SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Kecoh kes Nur Amalina
Sejak kemunculan dia buat kali pertama di kaca-kaca TV di media massa di alam maya pada beberapa tahun yang lalu..saya sudah tahu..DIA MEMANG PANDAI bab AKADEMIK….Pandai belajar…SPM cemerlang..tetapi di satu sudut lain..saya dah nampak setakat bidang itu sahaja..Dia memang hebat dalam pelajaran dan saya yakin sekarang pun dia masih cemerlang dalam pelajarannya…
Berbelas A kan?
Sejak dahulu lagi saya dah tanya…apakah A yang dia kejar..
Pada pandangan saya..dia memang BERJAYA dalam semua pilihan dia…
Saya tak hairan pun kalau sesudah ke luar negara dia berubah dari bertudung ke free hair…Tudung?Kan itu uniform sekolah….pelajar lagi takut kena ejek tak bertudung di sekolah daripada hukumnya….
Pada saya isu tudung tak tudung kita boleh campak tepi..ehh bukan nak kata letak agama kat tepi yaaa..
Pada pandangan saya itulah amalina…Hakikat yang selama ini tidak kelihatan. Dia mungkin berubah atau mungkin itulah kenyataan…siapa yang tahu??
Inilah..melayu katakan…kuman seberang laut nampak…gajah depan mata tak nampak…apa nak kita kisah Amalina di luar sana?sedangkan di dalam ini lebih dahsyat daripada Amalina beribu berjuta???
Kerana Amalina pelajar cemerlang SPM??maka dia haruslah BERSIh ???
Kerana Amalina pelajar hebat maka dia tiada berbuat salah???
Saya tak pernah sokong dia dan tak akan sokong dia….
Apa yang saya ingin katakan….Amalina kelihatan ‘teruk’ kerana dia popular…pernah kita kisah mereka yang ke luar negara di taja kerajaan..ditaja GLC dan sebagainya yang lebih dahsyat daripadanya??
Sebagai manusia yang pernah la juga pi belajar kat luar negara walaupun dekat jaa..7 jam ja naik kapal kan…Ketika di luar…kita kena kuat dalam dan luar….kalau pandai belajar bodoh hidup pun tiada jalan penyudahnya….Sebab itu kita kena tahu….anak kita bukan perlu hanya dididik PANDAI baca PANDAi mengira..PANDAi sains..pandai matematik..kita kena DIDIK anak kita PANDAI HIDUP….
Saya memang baru sahaja hidup anak pun satu saja pun baru tahun satu..apa saya tau tentang hidup??kan??Namun saya sedang terus belajar untuk hidup dan sedang juga mendidik anak saya tentang hidup dan tentang hidupnya kita di sana kelak…..
Annoyingkah saya?ignorant??
Tiba-tiba rasa gigil pula nak meneruskan langkah..jauhnya lagi perjalanannya..oh dunia ini!
KArenah ke KErenah? Ya ampun hancusss sudahhhh
Hari ini hari peetama sesi persekolahan 2012.Kasihan para guru penat hari ini sebab 1001 macam fe’el umat manusia
Kami ke sekolah anak bertuah untuk sesi penyerahan file pelajar dan sesi training anak balik sekolah serta makan bekalan….
Saya nak membebel sedikit..eh ni bukan membebel la..nak kongsi sedikit perkara menggusarkan saya
1. ibubapa yang tak pandai ikut peraturan. Bagaimana nak bentuk anak jadi insan kamil? Guru Besar dah pesan. waktu rehat ibubapa jangan duduk di kerusi kang anak anak nak makan tak ada tempat duduk…pakat buat muka tak kisahhh sahaja depa..adoi sampai cikgu kena sound minta kosongkan tempat..ko sekolah ke idak dulu???
2. ibubapa tak reti tunggu giliran..Orang lain bukan main berpeluh keringat menanti…dia selamba sahaja potong barisan..aku sumpah dia mati eksiden kena lenyek trailer sebab??sebab kalau barisan masa serah file anak pun dia takleh tunggu…Q masa jammed kat jalan lagi la dia tak sabar…
3. Obubapa tak peka kepada alam sekitar…sekeliling…nama anak ada disenaraikan di papan notis..pihak sekolah kata pi la tengok sendiri tetapi ramaaaaiii yang masih ikut suka hati depa..Kasihan para guru hulu hilir mundar mandir kelam kabut..kalau makpak ambil bahagian yang depa patut CARE tak de la cikgu susah payah….
