Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

 

Bagaimana anda tahu bayi anda inginkan ‘solid food’?

Bayi anda mungkin sudah berusia 3-4 bulan dan anda mula merasakan dia memerlukan ‘sesuatu’(read;makanan)

Bayi anda pula kerap terjaga di tengah malam dan meragam.Anda berteka teki.Adakah dia lapar?

 

Growth Spurt

Kita kerap keliru antara growth spurt dan kesediaan si bayi menerima makanan pejal.

Please keep in mind that a growth spurt will occur between 3-4 months of age

Bayi anda akan kerap terjaga di tengah malam dan meragam.

Bayi anda mungkin akan kerap menyusu dan menyusu tanpa henti.

Growth spurt menyebabkan keinginan anak anda untuk mengenyangkan diri meningkat namun ia bukanlah petanda yang bayi anda perlukan makanan pejal.

 

Susukan dia sepuas dan secukupnya.

 

Petanda yang bayi anda bersedia untuk makanan pejal

1.     Anak anda boleh duduk tegak tanpa bantuan, kepalanya juga boleh ditegakkan sendiri

2.     Berminat dengan makanan(namun sifat semulajadi bayi memang berminat dengan segala benda)

3.     Berat badan 2 kali ganda berat lahir

4.     Bayi anda tahu mengawal penggunaan lidahnya

5.     Boleh menelan dan mengunyah.

6.     Bayi anda sudah berusia lebih dari 6 bulan

picky eater

Kerap kita mendengar ibubapa (ibu teritamanya) mengadu/menyatakan yang anaknya memilih makanan, picky eater.
Picky eater adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada kanak-kanak.

Kenapakah anak-anak menjadi picky eater?

1. Sepertimana kita tahu anak kecil selalunya mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan sesuatu yang baharu, jadi apabila sesuatu makanan ‘baru’ diperkenalkan dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.–> Saya pernah mengalami masalah memberikan anak saya makan sayur, Alhamdulillah sekarang sudah OK…”ini bukan sayur la ini vitamin!”
2. Kanak-kanak beranggapan bila dia menolak sesuatu makanan itu membuktikan dia sudah boleh independence.
3. Dari ‘food fight’ anak-anak kita dapat mempelajari kesan dan akibat membantah suruhan ibubapanya. Mereka amat teruja melihat respon an reaksi ibubapa mereka jika mereka membantah.
4. Ada kanak-kanak yang tidak perlu makanan dalam kuanttti yang banyak.Cukup sekadar 3-4 full spoon. Dan jika anak anda banyak minum susu kebarangkalian dia makan sedikit amat tinggi ataupun langsung tidak mahu makan kerana sudah kenyang dengan susu.

Sebaik-baiknya elakkan anak kita mengambil makanan ringan.

kalsium & iron

Hari ini, hari Jumaat, waktu rehat tengahari lebih panjang dari hari lain.
Jadi saya telah meluangkan sedikit masa untuk membaca perihal nutrisi untuk kanak-kanak.

Berikut adalah antara perkongsian ilmu yang dapat kita sama-sama pelajari

  • Kalsium

    Jika anak anda kurang menyusu (tidak kira susu ibu atau susu formula ataupun wholemilk).
    Berikut adalah makanan yang Insya allah boleh menampung keperluan kalsium anak anda.
    Cheese
    yogurt
    Tofu
    Broccoli
    Kidney beans
    Whole wheat bread
    Fortified orange juice
    Canned salmon

    Jika anak anda sudah berusia 6 bulan ke atas, bolehlah berikan dia makanan disebut di atas.

    Untuk anak yang masih makan bubur nasi, bolehlah dicampurkan broccoli di dalam buburnya.- cadangan.

  • Iron
    Kekurangan iron boleh menyebabkan penyakin anemia
    Iron penting dalam penghasilan hemoglobin iaitu pengakut oksigen di dalam darah.
  • makanan kaya dengan iron:
    dried beans
    winter squash
    sweet potatoes
    broccoli
    mushrooms
    meat & poultry (beef, beef & chicken liver, , turkey, chicken)
    greens (spinach, broccoli, beet, tomato )
    egg yolks
    dried fruit (figs, apricots, prunes, raisins)
    prune juice
    tofu
    grains (cooked cracked wheat, wheat germ, cornmeal, millet, brown rice, farina, bran, breads, iron fortified cereals)
    blackstrap molasses
    brewer’s yeast, shellfish (clams, oysters, shrimp – only after age 2 yrs or older, consult your pediatrician!)
    tuna, sardines, canned salmon

p/s: Sejak Akif berusia 3 tahun saya sudah memperkenalkan dia makanan laut seperti sotong dan udang.Alhamdulillah dia boleh makan (tiada kesan alergi)

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.