…

Ni rugi satu sekolah ngan bini!

erkkk

Hari ni pun masak makanan versi Jepun juga untuk bekal si comel….huhuhu esok italiano laaa

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.