Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

pi daiso beli cabai

DAISO

Kat malaysia nih Daiso makin popular ..sebab??kedai barangan rm5/item…

Kalau kat Jepun Daiso adalah rangkaian kedai 100yen terbesar….

Ketika saya masih belajar di Jepun dulu saya memang SUKA sangat la pi kedai hiyakuyen nih….buat apa??buat bodo…taklah…pi cuci mata..pi tengok apa ada..pi saja saja..pi suka suka….so…kalau keluar tak habis 1000yen maknanya tak leh nak balik..ehhh…hahhahahahahhahahaa

Saya beli pinggan mangkuk periuk belanga senduk sudu semua kat kedai 100yen nih

Lagi satu…ada kain kain yang paling tak tahaaaannnnn

saya macam setiap minggu nak pi Daiso..Daiso favorite kat malaysia ni…saya suka cawangan IOI Mall..sebab saya rasa selesa hahahahahaa

Setiap kali pi saya memang beli dalam 10 item hahahahaha adoi laaaaaaa..membazir sungguh….tapi saya beli benda berfaedah jaa..

btw..zaman dok jepun saya beli cili kering kat kedai 100 yen juga hahahahahaaa

 

ahaaa..semalamkan anak saya kena sepak(dengan kaki) depan mata saya kat Taska..siapa sepak??budak nama Asyraf…saya siap kena marah ngan suami saya sebab saya tak sound budak yang sepak anak saya tu…macam mana nak sound???budak kecil 4 tahun kot ..dah tu kejadian juga berlaku di depan pengetua Taska..pengetua cuma marah gitu gitu jaaa….adakah saya nak kena sound kaw kaw???Saya tak hingin nak sound budak tu tapi nak sound makpak dia..awat hangpa tak ajaq anak hangpa yang  menyepak orang adalah perbuatan tak baik??anak saya kena sepak kat dagu!!kena sikit saja..tapi saya tetap rasa budak itu masih boleh diajar..tapi sama ada makpak dia nak ajaq ke tak nak jaaaa

Anak saya memang tak sepak orang…jentik orang pun takk…wahhh baiknya anak ko weh??yaaaa…dia tak buat orang selagi mana dia mampu bersabar..setakat ni dia memang boleh sabar hatta air mata menitik bagaikan hujan monsun..hatta katanya dada macam nak pecah..hatta katanya kepala dah ada asap berhabuk dah jadi api…dia boleh sabar lagi..saya takut dia hilang sabar..buatnya dipelengkung budak tu jenuh aku!!!

Budak yang sepak dia tu kalau anak aku tuil ja sure tersungkoq tapi Alhamdulillah anak saya budak baik….dia menangis sahaja…and…please take note saya memang rasa nak cabai ja mulut sesiapa yang ejek anak saya menangis…ko jangan mengada nak cari pasai,,bagi aku biar dia menangis…menangis lebih mulia daripada dia pi penampaq atau penyepak orang!faham???

yang hangpa pedo pedo tak bagi anak hangpa menangis tu awat??hangpa nak ajaq dia mengganas ka???aku memang alu alukan anak aku menangis..selain dia melepaskan amarah dan perasaan dia juga dapat refresh perasaan dan cuci mata dia dengan ayaq mata….sebab tu mata anak saya berkilauan dan bulu mata lentik..handsome yang amaatttssss…puji anak sendiri nampak??ye erk??aha laaaa..anak kita wajib kita puji!

alright…ok..saya tau…didiklah anak  anak dengan cara masing masing…tapi sila terapkan nilai murni kehidupan yaaaaa

Check apa patut

 

Seminggu anak tak sekolah

mai kita buat checklist

  • beg sekolah anak DONE
  • Kerja sekolah anak DONE
  • Beg ke Nursery DONE
  • Handphone anak dah caj DONE
  • Check prepaid anak DONE
  • Kasut sekolah anak DONE
  • Tali botol air anak DONE
  • baju sekolah anak DONE

OK

Esok bawa bekal sandwich telur bentuk ORANG..as requested by tukang makan

Aku selalu lupa bagi anakku duit belanja hahaha tapi dia kata tak apa sebab dia bukan guna duit pun

Tapi rasa ralat juga

Ya la ko je ada anak!

Hari ini anak saya pergi sekolah walaupun MC. Kami sampai lambat kat sekolah sebab…anak saya tiba tiba nak ke tandas waktu nak masuk ke kereta. Shah Alam adalah pesat!sesak dan sungguh tak tau nak komen. Jam 7am memang kereta banyaaaaaakkkkk sangat….Hantar sick certificate kat Cikgu dan terus ke tempat kerja…Hari ini sekeluarga bawa bekal macaroni bolognese…kenapa macaroni?sebab anak saya kata SENANG nak makan

Macam biasa..tak habis habis hal anak dia…dia je la ada anak ..kannn

1. ada satu rahsia…rahsianya?mommy baliklah dulu….Dia dah janji dengan Daddy akan simpan rahsia..tetapi..sebaik sahaja nampak batang hidung mommy dia jadi tak keruan…Daddy hilang ja sekejap dia berbisik…ADA KEK DALAM PETI AIS…hahahahhahaha…lantas mommy bertanya..bukankah dah janji dengan daddy..kenapa mungkir?jawapnyakerana saya cinta mommy lebih daripada janji dengan daddy…mommykan yang melahirkan…

2. Handphonenya jatuh bawah katil. saya tarik katil dan suruh dia ‘seluk’ ambil handphone…Dia berkata..STRONG la mommy nih.. saya dengan bangganya berkata..kerana kamu mommy STRONG..lantas dijawap..Bukan kerana saya tetapi kerana Allah!sudah terkena!

3. Dia bercerita…di sekolah cikgu tanya soalan sama macam mommy.. kenapa bawa bekal yang sama..komennya…kenapa orang dewasa tak banyak idea macam kanak-kanak…soalan sama sahaja….fikirlah lebih sikit..lihat kanak kanak..kami banyak idea!

4. anak saya boleh menjawap soalan saya hatta dia tengah tidur…

sekian..anak saya memang hebat!

harharharharhar..

pi mai pi mai dia saja ada anak…

terkini..dia plan nak tanam cili banyak banyak then jual dapat duit nak beli bungalow dan meja pingpong!

Nak bersukan main bola ebab nak masuk team harimau malaya…

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.