SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Bukan jurucakap philips tapi
Nak cakap
Electric pressure cooker ni amat berguna kepada saya

Kenapa? Sambil masak saya boleh buat macam macam..
Mop lantai
Sapu lantai
Sidai kain baju
Lipat kain baju
Solat
Sental CD
Breastfeed bayi
Iron baju

Kisahnya tak da idea nak masak apa
Lompat bintang 3 kali..
Ok..jom buat bubur nasi+ayam
Rebus ayam dulu.nak bagi hancur..kita rebus 27 minit?
Kenapa 27? Rasa nak letak 27 hahaha
Mode chicken seal

Lepas tu tinggal..cukup 27 minit datang
Rekease wap
Cuci beras..masukkan.perisakan
Mode congee
Seal
13 minit
Tinggalkan…

Tunggu siap..
Boleh makan

‘Blender’ apa paling bagus?

Saya dah tak ingat apa jenama blender pertama saya ketika saya sedang study di luar negara(wah luar sangatlah tuh) tetapi sangat ingat…cerek elektrik saya dan rice cooker saya berjenama zoojirushi(cap gajah) Tahan lama oo…product cap gajah tuh!

Walaubagaimanapun, blender pertama saya setelah menikah adalah cap PHILIPS….Mak su saya hadiahkan..Kami dapat 2 blender masa menikah tuh, satu maksu saya bagi cap PHILIPS tu la..satu lagi department saya bagi cap PANASONICS…ta[pi yanag cap panasonics tuh hubby saya kecek sakan supaya saya bagi kat mak sedara dia..baru kawen kan nak tunjuk bagus so saya bagi la…hahahhaa…

Saya baru saja puji ketahanan blender saya tuh, sekali…tiba-tiba blender saya rosak…jahanam..punah….perghh sentap…terpaksalah saya buang cili yang nak dikisar…kejadian berlaku pada Ahad minggu lepas…bukan ahad yang baru lepas semalam ya…minggu lepas…maka, hari sabtu baru-baru ini saya telah pergi membeli seunit blender baru…saya bayar tapi itu duit suami saya…

biasa la ahkak kalau bab BERGAYA dengan duit orang kelas!!

cap PHILIPS juga….

RM99 tunai…nih paling murah la dan berbaloi with BRAND la nih..kahkahkahkah..

saya rasalahkan..Philips kena ambik saya jadi DUTA BLENDER PHILIPS laaa….

oh ya DVD player kami pun cap Philips juga sebab murah hahahahahah…with brand..nak juga brand tuh

harapan saya blender ini dapat lawan kehebatan blender lama yang tahan 7 tahun…..yang ni target 10 tahun la….kalau tak guna Electrolyt capasitor OK kot…hakhakhak

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.