SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Ketika anak saya belum dua tahun saya memang KONTROL makan minumnya…minum hanya susu ibu dan air masak(setelah berusia 6 bulan ke atas) makan hanya makanan yang saya masak dan tanpa garam mahupun gula…kosong tawar…kata orang kampung saya tawaq hebiaq!
Sekeliling menyatakan saya zalim…bagi anak makan kosong tiada berperisa…saya senyum sahaja walaupun di dalam hati ada bara..hehehheheee
Setelah usia anak saya melebihi 2 tahun, saya benarkan dia makan apa yang dia suka…Nyata, anak saya ‘picky eater’…sampai ke hari ini…
dia hanya akan makan jika makanan itu memenuhi citarasanya…Dia akan puji masakan mommynya sahaja…Dia akan makan dengan banyaknya jika mommynya yang masak…
Dia tak akan melangkah masuk ke kedai makan yang bukan menepati piawainya…
Memang nampak susah ….Salah kedai dia membatu…jika di rumah dia makan saja…Nasi kosong pun tak apa!
Saya sering berpesan kepadanya, kita perlu bersyukur jangan memilih sangat…dia diam…
dia berjanji tiba masanya dia akan makan macam orang lain..kurangkan memilih…saya diam dan senyum…dia peluk saya dia cium saya…
Hari demi hari dia pun mengerti hidup ini indah jika dia nikmati sekelilingnya…
Dia mula makan dan minum seperti insan lain…dia sudah boleh makan makanan pedas tanpa saya suruh..dia sudah boleh minum jus dan teh juga tanpa saya pellawa…
Dia sering dipuji di sekolah kerana menjadi satu-satunya kanak-kanak yang sangat tidak memilih makanan…sayur…buah..bubur dan semuanya dia makan…tatkala kanak-kanak lain menolak itu ini dia makan tanpa mengeluh……
anakku manusia biasa!
Siapa kata mengatur pemakanan anak ketika bayi menjadikan anak memilih makanan??
Mungkin ya juga jika kita sebagai ibu terlalu mengongkong….dan tidak kreatif
kita kena kreatif dan bijak menangani kerenah anak kita
saya bukan ibu yang baik…tetapi saya ibu kepada anak saya dan mungkin ibu terbaik buatnya….
Moral of the story, usah risau anak memilih makanan jika kita kawal pemakanannya ketika bayi dan berikan anak kita susu ibu yakni susu terbaik di dunia yang kaya dengan khasiat dan pelbagaian perisa!Anak kita pasti makan apa jua kerana dia sudah merasai makanan tersebut melalui susu ibunya!
note: menurut pembacaan saya, kanak-kanak bawah 4 tahun tak boleh minum atau makan benda berkafein seperti teh dan kopi…
kanak-kanak bawah usia 2 tahun pula sepatutnya tidak diberi makanan berperisa garam mahupun gula apatah lagi yang berMSG…
susu ibu adalah makanan terbaik bayi!
kenapa tak bleh bagi makan awal?
sebab sistem penghadaman..pencernaan bayi belum cukup matang
kalau kita paksa ‘bekerja’ kemungkinan akan cepat rosak/terus rosak/ tak berfungsi langsung
sebab itu Allah kata susu ibu itu terbaik..sebab itu ada susu ibu dalam dunia ni…ok ok..takleh bagi susu ibu..bagi susu lain..masih susu juga..kenapa tak boleh bagi susu segar dari lembu?kenapa kena bagi yang diformulakan?
kerana susu lembu fresh tu tinggi protein, lemak bagai dan kalau baby kecil minum buah pinggang dia kena kerja KUAT sangat..kesian laaa…
tu pasai kena formulakan..CUT mana yang patut…
lainlah kalau susu ibu…susu ibu susu yang instant…ORI punya!
lagipun kalaulah bayi kecil tu memang lahir-lahir kita kena bagi makan makanan pejal terus sure ada panduan daripada Al-Quran cakap nak kena jamu apa..kan???
ini disebut susu ibu saja..kan?
