SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Boikot

Boikot
Boikot dengan ilmu
Apa makna boikot?
Boycott.kalau ikut dictionary.com adalah seperti berikut.

image

Sila rujuk sendirilah ya

Boikot dengan ilmu
1. Fahami apa maksud boikot
2. Fahami tujuan memboikot
3. Boikot bukan menyerang.bukan menghina bukan memaki…orang kampung saya cakap ‘buat tak tau’ ‘ buat derk’ ‘buat tak hirau’ dll
4. Kalau tak nak boikot pun tak da hal tapi dok diam-diam la. Elakkan komplen mereka yang nak boikot
5. Kalau dapat list barang yang konon kena diboikot..baca..kenalpasti..fahami..kaji…soal..selidik..dalami..kemudian..buat keputusan dan bertindak
6. Jangan boikot hanya kerana ikut-ikutan
7. Elakkan taksub tak ketahuan hala
8. Elakkan melatah tak ketahuan hala
9. Boikot yang mana mampu
10. Boikot selagi tiada memudaratkan diri mahupun orang lain

Sekian dululah…
Jyane..mata…

Masyarakat Malaysia- melayu terutamanya..kini sangat mudah terpengaruh dengan trend dan cara ARTIS…dan selebriti..Hatta artis sendu dan selebriti semput..opsssss…

Ada ke yang sendu dan semput..Kang mai serang blog I pula tak puas hati I mengata depa sendu dan semput

Buat apa korang nak serang? Aku punya pendapat gasakkan aku laaa…wakaru no kai?

Aku memang susah sangat nak hadam ..Apakah hebat sangatlah artis dan selebriti di mata kalian..sebab bagi aku samaaaa jaaaaaaa… Ya ada artis dan selebriti hebat…maka ikut yang hebat out ok janji tak bertentangan dengan syariat….

Kalau nak berpakaian cara ..dan gaya artis…ikutlah selagi menutup aurat dan seperti yang disyariatk

1. Perkahwinan..majlis ala ala entah apa apa susah aku nak cerita…nak buat gempaq tapi tak menepati apa yang dikehendaki agama…takyah la ikut…majlis berinai bakal pengantin dah tergolek sebelah menyebelah..opss…mana boleh!haram!Mandi disiram jerus..menampakkan seluruh susuk tubuh ..aiyaaaaa……no good no good

2. Gambar pra-perkahwinan..ni satu yang aku tak faham..kome guling pating bergambar tekop tekan sana sini..hanya untuk gambar..kome memang tiada kesabaran langsungkah nak tunggu sampai sah menikah??

haaa gitulah kiranya pandangan orang kampung kolot macam saya ni..maklumlah saya tak ambik pun subjek adat budaya Melayu Malaysia….sekolah menengah tak ajar punn..(ye ke??) Universiti pula kat luar negara….gitu laaaa….

Bangkitlah orang Malaysia oooii….tetibaaaaaaaaaaa

Iklan tak cerdik

Iklan iklan yang lately buat saya rasa geram..hahaha..ko kan Fid dengan iklan pun menjadi ya…apakah??

saya tak suka tau kalau jenis ekxploitasi nih…meluat

1. iklan mi segera…tu yang main aci tusut..main hide and seek laa…yang maknya konon bijak la sangat buatkan mi segera untuk anak panggil kawan-kawan yang terror menusut tuh!! Takleh ke buatkan je mi bandung ka….sama je kan langkah-langkahnya….ko buat mi segera buh udang bagaikan…buat je la mi udang hehehhhee…kalau mi segera buh ayaq panas jaaa…

2. iklan susu yang konon….anaknya pandai sebab minta umi susu susu…wahahahhaa…ni takleh tahan ooo…apakah..ko ingat kalau budak minum susu lain depa tak pandai nak sebut semua tuh?

3, lagi iklan susu juga…yang mana mak dia kata bangga sebab anak dia tahu kalau sakit/luka mak dia buh minyak gamat!…wah anak dia pandai ambil barang jatuh….aduhhh…ini PERKARA SEMULAJADI laa..semua budak akan lalui fasa nih…ni bukan fasa sebab minum susu tertentu!Kalau budak tu NORMAL dia akan lalui fas tu…yolong…kalau nak buat iklan pun study lebih sikit naaa

4. iklan susu lagi…anak tak mau makan dia bagi anak dia susu…tahu tak apa kepentingan makan…nganga masukkan makanan..kunyah telan..tau sebab apa???Anak kau kena juga makan….kau bagi je apa dia suka.,…tu la orang dah kata kena perkenalkan makan pejal..kena bagi variasi haq ko bagi sosej saja tu awat???

5. Iklan syampu yang sangat tak bermoral. iklan syampu buka tek!buka dada..tayang peha..apa kaitan??/

6. Iklan mencerah muka…fuhh terpelantik opocot!adooiii berpada pada la iklan puunnn

Pelik juga iklan iklan tak logik atau tak berapa cerdik boleh lepas nih…mmm..mmm….

Haa iklan Dashing haq lelaki lari lompat bagai untuk bagi purde jatuh tu….rasa nak luku jaaa…hahahahahahahah

ehhh minyak rambut CODE 10 wujud lagi tak??

Bylecream?

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.