Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Kenapa nak sangat anak menyusu susu perahan ibu menggunakan BOTOL berputing?

Selalunya kita jawap

1. nak bagi mudah kerja pengasuh anak….

ada yang jawap lain?

ya ada

Nak bagi anak senang menyusu….

Lagi??

siapa ada jawapan sila kemukakan…

 

Mengapa kita nak PAKSA anak kita guna puting tiruan untuk minum susu terbaik di dunia itu?

Tahukah kita apakah bezanya puting tiruan dengan puting original anugerah Allah taala?

Adakah anak kita akan mati kelaparan jika tak minum susu perahan via botol?(Bukankah ada banyak kes bayi mati tersedak susu kerana minum susu via botol?) Masih kita nak anggap botol susu berputing itu solution kita?

’Konsep’ nak memudahkan pengasuh juga ada kala saya sungguh tak boleh terima….Alhamdulillah para pengasuh anak saya sanggup suap anak saya via botol BERSUDU dan cawan…2 tahun 2 tahun suap EBM..dan 6 bulan suap susu segar yang dibeli di pasaran….

Saya suka sangat anak saya anak yang ANTi puting tiruan…Saya tak perlu nak pening kepala cari puting getah.silikon tuh…saya tak perlu nak fikir bagaimana nak ‘lah’ puting tiruan tuh…Saya boleh tanya hari hari berapa banyak anak saya menyusu….Pasti ada orang yang akan ingat dan details bab susu anak saya….Jadi saya rasa suka..anak saya makan minum ada orang layan…saya kena bayar mahal pun saya tak kisah…

Maafkan saya jika penulisan ini menakutkan ibu yang memberikan anak mereka puting tiruan…

Saya bukan nak menakutkan…cuma sebagai tanda ingatan…peringatan dan renungan…

Botol susu dan puting tiruan adalah antara produk tersenarai yang tertakluk kepada code of ethic pemasaran dan promosi yang ditetapkan KKM….Kita tak boleh suka suka nak promote dan mengaku setanding yang original yang Allah Taala anugerahkan

Puting tiruan telah dikenal pasti menjadi salah satu punca bayi keliru puting dan membawa kepada kegagalan di dalam breastfeeding….

 

Habis tu..tak guna botol berputing kita nak bagi anak minum EBM dengan apa>

kita boleh guna cawan…ala cawan yang biasa tu…anak saya dulu dia nak cawan yang cantik..bagi je laaaa…

kita boleh guna sudu….

kita boleh guna syringe yang kita guna kalau bagi ubat anak tu

semua tu kita kena suap kita tak boleh nak suruh anak kita minum sendiri…Barulah anak kita senantiasa dijaga…

Kanak-kanak kalau membesar dengan sentuhan ikhlas akan lebih hebat perkembangannya…setuju??

 

to use botol berputing or not is up to the mother and baby…Namun jika saya saya pilih untuk tidak menggunakan botol berputing tiruan….

sekian…

 

ini hanyalah pandangan peribadi….

saya nak tulis sikit mengenai..

susu badan terlalu banyak tak muat nak simpan dalam peti ais…

Saya alami keadaan ini pada suatu masa dahulu

saya siap buka satu thread kat forum susuibu.com bertanyakan..Hahahahhaa

Ok apa kita boleh buat kalau..susu banyak sampai tak muat peti ais…

1. Tidak mengurangkan sesi mengepam..awal kelahiran anak  hingga anak 6 bulan memang NORMAL susu melimpah ruah(bagi yang jenis kilang susu produktif yaa) maka apa yang kita kena buat hanyalah..layan saja..pump dan simpan untuk ‘masa depan’

2. simpan susu di dalam liner..untuk  jimatkan ruang peti ais…ataupun simpan dalam bekas dadih tu…Elakkan simpan dalam botol sebab botol ‘makan’ ruang….

3. Guna fresh milk hasil perahan semalam setiap hari dan tak usik stok beku…stok beku buat ‘back-up’

memang kita kena guna yang lama dulu tapi kalau dah banyak sangat susu guna saja la susu yang segar bugar itu

4. Worst case senario..buang susu lama ganti dengan susu baru untuk stok ‘masa depan’

5. Lebih drastik..beli ‘deep freezer’ ala peti ais yang isi ais krim tu…paling murah..saiz kecil dalam 700-800 pun boleh dapat..dalam deep freezer susu tahan 6 bulan….

