Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

gambarimasu

Learn Japanese..anyone??

PIC_0063

Kanji handbook yang amat berjasa

walaupun dah tak yah ambik apa-apa exam..walaupun dah lama graduated daripada university..saya masih usung buku ini ke hulu ke hilir….

sangat memanfaat buku ini…buku ni kami guna buat rujukan zaman kami kat matrikulasi lagi…kami memang menghargai harta yang negara kami bagi kat kami…

kami rasa perdana menteri patut bagi anugerah kat kami…..kahkahkahkah

merapu sudahhhhh

p/s: seriously…sakit telinga mendengar hilai tawa ponti-anak dar-beng-ong…apa ke masalah dia hah?ada member team dia mai tanya aku soalan pun dia bleh buat pheewit…apakah dia ni anak tak diajar??I wish ..nestweek I don;t have to see her again…mohh ko dari sini shoohh shooh….

 

ok sedikit perkataan bahasa jepun

kyoumo gambarimase node, ooen shite kudasai…

hari ni pun akan berusaha gigih…sila berikan sokongan.

Bahasa di blog anda

Saya telah melakukan lawatan muhibbah ke blog rakan-rakan blogger, dan telah tertarik dengan beberapa komen mengenai ‘bahasa blog anda’.

Bahasa di sini merujuk kepada medium bahasa yang digunakan oleh blogger untuk menulis blog mereka. Sebagai contoh, saya menulis bahasa ‘rojak’ bahasa melayu+ bahasa Inggeris+bahasa Jepun+ loghat kampung halaman. Ada para pembaca yang kurang suka akan blog yang bercampur aduk begini. Bagi mereka blog ‘rojak’ bahasa tidak memberi manfaat kepada negara.

Ada yang suka blog yang menggunakan bahasa pengantar , bahasa Inggeris kerana bagi mereka, blog berbahasa Inggeris lebih nampak professional. Ada yang menginginkan bahasa Melayu standard.

1. Adakah dengan penggunaan bahasa Inggeris sahaja kita akan kelihatan professional?

2. Adakah Bahasa Melayu standard tidak menunjukkan professional?

 

Penggunaan bahasa campur aduk, adakala kita perlu ingat blogger menulis menurut apa yang terdetik di hatinya dan selalunya kita berkata-kata di dalam hatai dengan bahasa yang kita suka dan selesa.

Bukankah blog peribadi lebih indah ditulis dengan ‘bahasa hati’ penulis?

Wujudkan manusia yang berkata-kata di dalam hati menggunakan bahasa standard melayu baku atau inggeris baku?

Itu adalah komen saya mengenai blogger yang menggunakan bahasa campur aduk ikut suka hatinya.

Bagi saya, tidak salah apa jua penggunaan bahasanya jika ada mesej jelas yang ingin dikongsikan. Malahan tak salah pun jika tiada mesej sekali pun jika itu merupakan terapi buat penulisnya.

Penulis berhak menulis dan pembaca berhak untuk memilih untuk membaca atau tidak, untuk suka atau untuk tidak suka..Tiada paksaan di situ.

 

Kebelakangan ini terdapat banyak rungutan yang menyatakan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang susah dipelajari. Apa komen anda?

Pada saya..YA…makin mencabar untuk saya mendalami ilmu bahasa Melayu dan sungguh menjerut untuk saya mendalaminya, namun. jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Jika asyik memperlekehkan sahaja tanpa mendalaminya tiada guna.

Walaupun menulis blog dalam bahasa ‘sukahatisaya’ saya juga kerap merujuk kamus untuk perkataan di dalam bahasa asing (bajet BM A1 la kan…fuuuh…berzaman)

Bagaimana dengan anda?

Bahasa Melayu Tinggi dengan Bahasa Melayu SPM 1996 adalah jauh bezanya. Sekian, harap maklum!

Bahasa apa bahasa yang anda paling pandai?

bahasa kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia…

saya sungguh suka bahasa Melayu nih

baca bab Bahasa Melayu

Adakah anda akan TERASA sangat BODOH jika bertutur di dalam Bahasa Melayu? Adakah Bahasa Melayu bahasa jalanan?Mengapa mengagong-agongkan bahasa lain?

Saya tak pandai bahasa Inggeris maka sah la saya akan sokong Bahsa Melayukan…kalau ikut ranking penguasaan bahasa saya….

1. Bahasa Melayu (ya la…ahkakkan Melayu)

2. Bahasa jepun…(selalu orang akan kata bahasa ke-2 depa English…..tapi bagi ahkak…tidak…sebab ahkak tak sekolah di London..ahkak sekolah kat Jepun je..dah tu balik Malaysia ahkak kerja syarikat Jepun dan hari hari mengadap bahasa tu jeee….tapi tidaklah sehebat mereka yang berpuluh tahun di Jepun ya)

3. Bahasa Inggeris..Boleh la faham dan bertutur serba sedikit..kalau ahkak terlepas ke London pun Insya Allah ahkak tak sesat la….But..please la bagi ahkak peluang bermastautin di London barang 2-3 tahun balik Malaysia sahih akak bercakap BERSEMBUR SEMBUR!..Lagi satukan…bahasa jiwa bangsa…ahkak takleh lagi nak terima budaya Inggeris ni…sebab tu kot ahkak takleh snagat nak DIGEST bahasa depa….Macam bahasa Jepun tu ahkakkan BERGELUMANG dengan budaya dan cara hidup depa kan..so DEKAT sikit la di hati…ada kaitan ke?

 

Kalau kita bertutur lancar di dalam English orang akan pandang kita hebat….tapi kalau kita bertutur dalam Bahasa Melayu mengapa kita kelihatan macam baru keluar dari bawah tempurung?sedangkan bahasa Melayu tidak kurang hebatnya…

Kalau ahkak bertutur bahasa Jepun orang akan pandang ahkak 3-4 kali dan buat muka…apa kebenda pompuan nih?hahahaha…tak vogue erk kalau cakap Jepun..sian ahkak…kahkahkah…ke bahasa Jepun ahkak nampak tersangat tak tentu hala?

Saya rasa di pejabat saya ni lately bangsa Melayu sudah mula mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris ketika bertutur…naik segan ai..so ai decided to praktik bahasa asing yang ahkak pandai la…ahkak nak cakap jepun je laaa…gasaklah kome tak faham pun…I no study at london …see how bad my english?

saya selalu main main dengan zizie bertutur VERY broken English….so funny because we sound stupid speaking english apakah??

Bahasa Melayu tak kurang hebatnya…dahsyat jugakan …cuba tengok bangsa luar yang berusaha gigih menguasai bahasa melayu..siapa kata BM tiada daya penarik?

Arakian, bermulalah kisah perjuangan kita dalam memartabatkan bahasa Melayu….

 

ko pe hal Cik Fid?

I feel stupid speak english because me no study at London!WTH??

 

Zizie mesti faham punya…walaupun dia bukan melayu dan jauh sekalilah untuk dia mengaku dia warga London!kahkahkahkah

ehhh…saya bukan nak bangkitkan isu perkauman ya…saya dok dalam area sangat harmoni ni…kanan Dusun…hujung sana Bisaya…situ melayu…sini melayu…situ jawa…sinun cina…sana lagi banjar….aman damai weh kami…

Namun satu saja yang saya boleh simpulkan rakyat Malaysia…bangsa apa pun mereka…sebenarnya semuanya SAMA sajaa….

Bahasa Malaysia bahasa yang indah!

Ingin belajar bahasa Jepun?ada berani???

ehem..para ‘students’ku..katakana semua dah hafal ka?ehem!

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.