SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Malam ni saya masak
nasi ayam
gigih tau
balik dari SGM kami ke IOI Mall sebab Hubby nak cari kasut.,.then lepak lepak..tup ytup balik singgah giant shah alam plak..beli beli sikit
tup tup jam 5PM baru sampai rumah
bersilat bagai masak laaaaaaa
ayam sebelum bakar…

dah jadi nasi ayam dan lauknya

iuni plak ayam yang diperap untuuk menu AYAM PANGGANG malam esok laaaaaa

yum yum
hu ha hu ha
aku teringin gilo mau makan itu teriyaki chicken sekalikan aku pun pi la google tengok apakah resepi sos teriyaki
maka dengan muka merahnya aku dapati
Ingredients:
Mirin (omit la..harem hakhak)pepandai sendiri nak ganti dengan itu suka meras…bleh??
Sake (omit la juga harem)takyah laaa
Cornstarch
Brown sugar
Garlic
Soy sauce
Ginger
ok..nanti aku alter sampai ala ala sos teriyaki
belom coba lagi hanya carian semata
namun atas dasar ketagihan mau mentangkedaroh aku telah mengaplikasikan kepandaian aku guna akai
kahkahkahkah
aku pun masaklah

dengan menggunakan sos barberque yang halal di pasaran Malaysia
maka resepinya
sos BBQ
ayam fillet punya sebab malas siang
lada benggala
halia dicincang sampai lumat patutnya tumbuk tapi segan nak basuh lesung batu anak teruna tak mau tolong sebab sibuk main game
bawang putih..cincang juga
minya sesudu dah la…
cara memasak
1. gaul ayam dengan sos BBQ
2. panaskan kuali leper tu goreng ayam tanpa minyak
3. dah masak ayam tu angkat dan potong kecil kecil
4. cuci kuali atau guna kuali lain.panaskan kuali
5. masukkan sesudu minyak ke dalam kuali
6. minyak dah panas masukkan garlic dan halia cincang
7. Masukkan ayam dan lada benggala
8. goreng sekejap kemudian masukkan sos BBQ 2 sudu lagi beserta air 3 sudu
9. siap
btw, semalam ketika saya nak keluar dari kedai ayamas selepas beli chicken fillet saya disapa oleh seseorang..blogger nama Marlia yang baca blog saya
thank you sebab tegur ahkak yang sedang kelam kabut.anak ahkak sedang menanti jawapan soalan yang dia tanya so ahkak tengah pikir masa tu..apa jawapan nak bagi
kahkahkahkah
OK
saya nak berkongsi sedikit cara cara nak buat bag ni
![]()
mula mula
sila lihat tempalate bag lukisan free hand saya ini
sila jangan ketawa

ok
ukuran adalah seperti di dalam lukisan senget benget di atas
A-body
kena ada 4…2 untuk bahagian luar 2 untung lining dalam
B- tapak kena ada 2…1 untuk lining 1 untuk luar
C-tali bag 2 keping saja la
D- untuk zipper(tiada dalam gambarajah) ukurannya sila ukur sendiri panjang bukaan mulut bag…lebar pun sila ukur sendiri ikut kesesuaian
saya akan mulakan dengan buat template…saya guna kertas minyak saja
then saya tekap atas kain..pinkan…saya potong…kalau guna rotary cutter kena hati hati sikit
dah potong kain..kita teruskan dengan menjahit
jahit tali bag..cantum dua keping….kalau nak keras sikit sila letak itu pengeras leher baju kurung..kalau tak tau sila ke kedai barangan jahitan minta kertas alas leher baju kurung..
ngeh
iron mendelah kertas alas leher ke salah satu tali bag then jahit cantum dengan satu lagi
terbalikan dan gosok cantik cantik
ketepikan….
untuk body dan tapak..
jahit dengan mencantumkan tapak dan kedua dua body
dah jadi ala ala bakul gitu?
then jahit cantum tali bag dengan body bahagian luar…opsss lupa nak habaq kat mana nak buh tali
tali disambung kat tapak…
sila jahit cantum body dan tapak lepas tu anda akan dapat idea kat mana nak letak tali bag
bag ni bertali satu saja
selepas cantum tali dan body
baru kita cantum bukaan yang nak letak zip kemudian baru kita cantum dengan lining
adakah agak carca merba ayat ayat saya?
jika tak faham silalah email ke sms ke..ke call saya ya
nak buat step by step penyakit M sudah mari
lagi satu ai kena lukis handfree so ai malas laaaa
nanti kalau saya nak buat bag versi ni saya cuba keep track dengan mengambil gambar ya
sabaq naaa
angin menjahit bag versi ni tarak mari lagik
ok
nanti saya update lagi ya bab bag ni

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.