Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Tentang Dhia, aku dan Ombak Rindu

Tentang Dhia.

Saya sebenarnya tak plan pun nak tengok tetapi telah TERJEBAK sudah…Tamat sudah!

Apa kisahnya?

Tentang Dhia…

Kisah seorang wanita bernama Dhia..Norkamadhia

(tapi drama ni selalu kisah anak tunggal ja kan kehkehkehkeh..buat la ada anak 12 ka..baru trill)

Dhia dan Rafi berkawan sejak darjah satu lagi. Hubungan mereka sangat rapat namun hubungan mereka mula renggang apabila Rafi mula jatuh cinta..Masa dekat SPM hahah…diburukkan lagi keadaan dengan hadirnya Azmi ke kampung itu… Melina Abdul Samad atau Melly pula adalah penagih cinta Rafi tetapi Melly sedikit ngong sebab dia sekolah tapi tak berapa pandai.

Melly sangat nakal liar dan pengedar dadah wah wahhh….

Dhia dan Azmi bercinta, bertunang dan hampir menikah. Tak jadi menikah kerana telah difitnah Melly…Melly kata dia hamil anak Azmi sebab si Rafi telah meniduri Melly ketika mabuk selepas balik dari Kelab Malam wah wah….

Maka si Melly telah menjadikan Azmi itu Pak sanggup

Zikir…seorang yang kaya raya tetapi tak ada awek..Ada awek nak kat dia tapi dia tak mau! Kematian rakan baik yakni abang angkat yang banyak membimbingnya ke Islam telah menemukan Zikir dan Dhia…Zikir balik ke kampung mertua, Sue, isteri abang angkat tu dan telah membeli nasi lemak di gerai Dhia..lantas jatuh cinta.

Cinta Zikir telah dihalang mommynya..Ku Salmi yang mata bulat ja kalau marah…

Macam macam Ku Salmi lakukan untuk pisahkan Zikir dan Dhia. Ketika hendak bertunang…dhia telah ‘dimatikan’ tetapi dapat di selamatkan….Bomoh Pak Boon adalah bomoh pujaan Ku Salmi…

Apa apa tanya Pak Boon….segala hantu setan dia bela…

Selepas Dhia menikahi Zikir Ku Salmi telah menggunakan khidmat Pak Boon untuk menyihirkan mereka…Bapa Dhia mati disantau, ibu Dhia jadi mereng kena kacau dengan hantu raya Pak Boon.. Dhia keguguran kerana rahimnya telah ‘diikat’ oleh Pak Boon.

Ku Salmi tak habis habis berangan nak jadikan Rose si anak Tan Sri menantu, sebab tu dia tak suka dhia si peniaga nasi lemak….

Letih dah nak taip..kita akhirkan sahaja la…

OK…Berlakulah pelbagai pergolakan dalam rumahtangga Dhia dan Zikir yang mana akhirnya…Zikir tahu muslihat hati busuk mommynya dan kembali kepada Dhia..Dhia pula sudah la jatuh ditimpa tangga ..alang pula meruntuh lantas lantai pula patah bersepai….

Dhia ada kanser rahim stage 3…tak tau la level mana kan…

Akhirnya Dhia meninggal dunia,dan Zikir menyusul beberapa ketika kemudian..mereka meninggal di atas katil hospital…Dhia kat atas katil ..Zikir melentok kat Dhia..nurse mai check tengok-tengok dah sejuk….

Komen ai: Punyalah tak best ending..Apakah tiada idea lagi?awat tak tanya ai??

Buatlah depa hidup..ada miracle…semua pulih Ku Salmi mereng on off mati kena lenyek buldozer.. Rose buang Ku Salmi kat Afrika…buatlah teruk sikit nasib Ku Salmi yang dah sihirkan suami sendiri..sihirkan besan..sihirkan anak menantu….

 

Next..

Kak yan punya pasai..Call aku habaq ada Youtube full version ombak rindu…

Masa tu aku nak keluar ambil gambar ukuran passport untuk sekolah akif…

Balik tu aku pula call kak yan..tanya mana linknya…

OK

aku pun menontonlah…

tapi aku mengelat…tang mana sembang macam tak da point aku skip….2 jam ko..apa kes?tak tido la aku karang….

Tamat sudah kisah Ombak Rindu…

komen???

Laaaa….Harith bukan anak kandung Datuk Supiah!ngeh..Awat drama dan filem suka tayang akan kerumitan lelaki yang dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu untuk membuat keputusan.

Jadi lelaki memang susah ya nak  buat keputusan?

rasanya lelaki lebih bijak membuat penilaian. bukan ke?Kerana sifat kehebatan itulahkan Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin wanita…bukan?

Saya mencari sebuah drama maupun filem yang menunjukkan kehebatan lelaki memimpin…

No no noo…tak mau Ustaz Shauki!Kalau disuruh menikah lagi satu memang MOST of lelaki aka buat buat tak mau tapi menikah juga?gitu? kalau benar benar tak nak kena tikam kena cincang pun tak naaaakkkk…nak tapi buat buat taknak…cehhh..

ohhh bukan saya halang poligami ya tetapi saya halang lelaki lemah berpoligami..buat tambah dosa…Nak berpoligami bukan takat ada bini lebih daripada satu ya…kalau menikah 4 bini kena susah payah cari segala keperluan sendiri then bercakaran berebut jantan tak guna baik elakkan..memudaratkan …

Islam izinkan poligami untuk membela bukan untuk mendera…harap maklum..kalau anda memang versi ustaz Shauki sila toksah hegeh..

