SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Iklan iklan yang lately buat saya rasa geram..hahaha..ko kan Fid dengan iklan pun menjadi ya…apakah??
saya tak suka tau kalau jenis ekxploitasi nih…meluat
1. iklan mi segera…tu yang main aci tusut..main hide and seek laa…yang maknya konon bijak la sangat buatkan mi segera untuk anak panggil kawan-kawan yang terror menusut tuh!! Takleh ke buatkan je mi bandung ka….sama je kan langkah-langkahnya….ko buat mi segera buh udang bagaikan…buat je la mi udang hehehhhee…kalau mi segera buh ayaq panas jaaa…
2. iklan susu yang konon….anaknya pandai sebab minta umi susu susu…wahahahhaa…ni takleh tahan ooo…apakah..ko ingat kalau budak minum susu lain depa tak pandai nak sebut semua tuh?
3, lagi iklan susu juga…yang mana mak dia kata bangga sebab anak dia tahu kalau sakit/luka mak dia buh minyak gamat!…wah anak dia pandai ambil barang jatuh….aduhhh…ini PERKARA SEMULAJADI laa..semua budak akan lalui fasa nih…ni bukan fasa sebab minum susu tertentu!Kalau budak tu NORMAL dia akan lalui fas tu…yolong…kalau nak buat iklan pun study lebih sikit naaa
4. iklan susu lagi…anak tak mau makan dia bagi anak dia susu…tahu tak apa kepentingan makan…nganga masukkan makanan..kunyah telan..tau sebab apa???Anak kau kena juga makan….kau bagi je apa dia suka.,…tu la orang dah kata kena perkenalkan makan pejal..kena bagi variasi haq ko bagi sosej saja tu awat???
5. Iklan syampu yang sangat tak bermoral. iklan syampu buka tek!buka dada..tayang peha..apa kaitan??/
6. Iklan mencerah muka…fuhh terpelantik opocot!adooiii berpada pada la iklan puunnn
Pelik juga iklan iklan tak logik atau tak berapa cerdik boleh lepas nih…mmm..mmm….
Haa iklan Dashing haq lelaki lari lompat bagai untuk bagi purde jatuh tu….rasa nak luku jaaa…hahahahahahahah
ehhh minyak rambut CODE 10 wujud lagi tak??
Bylecream?
Petang tadi selepas balik dari Pasar malam, kami singgah ke Carrefour seksyen 23. Anak ada benda nak beli…anakkk ohh anak…jajan…aiyaaaa
Dah pi kan so kami beli la apa patut termasuklah ubat gigi dan berus gigi serta sebagainya laaaa
Harga kat tag dia adalah rm20.80
Gambar diambil oleh suami saya sebagai bukti selepas komplen..mencicit ko depa tukar hahahaa
kisahnya sat naaaaa
rujuk tanda titik merah
itu harga selepas scan
Maka bergegaslah suami saya ke kaunter servis. Nahh depa kata tunggu sat…ohh…kata suami saya..takleh…. saya nak ikut kang awak cabut tag….hahahhahaha
sampai kat kawasan berus gigi di atas ditempatkan…yaaa harga terpapar adalah rm20.80
Maka..suami saya pun apa lagi..snap gambar bagi kat isterinya tampal kat blog hahhahahah
seruan saya….kita WAJIB semak harga barangan yang kita beli supaya kita tidak tertipu…mungkin ini salah tagging dan mungkin juga sengaja..siapa tahu kannn…jadi kita sebagai penggguna kenalah bijak…sepatutnya masa depa scan dah perasan dah nih…leka plakkkk……
Jadilah pengguna bijak!
Kes bayi tersedak susu dan sebagainya.Memang mengganggu ketenteraman saya..Tambahan pula ianya berlaku atas kecuaian manusia yang diamanahkan menjaga bayi tersebut.
Saya suka sangat galakkan para ibubapa yang memberikan anak mereka minum susu perahan(ibu) menggunakan cawan ataupun sudu. Maknanya..tak guna botol dan puting tiruan laa…maknanya lagi kena ada ORANG yang suapkan bayi..bukannya PAKSA atau biarkan serta abaikan bayi dengan cara….baringkan bayi..sumbat puting yang dipasang kepada botol yang dipenuhi susu dan sendal dengan bantal atau selimut etc…tinggalkan bayi…Lagi tragis…bayi dibedung ..masukkan ke dalam buaian…then sumbat botol susu…sendal dengan bantal…ko tau tak flow susu laju?budak tu takleh kawal…budak kecil minum sikit saja…so bayangkan apa jadi dengan susu sepenuh penuh botol tuh??Takkah anak itu akan tercungap cungap sesak nafas..lemas tersedak….???akal wajib guna
Namun..saya agak sedih tau..setiap kali saya CADANGKAN bagi susu kepada anak dengan cawan, RAMA parents yang akan kata…NAK SENANGKAN PENGASUH…tanpa pernah nak fikir baik buruk kepada anak…Ada pula yang kata TASKA TAK NAK TERIMA KALAU TAK GUNA BOTOL….
Betull…tak ramai yang akan bagi kerjasama sebab depa bukan nak jaga sangat pun bayi tu depa nak duit ja..sambil jaga anak orang jaga rumah sendiri…jaga hal keluarga…dapat duit…kalau kena suap budak tu macam mana nak urus rumah tangga bagai….
