Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

renungilah hikmahnya

Kadar mampu fikir seseorang secara logik dan memanfaatkan ummah adalah berbeza-beza..

itu mukadimmah….

Saya…saya adalah seorang lactivist..wahahahah ayat penyataan kahkahkahkahkah

Saya adalah penyokong penyusuan susu ibu….

OK..tau tau..apa hang nak kata?habaq je la straight to the point tok sah kona kona…

Saya tak heran pun kalau orang tak mau susukan anak atau laki depa tak mau bagi depa susukan anak depa dengan alasan ‘teks’ bini dia..dia yang punya bukan anak punya…apa punya sempit akalnya nih???Ko kan patut minum susu mak ko..teks mak ko ..ko punya teks bini ko..anak ko punya laa…saya tak ngata bini sesapa tapi saya jengkel dengan suami orang haq jenis nak teks tu jadi dia punya…ingat erkk..teks tu Allah jadikan bukan tujuan seks ya….Pikir la elok elok..Allah jadikan wanita otu boleh hamil…anak dok dalam perut tu weyyy…ko ada??9 bulan 10 hari..BAWA anak tu ke mana mana..dari sekecil cenonet….sac semata sampai jadi manusia cukup sifat kaki tangan jantung hati hempedu bagai…..dalam perut wanita! then…allah jadikan wanita itu punya DAYA TAHAN sakit bersalin.. ko ada??tak da kannn….Bersalin tu orang kata gadai nyawa….ohh yey!!memang!ko ada??ada tengok macam mana??tak da kan??kalau haq ada tahniah..hargailah mak dan isteri anda! Then..then dah anak lahir..Allah jadikan pula mak  itu..ibu itu boleh pula jadi food supplier kat anak dia..daripada badan ibu itu keluarlah pulak susu…ko ada??tak da kan….sesiapa yang wanita yang bersalin yang Allah bagi dia bersusu maka REZEKI di situ..nampak dak??

Nih ko paksa bini ko stop susukan anak demi nafsu serakah ko..apa cer weh??

INDAh apa yang Allah taala jadikan dan aturkan…kenapa perlu kita letakkan persimpangan?jalannya dah lurus ..jelas..kita pi pilih yang berliku tu awat??

Betul…takkan nak menyusukan anak pun nak kena ambik kursus..kena pi kelas bagai..ingat nak SPM ka…tu la hangpa..hangpa sekolah sebab nak SPM saja…kami dakk..kami sekolah sebab…sebab apa erk??haaaaa…..Tu pasai kami sanggup pi kursus penyusuan tau sebab kami nak timba ilmu..kami boleh share dengan suami kami ngan anak kami ngan adik beradik dan kawan kawan kami…kami himpula duit ….tak cukup duit kami tak pi…..mahal ka?agak laaaa…tapi tak pa sabaqqqqqq

apa motif entry??

Nak habaq…ibu-ibu..bapa bapa..bukalah minda tentang mustahak dan hak..penyusuan susu ibu ini….kita jangan pandang payudara itu sebagai alat syok seks aja deh! Pandanglah keseluruahn hikmah mengapa Allah jadikan ibu berpayudara dan bersusu apabila anaknya dilahirkan..renung la tang tuu…..

walaubagaimanapun…menyusukan anak adalah tak wajib tetapi si bapa kena pastikan anaknya mendapat khasiat dan kebaikan setanding susu ibu…(jika ada)

Dah lapuk ke?Tapi saya baru nak komen..serius saya tak fahamlah dengan wartawan Berita Harian nih..Apa masalah dia dengan penyusuan susu ibu?Dia kecewakah?Dia memang ada masalah nak faham bahasakah?

maaf kalau ayat saya kesat dan kasar…saya tak faham apakah yang dikejar oleh wartawan berita harian..kena bayar dengan syarikat susukah???erkk dah jadi fitnah pula…maaf…

apa kes ko nyah?ko habuk pun tak faham ko beria-ia tulis artikel…saya cadangkan hang pi kelas asas penyusuan susu ibu…sebelum hang tulis artikel…hang totally LOST….

 

Bank susu ibu haram
2012/01/16

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan
PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.
Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.
Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.
Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.
Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.
“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

 

OK bank susu ibu HARAM..Kita boleh terima jika itu keputusannya tapi….Human Milk For Human Baby (HM4HB) BUKANlah bank susu ibu ya…serta tiada paksaan menggunakan khidmat tersebut

HM4HB Malaysia is a chapter of HM4HB Global which is a network of online regional chapters facilitating access to human milk for human babies and children.
The chapters provide a commerce-free space where women can share their milk in a safe, ethical manner and where families can make informed choices.
For more information, please click our ‘FAQ’ and ‘Welcome’ on the left side of this page. For brief guide to Muslims Milk-kinship Rules, please refer to the tab "Hukum Penyusuan/Muslim Milk-kinship FAQ" on the left side of the page. Thank you.

 

Mencari ibu susuan sahaja…pilihan di tangan ibubapa dan keluarga bukannya dipaksa..anda nak anak anda minum susu ibu anda usahakan.,..kalau anda nak bagi susu lain anda teruskan..itu sahaja

 

penafian: saya tak bangkang pun bab pengharaman Bank Susu ibu tetapi saya harap pihak berita harian SEBARkan fakta bukan auta…

Fakta pemakanan oleh Dr.Nadrah

Saya nak share sedikit akan perkongsian daripada Dr.Nadrah

fb nad

Plan nak print screen semua untuk kekalkan originaliti tapi den tak larat la pula

OK…saya copy paste dengan izin ya

Wall Dr.Nad

Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

10 fakta yang Doktor Nadrah kongsikan dengan kita…

OK…jemput baca dan digest yang mana patut…

Untuk pengetahuan..Dr.Nad adalah seorang doktor yang berkhidmat untuk negara…beliau adalah lactivist yang sangat aktif di Perak dan Malaysia…MBfPC team penyokong penyusuan susu ibu..

OK?kalau tak setuju jangan komen kat sini ya sila pi komen kat wall Dr.Nad..sebabnya semua ni fakta yang dikongsikan oleh beliau..

okay??

tak setuju JANGAN komen kat blog saya…

Makan suppliment TAK salah pun….Tapi jangan salah goreng untuk melariskan yaaa…

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.