Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

100 hari

berkesempatan menonton drama TV ini pada sabtu malam ahad lepas…di TV1…

Subhanallah..

saya sangat terberkesan dengan drama ini

mengisahkan seorang pemandu yang taat perintah Allah dan majikan yang pentingkan dunia..

bagaimana berlakunya kematian serentak pada masa yang sama tempat yang sama cara yang sama namun berbeza kisah perjalanan ke alam kuburnya

drama ini menunjukkan kita antara perkara perkara yang akan berlaku menjelang 100 hari kematian kita

Namun hanya mereka yang Allah pilih sahaja yang akan PERASAn akan perkara itu

Sebelumnya kupergi renunglah  di sini kerna mungkin terjadi kita tak akan bertemu lagi

saya juga suka kerana Melissa Saila berlakun..saya suka lakonan beliau…sangat menjiwai watak dan saya suka laaaa

Di dalam cerita ini juga menunjukkan bagaimana kanak0kanak 10 tahun berjaya memandikan jenazah bapanya kerana si bapa telah mengajar anaknya cara-cara memandikan jenazah..kita reti ke???

teori tahu praktikal??

Nora Elena dah habis!

Sebenarnya saya bukannya ada idea sangat pun hahahhaa…apa aku nak buat kacau ya?

nak kutuk drama Nora Elena boleh?

kahkahkahkah

Ya Nora Elena memang mem’boom’kan Aaron Aziz dan Siti salihah…Bagus…Rezeki mereka..

yang saya nak komen bukannya pelakonnya tetapi jalan ceritanya

Kihkih..kata tengok 5 minit akhir sahaja kan…ohh untuk episod terakhir saya tengok lama sikit sambil sambil goreng mihun dan bagi anak makan…yahahahahhhahaaa

1. Betullah adaptasi longgar..ok fine no problem

2. Kalau boleh drama yang diminati ramai sepatutnya kurangkan dialog-dialog yang tak berfaedah..benda benda tak sepatutnya….btw..apa jadi dengan suami si Nilawati?apasal mak Nora nak kena tanya plak si Yvonne tu bangsa apa agama apa?apakah?Takyahlah habaq berapa Atan bagi cash kat Elena setiap bulan..malu ahkak dengaq!

3. Hospital mana mereka jadikan lokasi pergambaran Nora Elena bersalin?wajib saman tuh kahkahkah..apa kes baby baru keluar dah hilang dan cayalah lu Nora Elena selepas bersalin macam dah 3 hari bersalin kekuatan..yahahahahahaa..rezeki masing masing…kena dalami sedikit watak bersalin nih..ok?youtube banyak boleh rujuk ya..mantapkan skill bersalin secara lakonan tu ya..bersalin alam nyata susah nak komen

4. Tolonglah majukan dunia penyusuan susu ibu…takleh wei promo botol susu dengan bayi bawah 6 bulan tuh..bawah setahun tuh…Kalau ibu dan bayi sudah memadai..boleh kita pakat assume anak tu minum susu ibu…okay?buatlah juga tanggungjawap sosial..majukan penyusuan susu ibu ya….Saya dengan ini mencadangkan kalau ada bayi dalam drama atau filem apa kata kita ‘sangkutkan’ dengan penyusuan susu ibu?biar masyarakat nampak hebat sikit..vogue you susukan anak…takyah tayang payudara..baju penyusuan canggih bersepah..berfesyen dan nursing cover pun berlambakkan…Menyusukan anak zaman sekarang dah takyah tayang nenen!

5. Watak dan perbuatan jahat si penjenayah diperincikan sikit…Bagi nampak horror lebih sikit…Bagi nampak kejam sikit ya…Tapi oklah watak Yvone gedik sudah cukup menyakitkan mata..huhuhuhu

6. Saya tak akan jadi macam Nora Elena dan saya tak mau suami macam Atan tuh la….Saya nak suami banyak duit la tapi tak mau suami banyak duit ala ala..mmm…’donkan’ tak sensitif..hahahhahaa….gasaklah ya ..saya melihat watak Atan tuh sedemikian….Lagipun di mata saya En.MNO saya the best kan..apakan daya…

7. Menonton drama dengan selingan IKLAN yang bersepah-sepah adalah sangat tak muhibbah!

 

Tamat…

Sedikit cerita kelakar buletin utama TV3 malam tadi

Depa buat /baca berita tentang gotong royong tiba-tiba tersasar ke kisah perhimpunan bersih siap keluar video komen TPM bagai then daripada gotong royong jadi cerita ala ala politik then masuk balik kisah perhimpunan bersih ulang balik apa TPM kata …erkk..tak perasankah???

Kenapa mutu BERITA TV3 sangat teruk?Penggunaan bahasa melayu pun sungguh kritikal salah tatabahasa dan nahu…ko buat berita seanteri Malaysia ..salah tatabahasa..salah nahu…di manakah peranan memartabatkan bahasa rasmi?(blog merapu ahkak tak pa la..tak gleme macam TV3)

Pak-pak menteri pun..Ya ampun…mohon berilah kelas wajib bahasa Malaysia….para ibu..bukan para para ibu..PARA sudah menunjukkan BANYAK…

para pekerja-pekerja pun salah juga…sebut saja PARA PEKERJA…

DI masa hadapan..salah…

PADA masa hadapan…betul

Patutlah budak sekolah dok komplen BM susah…sebab media massa pun salah guna bahasa..mmm..no komen…

(cik fid..ko guna bahasa carca merba bley plak?ko kecok TV3 salah tatabahasa bagai..apa kes ko??)

Ehh loghat kampung dah ada dalam kamus kan?

 

sekian sahaja laa

kecoh je ko erk!

Nora Elena: kata Cik Fid

Hahaah..nak buat sedikit komen tentang drama Nora Elena..walaupun saya hanya tonton 5 minit terakhir setiap episod…hebat tak?selalu ambil 5 minit last ja..kahkahkah…drama melayu biasa la..tak tengok penuh pun tak pa…tiada kelainan..pi mai pi mai boleh agak ..kahkahkahah

peminat drama Nora Elena jangan marah ya..ini komen peribadi saya..saya sebagai penonton 5 minit terakhir ada hak juga nak komen hahahahhahaa

Sungguhlah..awat cerita melayu suka buat watak hero ala ala ‘donkan’ tak sensitif langsung…apakah sangat suci bersih hati sampai tak ada rasa curiga?

Nora Elena tuh pun..kata 10 tahun lepas kena rogol…dah tu trauma bagai..tapi macam tak telly ja..ko asyik pakai skirt singkat dan pakai dedah dedah ja…kalau trauma bagai harus ko tutup litupkan..ma bapa dia pun macam tak kisah je ….alahai..mak bapa mai pe kata ko pakai sopan sikit..kata average family …ohh average selalu over kan kahkahkah..kalau ahkak keluarga miskin lainlah cerita….

Yvone(eja tak tau) dia nih agama apa ya dalam drama nih? Kelirunyaaaaa

Apa kes tiba tiba Nilawati muncul nih?erk erk…saya makin keliru

si amir tu…aha la..ko amir kalausukakan si Elena tu apasal tak macho masa zaman gangster ko tu hah?kihkihkih….

lupa plak depa ikut skrip dan pengarah la..sorry….

Walaubagaimanapun saya sangat tak berkenan la dengan watak Nora Elena yang keras kepala tak tentu hala dan watak lembut tak tentu hala si Atan tuh!Seth than leee….

Hakikatnya..memang wujud manusia jenis gitu..huwahuwa….

 

sekianlah komen saya takat nih..kang kalau ada lagi saya bebel lagi huwahuwahuwa….

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.