SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
akif hafiy sayang
mommy rasa kamu memang budak baik la…sebab kamu anak mommy heheheehee
ohh jangan risau semua ibu akan kata anak dia la paling bagus…
mommy perasan yang sejak akhir-akhir ini kamu mula menjadi tukang cerita ketika bedtime..kamu tak akan tidur sekiranya kamu tidak menyatakan apa yang kamu ingin nyatakan..
kamu menceritakan tentang perasaan kamu….keinginan kamu..hendak besar dan tinggi..hendak main bowling ..hendak tinggalkan mommy kerana nak main golf dan macam macam lagi…
kamu juga melaporkan segala kegiatan kamu di taska dan apa jua aktiviti dan insiden yang berlaku…
kamu juga turut menasihati mommy berdasarkan apa yang kamu perhatikan….terutama bab menasihati agar ‘jangan bergaduh dengan daddy’ hai macam le kami ni kuat bergaduh..kamu nih!
kadang kadang mommy rasa kagumlah dengan kepetahan dalam keteloran kamu itu…
dan mommy juga kelakar dengan penggunaan perkataan kamu betul tapi tidak tepat…namun maksudnya ada….
hari ini mommy maak steam salmon with holland peas and baby carrot….
sure kamu makan kan?
sedap nak oii salmon tu….se-slice tu RM7.50 kahkahkah…..
bukan itu motif mommy la…
mommy nak kurangkan pengambilan ayam dalam diet kamu….
boleh?
sure jawap tak boleh le tu…..
ok la..ok laaaaa
btw..mommy nak bagi tau..mommy tengah gila belajar masakan cina muslim!
the end..
usia anakku..
sudah besar
sudah ‘remaja’ namun mengapa kaukelihatan masih seperti bayi??
mommy yang melampaukah??
ketika mommy 4 tahun mommy dah ada adik iaitu pak ngah kesayangan kamu…
mommy dah bleh jaga dia dah…bawak turun tangga dan aktiviti biasa pada pagi hari bersama Tok mommy(Allahyarhammah Puteh Mohd Taib) adalah menyukat keluasan kampung…..morning walk…melawat tetangga…..
hehehehehehheheh
tapi aktiviti sukat kampung mommy tidak sehebat pak su kamu..paksu kamu dia siap ikut Tok kami pi menambat lembu lagi! Ehhh tapi mommy ikut Tok mommy mengail(pancing/fishing) ikan tau…..mommy juga ikut Tok mommy pi ‘tangguk’ udang! fuhhh…itu pengalaman yang tak mungkin kamu lalui…sebab mommy tak akan bawa..kerana…daddy kamu tak reti pun!daddy cari ubi kayu pandai la…
kerana..mommy geli lintah…kalau ngan Tok mommy, Allahyarhammah selamba ja ‘kerjakan’ lintah tu…
patut la orang zaman dolu sihat…depa takyah pi spa untuk buat rawatan guna lintah..turun bendang ja dah jumpa lintah siap leh bunuh lintah hahahahhahahaaaa
lintah dan pacat berbeda ya nak
lintah dalam air..pacat kat darat
lintah besar..pacat kecik jaaaa
membuatkan mommy terkenang tempat bermain yang dah lama mommy tak jejak….entahlah…luka masih tidak sembuh..mommy tak rela ada orang yang tak pernah faham keadaan hidup kita mengatakan mommy ‘anak tak kenang budi’
mommy dah tanya Tok ngan Tok Wan kamu depa kata mommy anak yang baik…dan Tok macam biasa la..akan membuak-buak amarahnya kalau orang ngata anak dia…hahahhahahahaTok kamu cukup pantang orang mengata anak dia…sebab dia kata dia susah payah besarkan anak dia jangan sapa-sapa coba-coba kutuk…sebab depa tak pernah bela…hakhakhak…sungguh masa kami adik beradik kecik..hanya mak kami dan Tok kami yang jaga kami sungguh-sungguh…yang lain…entah laaa…
Rasa rugi plak gedebi tak pernah bertemu dengan Allhayarhamah moyangnya…sure Tok mommy suka gedebi sure dia akan kata rupa gedebi macam Keman(akmal=paksu kamu laa)
standard bayi comel moyang kamu adalah paksu kamu ketika kecik….
oklah gedebi sayang…
selamat berusia 4 tahun 1 bulan lah ya
jadilah anak yang baik lagi soleh…
jadilah anak yang membahagiakan…..
dari hanya satu bayangan…
hanya sac…….
pejam celik pejam celik
Alhamdulillah…..
membesar dengan sihatnya
gagah perkasa lagi berhati waja…
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-4 TAHUN Masihi!!!
tiru gaya ketika bayi….gigit jari kaki!
tidur dalam buai…usia 7 hari…
December 2005
September 2006
September 2007 – raya..bergambar dengan Alya sepupunya
September 2008 – raya juga….
pipi latest…last 2 week..hahahahahhahaha
mata yang berkilauan…mata anakku
di usia 4 tahun
Tahniah to Gedebi…Happy birthday to you!

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.