MENGENAI BLOG INI
Selamat datang ke yuitsumuni.com
Blog ini adalah rentetan dari blog-blog terdahulu, yuitsumuni.blogspot.com dan fidsweetstory.blogspot.com.
Di sini saya akan berkongsi pengalaman, pendapat, pandangan saya.
Blog ini juga merupakan ‘online diary’ saya.
mengenai saya & keluarga:
Saya lebih selesa menggunakan nama Fid atau Cik Fid dalam hal ONLINE(Blog ataupun facebook dan sebagainya)
Berkelahiran Kedah, anak orang kampung dan Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah saya berjaya menamatkan pelajaran di Tokai university, Japan dalam jurusan ‘Communication Engineering’ dan bekerja di sebuah syarikat Jepun di malaysia.
Saya adalah penyokong TEGAR penyusuan ibu dan merupakan salah seorang daripada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBfPC).
Untuk maklumat tentang penyusuan susuibu/breastfeeding sila ke website ini.
saya adalah ibu kepada seorang kanak-kanak pintar bernama akif hafiy.
anak saya memanggil saya dengan panggilan ‘mommy’
Anak saya dilahirkan pada 17 september 2005 jam 1150am melalui ceasarian birth. Anak saya disusukan dengan susu ibu secara exclusive selama 5 bulan 28 hari dan diteruskan dengan ‘fully-breastmilk’ sehingga dia berusia 2 tahun 2 bulan(26 bulan). Anak saya telah mengambil keputusan berhenti/cerai susu pada usia 5 tahun(17 sept 2010)
Maka tamatlah sudah sesi penyusuan ibu ke atas Akif Hafiy.Alhamdulillah
Saya adalah isteri kepada Mr.MNO. Kami telah diijabkabulkan pada 1 May 2004.
Klik Contact Me Untuk menghubungi saya.
Selamat membaca.
















