SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
getik!!!
ARKIB : 28/05/2010
PKR mahu jadikan Malaysia republik?
KUALA LUMPUR 27 Mei – Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendedahkan mengenai wujudnya gerakan tersusun untuk mengubah struktur organisasi parti itu supaya menyerupai acuan politik di Indonesia yang berasaskan kepada konsep republik.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, perkara itu terbukti apabila nama-nama jawatan dalam parti itu ditukar supaya sama dengan apa yang diguna pakai oleh parti-parti politik di Indonesia.
Beliau berkata, sejak pindaan Perlembagaan PKR tahun lalu, jawatan penasihat parti ditukar kepada ketua umum, ahli dipanggil anggota, pemuda ditukar kepada angkatan muda, bahagian dipanggil cabang dan cawangan ditukar kepada ranting.
“Paling menyedihkan terdapat di kalangan pemimpin PKR di peringkat negeri adalah dari Indonesia yang langsung tidak tahu adat kesopanan dan budaya kita sehingga menimbulkan masalah di dalam parti.
“Kita harus sedar Indonesia merupakan negara republik yang membuang sistem beraja. Adakah dengan penstrukturan organisasi PKR ini menggambarkan bahawa Malaysia suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah Indonesia apabila parti berkenaan mendapat kuasa nanti?” soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir bekas Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan bekas Pengarah Strategi Wanita PKR negeri itu, Roshanita Mohd. Basir.
Pada 11 Mei lalu, Fauzi, 51, meletakkan semua jawatan dan mengisytiharkan keluar daripada parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kumpulan yang didakwa sebagai “syaitan besar” dalam PKR Perak kerana cuba menjatuhkan beliau dan menghalangnya menghadiri Kongres Nasional PKR keenam di Kelantan pada Sabtu dan Ahad ini.
Kumpulan itu juga dikatakan telah melobi supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi tidak dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum lalu.
Mereka juga dikatakan menjadi punca Jamaluddin; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meletak jawatan dan keluar PKR baru-baru ini.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai sebab-sebab lain beliau keluar parti, Fauzi berkata, PKR kini telah kehilangan hala tuju dan ia terbukti apabila Perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 tidak lagi mencatatkan prinsip utama perjuangan parti itu.
“Pada 1999 ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), prinsip perjuangan kita berlandas kepada 10 perkara termasuk bagi memartabatkan sistem beraja dan hak bumiputera serta orang Melayu.
“Apabila ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan ditukar nama menjadi PKR pada 2003, prinsip berkenaan dihapuskan dan digantikan dengan moto kesaksamaan untuk semua dan selepas 2009, kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya prinsip utama perjuangan parti,” tegasnya.
Tambah Fauzi, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap rakus pemimpin PKR di Perak yang sibuk merebut kekayaan peribadi sehingga ramai di kalangan mereka menjadi ‘jutawan segera’ sehingga mampu membeli rumah dan kereta mewah.
“Saya akan buktikan segala dakwaan ini adalah benar dengan membuat aduan secara terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila sampai saat dan ketikanya,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Fauzi yang menegaskan beliau tidak berminat menyertai UMNO berkata, sesi penerangan akan diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan secara terperinci kepada ahli dan penyokong PKR mengenai tindakannya meninggalkan parti itu.
“Saya akan menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan ahli dan penyokong PKR bahawa ia adalah parti yang berbahaya kepada negara,” katanya.
saya nak komen: Parti P yada yada tu bleh dianggap loser
sekian….
haru biru
ARKIB : 28/05/2010
‘Samy, renungilah nasihat saya’
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.myPUTRAJAYA 27 Mei – Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berpengalaman bekerja di bawah kepimpinan lima Perdana Menteri mempunyai nasihat yang diharap beliau dapat direnung dengan hati yang ikhlas dan luhur oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
“Sahabat saya Datuk Seri S. Samy Vellu perlu tahu zaman sebagai pengikut sudah sampai.
“Zaman sebagai pucuk pimpinan sudah berakhir. Ikan sentiasa busuk dan rosak dahulu di kepala, bukan di badan atau ekornya,” kata beliau dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.
Sehubungan itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menyelar tindak tanduk anak Presiden MIC itu, Vell Paari yang menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan MIC.
“Kelakukan Vell Paari menampakkan politik dinasti keluarganya.
“Bapa diam, anak terpekik mengutuk UMNO sebagai kambing hitam, sedangkan kambing hitam ialah diri sendiri.
“UMNO dicari, disanjung bila beri keuntungan pada diri. (Sebaliknya) UMNO diberi tahi bila diri tersepit oleh politik perbalahan dalaman sendiri,” katanya.
Menurut Rais, beliau berkeyakinan penuh bahawa keutuhan MIC masih ada tetapi cuma kepimpinannya masa kini sudah berlalu.
Justeru, beliau meminta Samy Vellu agar jangan takut untuk beredar menjadi pengikut apabila sudah gagal menjadi pemimpin.
Kata beliau: “Pimpinan Barisan Nasional jangan gentar dengan kenyataan Vell Paari kerana ia datang daripada seorang yang sedang beredar dari dalam untuk keluar,”
“Yang penting ialah suara masyarakat India di Hulu Selangor khasnya dan masyarakat 1Malaysia amnya yang mahukan perubahan,” ujarya.
orang yang nama S*** sebenarnya dah letih dan tak leh berfikiran waras maka elok benar ikut jejak rakan sezaman..
contohilah Tun Dr.M…kakkoiii(hensem..smart)
Tun Dr.M tetap PM no.1 di hati saya..nanti anak saya jadi PM dialah no.1!!!
kadang kadang jelak naik loya baca kisah politik negara
namun kena telan juga itu hakikatnya tanah tumpah darahku ini…
cuma pesan saya kepada smeua ahli politik terutama yang nama S*** dan anaknya serta yang nama kerpol…
Sarang Tebuan Jangan Dijolok …buruk akibatnya serangan tebuan…kena sengat dan bengkak bayangkan kalau sesarang serang hahahhahahahhahahahha
Diambil dari utusan online
saya setuju sajalah dengan SENYUM Kambing
akibat kaduk naik junjung…tak terbendung merodong rodonh tinggi hidung tak boleh tolong…
Kan aku dah kata..KADUK kalau naik junjung dibunuhnya sireh…
kalau dibiarkan bukan junjung saja dia panjat naik..pokok pinang pun boleh kontang dibuatnya…

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.