Tak kenai ustaz Shauki???Drama Tahajjud Cinta daaaa

Tentang Dhia: Gila ‘donkan’

Saya kutuk tetap kutuk tonton tetap tonton….Melampaukah? makin berazam tak mau tonton makin melampau mengikutinya. Zaman dok study kat Jepun dulu..nyatakan apakah drama TV yang saya tak tengok?Nyatakan?sampai tak ingat tajuk!!Daripada yang diminati ramai sampailah yang tak ada orang berkenan pun saya tonton. Drama drama drama saja…Tetapi menonton drama di Jepun adalah sangat bagus untuk meningkatkan daya penguasaan bahasa Jepun dan memahami budaya hidup mereka kini dan dahulu…..

Walaubagaimanapun, apabila sudah kembali ke tanahair dan sudah berumahtangga saya gila menonton drama Melayu..Hatta sambil menonton sambil memaki tetap dok nganga tengok juga!!Apakah?

Beria kata ‘tobat’ tak mau tengok dah…tengok jugaaaa…

Saya nak KOMEN sedikit tentang drama TENTANG DHIA…..

Tentang Dhia sedang ditayangkan sekarang jam 7PM setiap isnin hingga khamis..

ish ish drama time Maghrib nih!!memang melemaukan…OK..tak pa…kalau tak mau tengok waktu Maghrib tengoklah siang siang hari di tonton.com.my..OK?

Mengisahkan Dhia yang tak habis habis dengan ‘malang’…Bangsa Melayu ni suka benar ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ tanpa melihat kesan dan aturan sebenar….

Dhia berkawan baik dengan Rafi sejak tahun satu sampailah tingkatan 5…Tup tup Rafi jatuh cinta kat Dhia(acik paling tak suka tau kawan baik lelaki jatuh cinta kat kawan baik girlnya tauuu…..macam ada pengalaman ja nih hahahaha…awat kawan baik lelaki SUKA jatuh cinta kat kawan baik girl dia???my husband bukan kawan lelaki saya ketika sekolah yaa..dia CUMA peminat saya hahahah)

Setelah mengetahui Rafi cintakan dia Dhia angin hahahhahaha…Melina pula masuk jarum nakkan Rafi….Then Rafi belah ke luar negara selepas SPM..Manakala Dhia pula bercinta dengan rakan baru mereka Azmi..bercinta dan bertunang dan hampir kahwin tetapi tak jadi kahwin sebab Melina tak senonoh yang kerja jual dadah tu mengandung sebab tidur dengan orang lain termasuk Rafi memfitnah Azmi yang buntingkan dia..maka Azmi TERPAKSA nikah dengan Merlina tapi depa bercerai jua akhirnya kerana Azmi tak suka dan perangai huduh Melina…

Melina nak pekena Rafi kerana Rafi tak mau kat dia dan buh dadah dalam beg yang ada di dalam kereta Rafi.Beg tu Azmi yang punya…Sudahnya Azmi kena tahan sebab memiliki dadah yang berharga rm50k itu…kena penjara 8 tahun entah berapa kali sebat tah.

Dhia kahwin dengan Zikir. Mak mertua Dhia jahat yang amat..level syirik dah…Membomohkan bapa Dhia sampai mati…’mematikan’ Dhia dnegan ilmu hitam..tapi dah hidup balik hahahaha…mengguna0gunakan mak Dhia…dhia dan Zikir..Memang level keji yang amat mak si Zikir nih..Suami dia pun dia bomohkan sampai mati..memang dasar perempuan tak patut jadi mak…

Zikir sangat sayangkan Dhia..nenek Zikir pun suka Dhia….

Semalam Dhia dah perasan tentang kejahatan mak mertuanya..Dhia dah minta bibik buangkan beras dan minyak yang mak mertuanya guna untuk pekena depa dan Dhia dah jumpa ‘benda’ yang mak mertua dia letak bawah katil Zikir dan dhia…

Kita tengok hari ni apa jadi..OK?

tentang dhia

Benda tak logik bersepah sangat dalam kisah Tentang Dhia nih….

Gila cepat detect Dhia hamil..gila cepat kes dadah settle..

Gila slow penyangaknya

Gila sewel mak mertua Dhia

Gila lembab si Zikir buat keputusan..

Gila tahyul syirik kurafatnya bomoh Siam kecintaan mak mertua Dhia hahahaa

Mai kita tengok Dhia to Zikir no donkan-sa no story…harharharhar…

Sesungguhnya entry ini tiada faedahnyaaaa….

apa makna donkan?

donkan maknanya TAK sensitif!

Lawan Tak sensitif adalah sensitif yakni BINKAN…sebut bing-kang

binkan bukanlah kuih bingka/bengkang ya puan puan…

100 hari

berkesempatan menonton drama TV ini pada sabtu malam ahad lepas…di TV1…

Subhanallah..

saya sangat terberkesan dengan drama ini

mengisahkan seorang pemandu yang taat perintah Allah dan majikan yang pentingkan dunia..

bagaimana berlakunya kematian serentak pada masa yang sama tempat yang sama cara yang sama namun berbeza kisah perjalanan ke alam kuburnya

drama ini menunjukkan kita antara perkara perkara yang akan berlaku menjelang 100 hari kematian kita

Namun hanya mereka yang Allah pilih sahaja yang akan PERASAn akan perkara itu

Sebelumnya kupergi renunglah  di sini kerna mungkin terjadi kita tak akan bertemu lagi

saya juga suka kerana Melissa Saila berlakun..saya suka lakonan beliau…sangat menjiwai watak dan saya suka laaaa

Di dalam cerita ini juga menunjukkan bagaimana kanak0kanak 10 tahun berjaya memandikan jenazah bapanya kerana si bapa telah mengajar anaknya cara-cara memandikan jenazah..kita reti ke???

teori tahu praktikal??

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.