6. kalau banyak sangat juga dan tak mampu nak laksanakan no.4 dan no.5…cari anak susuan..aci???Ya la dari buang saja baik bagi anak sesiapa minum…Tapi masyarakat kita tak berapa nak sangat anak-ibu susuan ni…but if anda sudi anda carilah anak susuan..daripada buang susu kann…

7. lebih drastik lagi…pam dan buang susu anda…

uwaaaaaaa..sedih kalau kes gini..tambahan plak kalau in future tiba-tiba susu badan merudum..memang rasa nak hentuk kepala kat tiang batu depan water cooler kat tingkat 2 SERATAs

8. Tumpang simpan susu kat rumah saudara mara/adik beradik/kawan-kawan yang peti ais tak penuh..kalau peti ais office kosong …tumpang le..tapi kena makesure tiada ‘shut down’ besar-besaran kat syarikat anda….

9. Kalau ada anak lebih dari satu..bagi anak yang lain-lain tu minum susu yang banyak tu..jimat kos,,hehehehee ataupun minum susu sendiri..(tapi saya tak rela nak minum susu saya..tak tau sebab pa…but ada kawan saya dia minum balik suus dia yang tak de sapa nak minum tu…)

sekian..itu saja saya boleh fikir le ni

from keyword..iroiro da wa!

saya sungguh tertarik akan keyword analisis nanang pada hari ini….

 

1. kertas gam awning – ya saya ada sebut dalam blog saya bab kertas gam awning ni…sila guna kertas kolar bergam baju melayu ya…

2. pola tudung diy – ya ada gambar pola…siapa nak beli pola silalah..kahkahkah

3. orang sedang bersalin – tak ada kat sini ya..sebab saya bersalin sekali ja…ehh bersalin??salin apa???beranak ke salin baju??hah??ko cari apa kat sini hah????

4. petua2 – ada juga petua menarik yang aku kongsikan…sila ke katogeri yaaa

5. baju menyusu – ada….silalah melawati akan entry ini

6. kebaikan berbasikal bagi kanak-kanak – anak saya ada basikal tapi tak reti kayuh samai habis lagi…wahhh..suami saya kata nak beli basikal…huwahuwa

7. penjagaan kanak-kanak: nurseri vs pengasuh – ni sah sebab program 360 malam tadikan??saya lebih kepada taska…yang berdaftar…saya ada tulls bab ni berkali-kali..silalah menggodek-godek blog ini ya…

8. sebab-sebab kanak-kanak pemalu – kebetulan..saya baru target nak baca bab ni malam karang..antara saya nampak sekilas lalu daripada buku tu…keyakinan diri..ala biasalah…dok dalam perut sorang-sorang(ke berdua ke bertiga kes kembar) sekali bertemu dengan manusia kebanyakkan..sure malu maaaa

9. nur liyana hatta – siapa????kalau Liyana ibu Asyraf and Aqeef kenai laaa

10. yuitsumuni- ya ni yuitsumuni laaa…

 

manakala kat sweetstory pula

 

1. bayi susah berak adakah normal –>>tak normal..susah macam mana??poo pookeras/sembelit ke?jarang-jarang poo poo?kalau budak fully breastfeed memang jarang-jarang poo poo…saya ada tulis bab poo poo baby nih juga rujuk entry ni

2. susu formula karbohidrat tinggi –>>kenapa ak karbohidrat??saya tak reti bab FM ni

3. c-section – ohh ohh saya ada melalui ini…..

link1- c-section dan saya

link2

4. tandem nursing working mother – yaaa…hebat tau mereka yang berjaya lakukan..leh bincang ngan mommylyna..dia tere bab ni

5. panduan membawa air susu perahan dlm perjalanan jauh – yess..i wrote about this too

link1

link2

6. menjual breast pump untuk breast feeding – kat susuibu/momslittleone.com ada jual..kat kedai babyland ada jual…kat kasihkusayangku.com.my ada jual…

7. walker – walker kami ada…tapi walker tidak bagus digunakan..kalau takat kejap-kejap bleh la..lama-lama tak ya laaaa

link1

kat katogeri blog saya ada ‘walker’ juga

8. umur pemakanan awal bayi –>6 bulan

9. bayi tak nak menyusu dari botol –>tak nak botol tak yah guna botol…bleh rujuk sini

10. cara memberi bayi minum ebm –>banyak caranya..anak saya guna botol bersudu

 

wahhh..dengan keyword nanang bleh jadi satu entry juga!!!

Thank you!

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.