Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Ya la ko je ada anak!

Hari ini anak saya pergi sekolah walaupun MC. Kami sampai lambat kat sekolah sebab…anak saya tiba tiba nak ke tandas waktu nak masuk ke kereta. Shah Alam adalah pesat!sesak dan sungguh tak tau nak komen. Jam 7am memang kereta banyaaaaaakkkkk sangat….Hantar sick certificate kat Cikgu dan terus ke tempat kerja…Hari ini sekeluarga bawa bekal macaroni bolognese…kenapa macaroni?sebab anak saya kata SENANG nak makan

Macam biasa..tak habis habis hal anak dia…dia je la ada anak ..kannn

1. ada satu rahsia…rahsianya?mommy baliklah dulu….Dia dah janji dengan Daddy akan simpan rahsia..tetapi..sebaik sahaja nampak batang hidung mommy dia jadi tak keruan…Daddy hilang ja sekejap dia berbisik…ADA KEK DALAM PETI AIS…hahahahhahaha…lantas mommy bertanya..bukankah dah janji dengan daddy..kenapa mungkir?jawapnyakerana saya cinta mommy lebih daripada janji dengan daddy…mommykan yang melahirkan…

2. Handphonenya jatuh bawah katil. saya tarik katil dan suruh dia ‘seluk’ ambil handphone…Dia berkata..STRONG la mommy nih.. saya dengan bangganya berkata..kerana kamu mommy STRONG..lantas dijawap..Bukan kerana saya tetapi kerana Allah!sudah terkena!

3. Dia bercerita…di sekolah cikgu tanya soalan sama macam mommy.. kenapa bawa bekal yang sama..komennya…kenapa orang dewasa tak banyak idea macam kanak-kanak…soalan sama sahaja….fikirlah lebih sikit..lihat kanak kanak..kami banyak idea!

4. anak saya boleh menjawap soalan saya hatta dia tengah tidur…

sekian..anak saya memang hebat!

harharharharhar..

pi mai pi mai dia saja ada anak…

terkini..dia plan nak tanam cili banyak banyak then jual dapat duit nak beli bungalow dan meja pingpong!

Nak bersukan main bola ebab nak masuk team harimau malaya…

otak ada idea?

Mukadimmah: Saya rasakan di dalam kesesakan federal Highway pada pagi tadi suami saya pasti terangguk angguk mengakui bahawasanya dia bertuah memiliki isteri yang sangat episyen  dalam menguruskan hal ehwal anak…walaupun isterinya agak buta mata!

Mengapakah?

kerana..dalam kesesakkan tadi beliau dengan cuaknya menelefon isteri budiman bertanya…Tadi dah bagi duit kat anak ke tak?

What do you expect from me?

tetibaa..

Sudaaaahhhh..Bila??Usah kautanya bila…saya ada ilmu SELINAP…setiap hari hantar anak akan lipat lima keping duit seringgit masukkan ke dalam poket anak..duit tersebut akan dikutip balik menjelang senja..anak pun tak tau dia bawa duit..so apa motif bagi duit??

In case dia tiba tiba terasa nak guna..dia seluk poket..taraaa..ada duittttt…gitu la plannya…..

 

tutup mukadimmah…

OK..mai kita merapu lagi…

Anak saya suka makan nasi biru. Apakah itu nasi biru atau anak saya dalam versi omputihnya…NASI BLUE….nasi kerabu tanpa sayuran…maka ordernya berbunyi begini

Nasi kerabu satu tapi tak nak sayuran, budu dan cili..yang lain OK…hahahahahahahaah

Yang saya pelik…kat Shah Alam ni kalau kami beli nasi biru tu wajiblah kat pasar malam dan kat gerai yang sama…awat susah sangat depa nak kenak muka pelanggan yang order benda ‘pelik sikit’?

hahahahhaha…aku bajet orang kenai akukah??bukan bukan..kenai ‘style’ order sudah laaaa..Ni tiap kali order tiap kali tu la buat muka pelik..apakah?

