Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Kenapa nak sangat anak menyusu susu perahan ibu menggunakan BOTOL berputing?

Selalunya kita jawap

1. nak bagi mudah kerja pengasuh anak….

ada yang jawap lain?

ya ada

Nak bagi anak senang menyusu….

Lagi??

siapa ada jawapan sila kemukakan…

 

Mengapa kita nak PAKSA anak kita guna puting tiruan untuk minum susu terbaik di dunia itu?

Tahukah kita apakah bezanya puting tiruan dengan puting original anugerah Allah taala?

Adakah anak kita akan mati kelaparan jika tak minum susu perahan via botol?(Bukankah ada banyak kes bayi mati tersedak susu kerana minum susu via botol?) Masih kita nak anggap botol susu berputing itu solution kita?

’Konsep’ nak memudahkan pengasuh juga ada kala saya sungguh tak boleh terima….Alhamdulillah para pengasuh anak saya sanggup suap anak saya via botol BERSUDU dan cawan…2 tahun 2 tahun suap EBM..dan 6 bulan suap susu segar yang dibeli di pasaran….

Saya suka sangat anak saya anak yang ANTi puting tiruan…Saya tak perlu nak pening kepala cari puting getah.silikon tuh…saya tak perlu nak fikir bagaimana nak ‘lah’ puting tiruan tuh…Saya boleh tanya hari hari berapa banyak anak saya menyusu….Pasti ada orang yang akan ingat dan details bab susu anak saya….Jadi saya rasa suka..anak saya makan minum ada orang layan…saya kena bayar mahal pun saya tak kisah…

Maafkan saya jika penulisan ini menakutkan ibu yang memberikan anak mereka puting tiruan…

Saya bukan nak menakutkan…cuma sebagai tanda ingatan…peringatan dan renungan…

Botol susu dan puting tiruan adalah antara produk tersenarai yang tertakluk kepada code of ethic pemasaran dan promosi yang ditetapkan KKM….Kita tak boleh suka suka nak promote dan mengaku setanding yang original yang Allah Taala anugerahkan

Puting tiruan telah dikenal pasti menjadi salah satu punca bayi keliru puting dan membawa kepada kegagalan di dalam breastfeeding….

 

Habis tu..tak guna botol berputing kita nak bagi anak minum EBM dengan apa>

kita boleh guna cawan…ala cawan yang biasa tu…anak saya dulu dia nak cawan yang cantik..bagi je laaaa…

kita boleh guna sudu….

kita boleh guna syringe yang kita guna kalau bagi ubat anak tu

semua tu kita kena suap kita tak boleh nak suruh anak kita minum sendiri…Barulah anak kita senantiasa dijaga…

Kanak-kanak kalau membesar dengan sentuhan ikhlas akan lebih hebat perkembangannya…setuju??

 

to use botol berputing or not is up to the mother and baby…Namun jika saya saya pilih untuk tidak menggunakan botol berputing tiruan….

sekian…

 

ini hanyalah pandangan peribadi….

Anakku bukan picky eater!

Ketika anak saya belum dua tahun saya memang KONTROL makan minumnya…minum hanya susu ibu dan air masak(setelah berusia 6 bulan ke atas) makan hanya makanan yang saya masak dan tanpa garam mahupun gula…kosong tawar…kata orang kampung saya tawaq hebiaq!

Sekeliling menyatakan saya zalim…bagi anak makan kosong tiada berperisa…saya senyum sahaja walaupun di dalam hati ada bara..hehehheheee

Setelah usia anak saya melebihi 2 tahun, saya benarkan dia makan apa yang dia suka…Nyata, anak saya ‘picky eater’…sampai ke hari ini…

dia hanya akan makan jika makanan itu memenuhi citarasanya…Dia akan puji masakan mommynya sahaja…Dia akan makan dengan banyaknya jika mommynya yang masak…

Dia tak akan melangkah masuk ke kedai makan yang bukan menepati piawainya…

Memang nampak susah ….Salah kedai dia membatu…jika di rumah dia makan saja…Nasi kosong pun tak apa!

Saya sering berpesan kepadanya, kita perlu bersyukur jangan memilih sangat…dia diam…

dia berjanji tiba masanya dia akan makan macam orang lain..kurangkan memilih…saya diam dan senyum…dia peluk saya dia cium saya…

Hari demi hari dia pun mengerti hidup ini indah jika dia nikmati sekelilingnya…

Dia mula makan dan minum seperti insan lain…dia sudah boleh makan makanan pedas tanpa saya suruh..dia sudah boleh minum jus dan teh juga tanpa saya pellawa…

Dia sering dipuji di sekolah kerana menjadi satu-satunya kanak-kanak yang sangat tidak memilih makanan…sayur…buah..bubur dan semuanya dia makan…tatkala kanak-kanak lain menolak itu ini dia makan tanpa mengeluh……

anakku manusia biasa!

Siapa kata mengatur pemakanan anak ketika bayi menjadikan anak memilih makanan??

Mungkin ya juga jika kita sebagai ibu terlalu mengongkong….dan tidak kreatif

kita kena kreatif dan bijak menangani kerenah anak kita

saya bukan ibu yang baik…tetapi saya ibu kepada anak  saya dan mungkin ibu terbaik buatnya….

Moral of the story, usah risau anak memilih makanan jika kita kawal pemakanannya ketika bayi dan berikan anak kita susu ibu yakni susu terbaik di dunia yang kaya dengan khasiat dan pelbagaian perisa!Anak kita pasti makan apa jua kerana dia sudah merasai makanan tersebut melalui susu ibunya!

note: menurut pembacaan saya, kanak-kanak bawah 4 tahun tak boleh minum atau makan benda berkafein seperti teh dan kopi…

kanak-kanak bawah usia 2 tahun pula sepatutnya tidak diberi makanan berperisa garam mahupun gula apatah lagi yang berMSG…

susu ibu adalah makanan terbaik bayi!

perjuangan dan pengorbanan…

Dalam berjuang memang pengorbanan dituntut secara sengaja atau secara tidak sengaja..secara langsung atau secara tak langsung

Menjadi MBfPC….adalah satu perjuangan menyokong penyusuan ibu dan memerlukan pengorbanan keluarga…suami dan anak-anak…

.ini kerja ammal…

memberi pendedahan tentang kebaikan penyusuan ibu dan menyokong dalam menjayakan

antara pengorbanan….

si anak…

lihatlah si kecil ini…

06112010784

kepenatan….tidur dululah menanti ibu berjuang…

layanlah apa yang ada….melukis mewarna tak kisahlah di mana pun..janji enjoy..mommy ada depan mata….tak layan saya pun tak apa…

suami pula…senantiasa memberi ruang kepada isteri…..

Alhamdulillah…

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.