Menyusukan anak sampai 2 tahun tidak wajib tetapi paling cocok 2 tahun la bagi MENYEMPURNAKAN..
apa-apa pun pilihan ditangan kita..kita boleh pilih mana sesuai dengan kita…..
All The Best!
boleh ke tak boleh?
Kalau nak bagi anak yang belom berusia 6 bulan makan…
apa kata doktor anda..
ya yang pertamanya siapa yang suruh anda bagi anak anda itu makan?
mak anda?MIL anda?pengasuh anak anda?siapa?
adakah mereka pakar nutrisi?
mengapa mereka menyuruh anda memberi anak anda makan?
anak anda menjerit-jerit NAK MAKAN NAK MAKAN….atau sekadar kuat meyusu?
saya memang jenis ketegaq…saya hanya dengar nasihat pakar…ya zaman saya dulu mak saya bagi saya makan at age of 4 months itu yang mak saya cakap
makan moi..makan tepung makan pisang lenyek makan nestum(kalau ada duit)
betul membesar juga saya..cerdik juga jadinya….nota:saya minum susu ibu sampai usia 2 tahun 2 bulan….lepas tu mak saya ‘lah’ saya sebab ‘orang kata’ takleh bagi anak BF selepas 2 tahun..kang bodoh kang hirup darah..kang tak dapat adik…hahhaahahahaaa (exclusive BF 4 bulan saja saya nih)
(and percaya atau tak..mak saya masih dok kata…”kalau nak beranak lagi kena lah akif tu baru boleh dapat adik”)hahahhaaa…so depa paham la kot saya tak lah akif lagi..mean saya tak mau anak la kot kahkah
saya dapat adik ketika berusia 3 tahun…
ok bukan nak cakap bab susu ibu..nak cakap bab bagi anak makan sebelum 6 bulan….
ok…yang pertama kalau nak juga bagi anak makan..
JANGAN bagi nestum campur susu bagi guna botol.JANGAN!kerana ini boleh menyebabkan anak anda tersedak..tercekik..lekat …elehh melambak orang buat tak mati pun anak depa..yup betoi!anda bijak!dah belom ajal tak mati la….lagipun itu potensi saja tak kata pun 100% akan tercekik! yang lain punya side effect..anak itu mungkin akan jadi obesiti..sebab minum susu 240ml campur nestum lagi! ataupun jadi underweight ataupun jadi tak sihat sebab tak cukup nutrisi….contohnyaanak tu patut minum 240ml susu tapi disebakan nak buh nestum kena kurangkan susu 180ml saja…so dia tak dapat khasiat 240ml susu yang dia perlukan..faham dak???
lagi satu kalau budak hok makan guna botol ni kang besaq dia mudah jadi budak yang tak suka makan kerja nak menghisap puting tiruan tu saja…get it?
JANGAN bagi makan nestum…kalau nak juga bagi anak yang anda rasa lapaq tu makan sila masak sendiri nah!jangan la malas sangat….tak pun upahla sapa-sapa masak…dan jangan bubuh sebarang perisa..biaq tawaq hebiaq….tak pa…nak bagi dia kenyang saja kan?bukan nak suruh dia menjamu bergembira..kalau nak suruh menjamu bergembira wat la ayam percik!!hahahahahaa..faham dak?saya perli nih!
JANGAN bagi anak makan dalam keadaan berbaring…kalau nak tau anak dah boleh diberi makan ke blom..tengok le kemampuan dia…dia dah bleh tegakkan kepala sendiri ke belom?
kalau belom takleh makan solid food lagi!dia dah boleh duduk ka?kena study la tanda-tanda anak layak makan solid food..ada kat blog saya..jemputlah search ya.
apa kata doktor anak anda..kata doktor ya bukan kata misi ya..misi bukan semua leh pakai…kalau doktor kata dah boleh makan..maybe bleh consider la bagi makan..macam paed anak saya dulu dia cakap
“dah boleh bagi makan kalau nak..but if tak bagi lagi pun tak apa…”
maka pilihan lu sendiri la fikir!
sekian saja la bebelan saya untuk topik bagi anak makan sebelom 6 bulan…
kalau nak saya sambung silalah nyatakan…

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.