Saya memang tak boleh terima sikap TAKE FOR GRANTED nih..baik para pengasuh..pengusaha taska mahupun ibubapa….
apa yang kalian kejar sebenarnya???
Sekali lagi nak taip..saya memang CUAK gila dengan ibubapa yang BACKING pengasuh..nak mudahkan pengasuh bagai tanpa nak kisah sangat masalah yang MUNGKIN boleh menimpa anak sendiri….Ajal maut di tangan Allah Taala..itu pasti tapi kita boleh usaha mengelakkan kecelakaan yang sepatutnya tak berlaku…dengan usaha dan tawakal..kan?
Inilah masalah rakyat Malaysia ..sebenar benar alamnya…TAKUT untuk demand sesuatu sebab takut orang tak terima dan takut takut…semua pakat takut!!!
Saya tau nak cari taska/pengasuh anak memang susah….yang mana nak memenuhi kehendak kita…saya adalah jenis manusia yang sangat DEMAND tinggi bab taska anak….terutama ketika bayi..dah besar ni demand juga tetapi ada toleransi la sikit sebab anak dah pandai nak bezakan serba sedikit dan dah pandai mengadu….bayangkan masa anak tergolek geleng ge;leng ja…ya Allah memang tak tenteram la kalau tak dapat pengasuh/penjaga yang boleh diharapkan..
Saya pernah terima email daripada seorang Hamba Allah…saya simpan lagi
salam perkenalan
saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan saya yang tidak seberapa
teruskan berblog kerana saya gemar mengunjungi blog anda
teruskan utk menjadi SOHO
kurangkan
menyatakan kesalahan oranglain
berhemah dalam memberi pandangan
sikap cerewet anda tu kadangkala amat memualkan dan menjelikkan
jika tidak mahu anak orang lain jaga
jagalah sendiri anak anda !!!
kadangkala apabila kita terlalu cerewt, pengasuh akan megabaikan anak kita
letakkah prasangka baik dalam setiap kelakukan, kata-kata
hati anda penuh dengan kecerewetan dan perlu muhasabah
bak kata dr.fadzilah kamsah
jiwa kacau atau ada masalah hati atau masalah jiwa
biasanya ada sikap mengomel, mengomplen, cerewet tidak kena tempat dan riak yang keterlaluan
maafkan kata-kata saya ini jika menguris perasaan
saya suka datang ke blog anda
tetapi sya tidak gemarkan sikap anda yang kadangkala keterlaluan layaknya
mohon maaf jika kata-kata ini menyinggung perasaan
saya rasa terpanggil untuk membetulkan diri saya sendiri dan tidak membiarkan dan anda terus hanyut dalam dunia syok sendiri
wakil penjaga tadika n taska
tanggal 18 may 2009
kira ala ala blackmail la juga kan
saya tahu siapa dia walaupun dia guna email khas…
Saya tak marah pun..ehhh ke marah??sat nak check
cik XXXXXX
terima kasih ata spandangan anda
bolehkah diperjelaskan dimanakah yang amat menjelikkan itu?
bagus juga pandangan dari pihak taska…
bolehlah ibubapa yang hantar anak ke taska sama-sama fikirkan
saya memang suka menulis diblog saya
dan di situlah saya merepek merapu sebagainya…
SOHO tu apa???
pada pandangan saya…saya tidak mengutuk pihak taska pun…
saya cuma meluahkan apa yang sering membelenggu jiwa saya….
sekian terima kasih
Marah tak nih?entah
Tak ingat dah
Saya maafkan anda..Anda mungkin tak berapa boleh faham KECEREWETAN saya..nevermind..
Dah lepas pun….
Bagi saya ini menunjukkan cara saya CEREWET ini mengundang rasa tak selesa pihak lain..walaupun saya kira saya tak kacau orang lain kecuali taska anak saya pada waktu itu….tak de kacau pun…sebab depa masa tu memang tip top….Boleh bawa berbincang..ni Taska lama…5 tahun anak saya kat situ…saya keluarkan pun sebab letih dengan kes asyik tukar pengusaha…plus tak de lesen…
Awal awal ada dah bertukar tangan tu kelam kabut la
Apa yang saya nak katakan?Kita sebagai ibubapa memang kena lebih berhati-hati bab memilih pengasuh/taska untuk anak-anak kita.
Kita juga bertanggungjawap di atas keselamatan anak kita. Jika kita menyediakan yang terbaik namun berlaku juga perkara yang kita kalau boleh tak naklah berlaku ..mungkin kadar pasrah dan redha itu akan lebih segera tiba….
Ini pandangan saya semata-mata…Pilihan di tangan masing masing dan kita tak perlulah memaksa sesiapa pun menerima apa yang kita rasa baik dan bagus untuk kita…manusia berbeza..sudut pandangnya berbeza..kadar cerewetnya berbeza..kadar daya mampu fikir juga berbeza…yang pasti memang Allah jadikan kita berbeza-beza…maka wujudlah syurga neraka….
Saya meluahkan hanya di blog saya..tak buat di blog orang lain…maka saya kira…bolehlah diterima yang runag ini ruang bicara…ruang hujah saya ..ruang syiok sendirik!!
ngehhh
p/s: berjela pula tajuk entry


Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.