Tak sabarnya nak tunggu anakku berusia 25 tahun!Mengapa?sebab target dia dah boleh kulepaskan at that age..kahkahkah…gila nak kawal anak sampai anak usia 25 tahun??selagi dia masih bergantung harap dengan makpak dia aka dia adalah dibawah kawalan ibu kandung!

Ketika usia 20 tahun kalau dia baca entry ni adakah dia akan mula hantuk kepala kat tiang seri bungalow mewah makpak dia??20 ya bukan 25..sebab pa?sebab selalu kita nih dah usia 20 tahun perasan besar sangat dah! Tapi anakku anak yang baik…taat..kerana mommylah yang melahirkan dan menyusukan..bab mengandungkan dia tak ingat sebab masa tu katanya otak belum ada idea….

Lokasi bungalow mewah adalah di sebuah pulau di tepi pantai..wah wahhh…

harharharhar

Anakku jika ditanya belajar apa hari ini..jawapannya..

di dalam kelas tadi banyak betul idea dah balik tak ada idea nak cerita dah…

apakah??

mengapa?

Sepatutnya sel sel otak kamu ligat bersambung!

mommy!sel otak saya sambung banyak tapi otak saja tak ada idea!tolonglah faham!

aku pula kena marah!aiiyaaa

Malam pertama dan bahasa arab

Tajuk apakah yang sesuai?

Nak cerita tentang pengalaman malam pertama anak tak tidur sekali…

Setelah masuk Tahun satu anak saya telah mengalami anjakan paradigma yang sangat besar

kahkahkahkah cerita anak dia lagi…ya la ya laaa..dia saja la ada anak!!1

Harharhar…

Al kisah anak bertuah minta duduk bilik sendiri maka, ibubapa pun sediakan la….

Maka bermulalah tidur malam anak berasingan bilik dengan ibubapa…

Saya taktau apa perasaan anak saya sebab dia sangat excited nak tidur sendiri sedangkan saya meratap hiba…setelah sekian lama saya tidur dengannya kini saya perlu lalui fasa tidur malam tanpa anak dala bilik yang sama….

Anak saya masuk tidur awal malam tu…dia tidur dengan aman siap tersenyum senyum….

Saya pula…gelisah bagaikan nak beranak kekdahnya….

Suami saya dah mula pot pet pot pet kata saya ni tak sedar diri anak dah besar bagai hahahhaha..sekali…tengah tengah malam si Daddy yang takleh lena asyik ulang alik bangun jengah anak…si mommy selamat lena…the next morning daddy komplen tak lena tidur sebab tak ada anak dalam bilik hahaha..lain kali jangan perlekeh ai..ai memang over…tapi kalau dah lelap selamat la sudaaahhhh

kisah suami isteri satu sekolah.

Sekolah kami..kalau kelas Bahasa Inggeris..Bahasa Arab dan Matematik Tambahan, akan dibahagikan kepada kelas kelas lain…Ikut gred/set 1-5 etc..kelas arab kelas perancis bagai

Al kisah suami bertuah tiba tiba mengaku dia belajar bahasa Arab dengan ustaz ismail…Dalam sejarah saya belajar bahasa Arab gurunya adalah ustaz Munajar atau Ustazah Hsinah sahaja macam mana muncul Ustaz Ismail??Ustaz ismail ajar pendidikan Islam….tekak punya tekak..ayat pembunuh…

Weeii abang…hang dok sekelas ngan aku la kalau Bahasa Arab dari form 1 sampai form 4…bila masa plak ustaz ismail ajaq Bahasa Arab???

Kantoiii sudaaahhh

komen beliau…

Ni rugi satu sekolah ngan bini!

erkkk

Hari ni pun masak makanan versi Jepun juga untuk bekal si comel….huhuhu esok italiano laaa

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.