SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

ukuran awning tudung

Rupa-rupanya gambar yang saya ‘simpan’ di dalam WLW saya semuanya dah takleh view…akaun saya macam dah hilang..apa punya turr daaaa..

maka cara jahit tudung saya semuanya..kebanyakkannya tinggal dapat dilihat tak dapat diklik gambarnya

stresssssssss

LINK ke tudung

boleh klik links yang saya bagi tu ya untuk cara saya jahit tudung dan boleh juga search di ruang CARI yuitsumuni.com ya

awning 2

cara buat awning

awning tudung

saiz awning dan saiz kertas keras.

Makanan pelengkap hanya boleh diberi kepada bayi apabila bayi sudah mencecah usia 6 bulan.

Namun, apakah makanan pejal terbaik buat bayi?

Adakah bijiran di dalam tin?Makanan bayi yang diproses?Ataupun makanan yang dimasak sendiri di rumah?

Mengapa kita tidak digalakkan memberikan anak kita makan bayi yang diproses?Mengapa perlu beri makanan yang dimasak di rumah?Bukankah makanan bayi yang dijual di pasaran itu memudahkan?

Apa komen anda?

Komen saya, selagi nama pun makanan bayi yang diproses…nyatakanlah 13 kali sekali pun yang TIADA bahan pengawet, ingat saya percaya??Tak letak pengawet lain garam gulakan pengawet juga..bayi bawah 2 tahun mana boleh makan garam gula….Satu lagi, sedap ke makanan bayi di pasaran tuh?Tahukah cara mereka proses?Halal ke?

Anak saya makan bubur saya masak…dia suka bubur yang saya masak walaupun bubur itu tawar..tawaq hebiaq….namun ada rasa manis manisnya…masin masinnya…perisa original…..

Apabila anak saya dah mula nak makan nasi biasa saya sediakan sup untuk dia…sup ayam…sup daging..sup ikan bawal..sup ikan merah sup ikan tenggiri…steam salmon…steam bawal…steam chicken dan sebagainya tanpa garam! jadinya anak saya sorang je yang akan dan boleh makan..orang lain tak makan la makanan tawar nih plainnn jaaa…dia selamba saja makan….Kalau terpaksa makan di luar anak saya makan nasi kosong sahaja tu pun makan dengan penuh seleranya disulami dengan susu ibu fresh dari mommynya….lazat tuh!kalau orang jepun makan nasi dengan ayaq teh anak saya makan nasi dnegan ayaq susu ibu!

Ketika anak saya bayi, saya juga beri anak saya makan sayur seperti lobak merah, sawi, bayam, buncis, asparagus, dan celeri…sekarang ni dia decide la nak sayur apa…suka hati dia nak ke tak nak….tiada paksaan….

Pada peringkat awal bagi anak makan tak perlulah bagi banyak sangat…sesudu dua je pun cukup..lama lama baru tambahkan kuantitinya ikut demand tukang makan…ok?

akif makan bubur atas kukucar

masa dia bayi

akif makan

sesudah 4 tahun..eh ke 3 tahun??

Dah boleh makan di luar dan di dalam rumah…kalau dah besar nak bawa makan kat mana pun boleh…tapikan anak kami dari kecil pun memang beradab di meja makan..kihkihkih….

kasi tips sikit la

Kalau nak anak kita beradab sopan di meja makan atau di tempat makan, masa anak kita kecil lagi..yakni ketika menyusukan pun silalah mengamalkan adab sopan makan dan minum…Apabila anak dah makan makanan pejal suap anak makan di SATU tempat sahaja..elakkan layan anak makan merata-rata…sambil berlari atau di serata taman perumahan(bibik bibik sukalah bagi makan anak serata taman perumahan nih..selalu saya tengok maid indon bagi anak makan berjalan merata). Tetapkan tempat makan anak supaya dia mudah faham kelak apabila diajar makan setempat…zaman saya kanak-kanak dulu tempat makan kami adalah di dapur makan berjalan kena sebat..makan bertinggung kena sigung hahahahhahaha…

Ish cari tak jumpa pula gambar saya makan di rumah…mana erk?

jangan lupa baca boikot nestle ni ya

Sejak petang semalam lagi anak saya teringin nak makan bubur nasi

saya plan nak beli ‘moi sup’ kat pasar malam

sebelum sampai ke rumah kami singgah ke pasar malam tetapi ‘moi sup’ dah habis.maka frustlah budak kecil itu

Bagi menunaikan hajat hati anak nak makan bubur nasi saya pun masakllah bubur senja tadi

minta maaflah kalau presentation tak menarik tapi serious sedappppppppp

maka marilah saya share resepinya

nak tak?

Bahan bahan yang diperlukan

  1. Nasi yang sudah ditanak
  2. sup ayam beserta ayam
  3. bawang, halia dimayang
  4. daun sup dipotong sederhana besar
  5. minyak untuk menumis
  6. santan
  7. garam secukup rasa
  8. carrot (jika suka)

Cara menyediakan

  1. panaskan minyak dan tumis bawang serta halia
  2. masukkan sup ayam dan ayam
  3. masukkan nasi
  4. masak sampai nasi dah lembik
  5. masukkan carrot
  6. masukkan santan tunggu mendidih masukkan daun sup dan garam secukup rasa
  7. tunggu nasi dan betul betul jadi bubur atau dalam kepekatan yang diingini
  8. siap

Inilah cara masak bubur yang mudah

dah masak bolehlah taburkan bawang goreng ka makan dengan telur masin ka

pilih yang mana suka

nota:cara memasak bubur ini juga boleh diaplikasi juga untuk memasak bubur dengan cepat tanpa slow cooker

nasi dimasak terlebih dahulu dan ditanak atas dapur dengan sup atau air(bagi bayi yang baru on solid food)

oklah

sekian sahaja

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.