Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Hukum:wanita ziarah kubur

Hukum berziarah bagi perempuan

Keadaan perempuan berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan
perasaan. Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang
berlaku sering dikaitkan dengan mereka. Apabila seseorang yang
dikenali meninggal dunia, lebih-lebih lagi jika orang tersebut
adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat dengannya
selalunya membangkitkan perasaan emosi dan ada sesetengahnya
tidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di
depan mayat atau di tanah perekuburan.

Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi
perempuan adalah makruh kerana ditakuti boleh mengundang
fitnah atau ditakuti mereka menangis dengan mengeluarkan suara
yang nyaring meratapi kepergian si mati.

Dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan
menziarahi kubur adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu,
katanya:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan
melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di
kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan
bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur
bagi perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut
dihukumkan haram, sudah setentunyalah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang perempuan tersebut
daripada menziarahi kubur.

2. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang
boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
??
Maksudnya: “Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah
limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orangorang
mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah
merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan
orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya
kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan
kamu.”
(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram
bagi perempuan berziarah kubur.
Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi
perempuan ini bergantung pada tujuan dan keadaannya ketika
berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannya
untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian,
alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan
tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat
menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan
aman dari segala fitnah.

Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya,
maka hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram.
Menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk
menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si
mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga
jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab
kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau
seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.

Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan
lelaki. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke
kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hukum Perempan Haidh Berziarah Kubur

Perempuan yang dalam haidh tidak ada halangan untuk berziarah
kubur, kerana untuk berziarah kubur tidak disyaratkan suci
daripada hadats kecil mahupun besar. Suci daripada hadats
merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja kepada orangorang
yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.

Oleh yang demikian, perempuan yang dalam haidh berziarah kubur
dengan tujuan yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga
adab kesopanan ketika berziarah dihukumkan makruh sebagaimana
dengan hukum perempuan yang suci berziarah kubur.

Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci
dengan perempuan sedang haidh ketika di tanah perkuburan ialah
dari segi keharusan membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk si mati.
Perlu diingat, perempuan yang dalam haidh haram membaca al-
Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Maka
memadailah baginya berzikir seperti bertahlil, bertasbih dan
sebagainya atau berdoa untuk si mati seperti memohon keampunan
dan rahmat atau yang seumpamanya daripada Allah untuk si mati.

Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan
yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci
mahupun haidh ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.
(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya
sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.
(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.
(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang

dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “(Dahulu) aku telah melarang kamu
menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin
menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu
bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)

Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan
perempuan berziarah kubur ini adalah tertakluk bila adanya
keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan
daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk
berziarah kubur.

Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang
menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi
perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu
dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu,
jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga
yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan
yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan
yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang
demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu

 

sumber: http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

 

Satu artikel yang sangat menarik dan saya kongsikan di sini….

Saya ingat lagi kalau dulu dulu tok dan mak saya selalu kata perempuan tak boleh pergi ke kubur…tapi kami MAIN tepi kubur ja la!hahahahhaaaa

hukum wanita bekerja

Ayat penyata:

Entry ini saya copy dari

http://www.zaharuddin.net

Saya nak simpan kat blog saya ni nanti senang saya nak rujuk balik

Jadi saya boleh bekerjalah ya..saya bukan nak kerja selama-lamanya nak kerja sampai suami saya dah mampu tanggung semua dengana baik..termasuk menanggung ibubapa saya juga la…ya saya kerja bantu ibubapa..2 adik saya sekolahkan..kira saya dibolehkan bekerjalah kan?

Dan saya berkemahiran la juga..in fact ‘perabih’ wang kerajaan pi sekolah luaq negara…

Saya bekerja bukan untuk bersuka-suka tetapi untuk memenuhi keperluan hidup..Insya ALlah….dengan izinNya saya akan berhenti jua nanti…..

rezeki secupak memang tak akan jadi segantang..kalau kita asyik terlentang…

Nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah melainkan berusaha merubahnya…

saya bekerja bukan kerana suami saya tidak bertanggungjawap..suami saya sangat kuat bekerja..Dengan izinNya pasti tiba masanya membuahkan hasil…

Suami saya masih perlukan bantuan saya menampung yang mana compang camping…

saya jumpa artikel ini ketika mencari ‘hukum wanita bekerja’

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.

Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

Ertinya : “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan” ( An-Nisa : 32 )

Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

Ertinya : “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

?? ??? ?????? ?? ??? ??? ??? ??????? ??

Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT” ( Riwayat Ibn ‘Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

mesejSejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan ‘Khandaq’.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa’ binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ untuk menjalankan tugas al-hisbah atau ‘Shariah auditor’ di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’, hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

Ertinya : “Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

Musa berkata: “”Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?”" Kedua wanita itu menjawab: “”Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya” (Al-Qasas : 24 )

5) Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanyasehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2.       Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara’. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja

  • Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
  • Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

  • Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
  • Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
  • Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
  • Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5.       Kerja Sebagai Syarat

  • Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
  • Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
  • Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
  • Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

  • Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara’.
  • Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
  • Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan

Kesimpulan saya

  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
  • Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
  • Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
  • Menurut Syeikh Prof Dr Md ‘Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
  • Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

24 Ogos 2007

11 Syaaban 1428 H

hukum bertunang

Bertunang

adalah sunnah nabi

Sabda Nabi

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

 

Apakah seseorang itu dibenarkan terus bernikah tanpa bertunang?

Jawapannya : BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?

Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.

di copy dari http://soaljawab.wordpress.com/category/perkahwinan/

 

Komen saya

sah jelas nyata..clear..crystal clear majlis bertunang yang siap bergambar lelaki dan wanita yang hanya sekadar tunangan tu haram..

aduhla orang zaman la ni bertunang pun posing maut…

itu satu hal

yang hal lain majlis kenduri/menikah belom  diadakan lagi tapi poster posing peluk lintuk dah terpampang kat jalan masuk rumah kenduri…

fikir-fikirkanlah..haram tetap haram

apa jua niat kita selagi tak sah suami isteri tak akan halal!!

mengapa topik ini tiba-tiba muncul?sebab adik saya akan bertunang/majlis bertunang esok….

maka mana yang aku tak berkenan harus aku pangkah hidup-hidup!!!

 

satu lagi lawak

apabila aku cakap adik aku nak bertunang orang sibuk tanya

apa juadah apa hidangan….pelik aku….seolah-olah bertunang kena buat majlis gah gah..apa kes???

apa-apa pun saya benci kena telan gula pada hari pertunangan!!!!!

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.