4. Kantin sekolah adalah kurang sesuai untuk anak membeli belah hahahahhahahaha…maka ..wahai anak bawalah bekal..kalau nak beli pun sekali sekala dah la yaaaa
5. sekolah tinggi tinggi noo…jenuh anak kerabat tangga balik lenguh kahkahkahkah. Maka ..wahai anak senamanlah ya kuatkan stamina
6. Tak semena mena kami jadi ahli resque budak budak salah jalan balik…ayah mak pesan tunggu kat kantin depa menonong keluar..sudaaahhhhh…tak jumpa ibubapa….moral of the story sila tulis number telephone besar besar kat beg ataupun baju anak…saya kepilkan kad nama saya kat nametag sementara anak saya..buku nota juga saya tulis contact number…pencil case juga…bag juga….tinggal dahi anak saja belum kupalitkan number telephone ku..henna?jangan buat gila Cik Fid
7. Depan sekolah adalah sangat sesak sampai tak boleh bergerak kereta kereta yang ingin melalui jalan…punca utama…ada manusia selfish naik kereta besaq bagak suka hati pakir tengah tengah jalan sebab dia ingat itu laman rumah dia..dia salah faham sekolah tu hak milik rakyat jelata dan bukannya sekolah dia punya..opsss….Jalan memang sesak ditambahkan pula dengan sikap manuisia..maka kejunglah jadinyaaaaaa
Hari ni Gedebi saya bawa bekal macaroni goreng bersosej..Air tak cukup la pula..esok saya wajibkan dia GALAS botol air 1.5liter laaaaaa
Dah nak abis baru teringat nak snap gambar
Anak hakak pada waktu pagi..bukan main over acting lagi tauuu…..
Pendekkata mau sebulan kisah anaks ekolah ja la kan..anak dia saja la pi sekolah kan..kahkahkahkah Cik Fid Cik Fid,,hang memang oveerrr!!!
Dah beberapa hari dah saya tak update blog..wahhh melampaunya tahap …
Sibuk weh…dua puluh empat jam tak cukup
Al maklum tengah OVER ACTING..anak baru masuk sekolah tahun satu maaaaa
Penat juga noo ..sungguh mengkagumkan tahap sibuknya
Hari sabtu.- orientasi sekolah anak..haaa korang anak berorientasi mak pak WAJIb pi dengaq taklimat ibubapa naa jangan nak hegeh atau perasan dahsyat main nak terjah atau belagak declare serba tahu ataupun andalah manusia tersibuk alaf ini..Lu tak dengar lu rugi…
Sesungguhnya membawa telefon bimbit ke sekolah anak saya itu adalah ditegah serta dilarang dan akan dirampas jika ditemui..wahhh hebat ko..jangan bawa henfon…ya iPhone ka iPad ka no no nooooo
Yuran memang takdak yang kena bayar….Tapi buku tulis dan alat tulis sila beli sendiri jangan nak perasan kerajaan nak supply…buku teks adalah pinjaman yaaaa
Selesai hal register dan anak berorientasi..kenal mana bilik air mana bilik komputer mana itu mana ini… Balik..anakku adalah berjalan melelong sebab letih naik turun tangga bagai
Ahad- Penat menunggu anak main pantai dan laut serta ombak
bawa anak ke Port Dickson….bagi main air…pasir…sampai hitam melokoss…..sunburnt sudaaahh…budak hitam pun sunburn erk??
Isnin- saya adalah cuak..sekolah buka bila?Cikgu anak saya kata 4 haribulan ..tV3 kata 3 haribulan..so kita ikut cakap cikgu laa..TV3 tu bukan betoi sangat..suka buat cerita…aci??
last kopek..preparation…cari bekas bento dan alang kepalang beli ja la beg..lain kali la mommy jahit….beli kat Daiso sahaja….so bolehlah berdabik dada kan..kahkahkahkah Rm5 per item…however..I miss 100 yen shop!!!Tiba tiba je kannn
Anak saya sudah besar
Dia dah MINTA nak duduk bilik sendiri
Dia dah tak bagi panggil dia BABY
Dia dah boleh uruskan diri sendiri sampaikan hari orientasi pun ada hati nak ke sekolah sendiri..Nak suruh kita hantar sampai depan pagar saja ..apakah??
Sindrom ibu anak satu..sabishi naaa
atashitte sabishi no yo!
Walaubagaimana pun anak saya benar benar membuktikan bahawa..konsep…apabila tiba masanya dia pasti lakukan..ohhhhh
Satu lagi dilema mak yang ala ala dah nak jadi KIASU
esok keputusan penempatan kelas kanak kanak tahun satu sekolah SKS20 akan diketahui
KSSR tidak menyasarkan nombor satu tetapi memastikan semua pelajar mendapat apa yang patut mereka dapat…kelas awal ka kelas akhirnya anak kita akan dapat pelaran dan pembelajar sepatutnya namun mengapakah saya berdebar?
Saya tidakk menyasarkan kelas terawal…tetapi berharap anak saya berada di dalam kelas sederhana….phase normal kanak kanak 6 tahun nak masuk 7 tahun…
candid..mata tengok lain tekan snap button kerana tak mau dia tau kang dia marah…orang masuk sekolah pun nak ambik gambar ka??
hakhakhak

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.