SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Makanan pelengkap hanya boleh diberi kepada bayi apabila bayi sudah mencecah usia 6 bulan.

Namun, apakah makanan pejal terbaik buat bayi?

Adakah bijiran di dalam tin?Makanan bayi yang diproses?Ataupun makanan yang dimasak sendiri di rumah?

Mengapa kita tidak digalakkan memberikan anak kita makan bayi yang diproses?Mengapa perlu beri makanan yang dimasak di rumah?Bukankah makanan bayi yang dijual di pasaran itu memudahkan?

Apa komen anda?

Komen saya, selagi nama pun makanan bayi yang diproses…nyatakanlah 13 kali sekali pun yang TIADA bahan pengawet, ingat saya percaya??Tak letak pengawet lain garam gulakan pengawet juga..bayi bawah 2 tahun mana boleh makan garam gula….Satu lagi, sedap ke makanan bayi di pasaran tuh?Tahukah cara mereka proses?Halal ke?

Anak saya makan bubur saya masak…dia suka bubur yang saya masak walaupun bubur itu tawar..tawaq hebiaq….namun ada rasa manis manisnya…masin masinnya…perisa original…..

Apabila anak saya dah mula nak makan nasi biasa saya sediakan sup untuk dia…sup ayam…sup daging..sup ikan bawal..sup ikan merah sup ikan tenggiri…steam salmon…steam bawal…steam chicken dan sebagainya tanpa garam! jadinya anak saya sorang je yang akan dan boleh makan..orang lain tak makan la makanan tawar nih plainnn jaaa…dia selamba saja makan….Kalau terpaksa makan di luar anak saya makan nasi kosong sahaja tu pun makan dengan penuh seleranya disulami dengan susu ibu fresh dari mommynya….lazat tuh!kalau orang jepun makan nasi dengan ayaq teh anak saya makan nasi dnegan ayaq susu ibu!

Ketika anak saya bayi, saya juga beri anak saya makan sayur seperti lobak merah, sawi, bayam, buncis, asparagus, dan celeri…sekarang ni dia decide la nak sayur apa…suka hati dia nak ke tak nak….tiada paksaan….

Pada peringkat awal bagi anak makan tak perlulah bagi banyak sangat…sesudu dua je pun cukup..lama lama baru tambahkan kuantitinya ikut demand tukang makan…ok?

akif makan bubur atas kukucar

masa dia bayi

akif makan

sesudah 4 tahun..eh ke 3 tahun??

Dah boleh makan di luar dan di dalam rumah…kalau dah besar nak bawa makan kat mana pun boleh…tapikan anak kami dari kecil pun memang beradab di meja makan..kihkihkih….

kasi tips sikit la

Kalau nak anak kita beradab sopan di meja makan atau di tempat makan, masa anak kita kecil lagi..yakni ketika menyusukan pun silalah mengamalkan adab sopan makan dan minum…Apabila anak dah makan makanan pejal suap anak makan di SATU tempat sahaja..elakkan layan anak makan merata-rata…sambil berlari atau di serata taman perumahan(bibik bibik sukalah bagi makan anak serata taman perumahan nih..selalu saya tengok maid indon bagi anak makan berjalan merata). Tetapkan tempat makan anak supaya dia mudah faham kelak apabila diajar makan setempat…zaman saya kanak-kanak dulu tempat makan kami adalah di dapur makan berjalan kena sebat..makan bertinggung kena sigung hahahahhahaha…

Ish cari tak jumpa pula gambar saya makan di rumah…mana erk?

jangan lupa baca boikot nestle ni ya

Kadang-kadang kita rasa macam pelik kan

kalau tengok ibubapa tua hidup tanpa dijaga atau diambil tahu oleh anak mereka

kita tak pernah nak ambil tahu kenapa

kita selalu ‘cop’ anak mereka derhaka atau tak kenang budi tak kenang jasa

pernah tak kita tanya…kenapa kau tak jaga bapa kau

bukankah bapakau bela kau….

kita tak pernah berani nak tanya

tapi kita berani nak tuduh…..

anak derhaka

tak kenang jasa tak kenang budi

tapi kalau anak yang tidak pernah dijaga oleh ibubapanya..membsar sendiri dengan ihsan orang lain…sesudah besar kita tetap salahkan anak itu jika dia tak kisah hal ibubapanya..

benar

tanggungjawap dia berbuat baik kepada ibubapa yang melahirkan dia

tapi kita lupa

hati manusia

ada kala kita tak ingat

ikatan kasih perlu dipupuk bukan dipaksa

memupuk rasa kasih sayang cinta rindu tak akan menjadi jika sebelah pihak sahaja berusaha

orang kata tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

kalau sebelah tangan bukan tepuk la weii

saya sangat tersentap melihat satu keluarga yang tidak pernah mesra akan ikatannya

saya agak kaget apabila tiada yang cuba untuk merapatkan jurang tanpa kemesraan walaupun ada ikatan darah daging yang amat kuat

mungkin itu cara mereka

kita tak mampu memaksa

apa yang saya dapat daripada moral of the story

ketika anak kecil kita ibubapa haruslah dan wajiblah menjaga dan memberikan kasih sayang dan perhatian epenuhnya…supaya anak itu kekal teguh rasa kasih sayang cinta rindu kepada ibubapanya dan menjadikan dia manusia bertanggungjawap membela keluarganya

mencorakkan anak adalah amanah buat kita dan corakkan yang kita berikan itulah akan kita lihat dan hadap sepanjang usia kita…

amanah Allah buat kita jangan disia siakan…

dalam memperkatakan perihal hati…kemahiran berkomunikasi amatlah penting……

maka  pilihlah cara berkomunikasi yang berkesan…

Cara bersalin tanpa rasa sakit

Jangan tertipu dengan tajuk

saya minta maaf jika anda datang ke entry ini kerana tajuk di atas…

tak ada cara untuk bersalin tanpa rasa sakit sebelum dan selepas kecuali deria rasa sakit anda sudah mati….

sekian, terima kasih

hahahhahaaaa

tidak..saya tidak akan berhenti di sini..panjang berkajang lagi saya nak taip

cara cara tak nak rasa sakit ketika bersalin..(arienai da yooo)

1. air selusuh

popular habis air nih..semua orang pulun sakan..siap ada yang JUAL tuh..apa apa la labu..janji kome bahagia….namun haruslah kta ingat hatta ambil     air selusuh pun sakit tetap sakit ..jika anda mudah bersalin pun bukan sebab air tu tapi sebab Allah yang permudahkan..ingat tu…

2. minyak selusuh..

sama saja konsepnya dengan air selusuh namun…

jika mak saya…

btw..mak saya PANDAI buat minyak selusuh nih…kalau nak tempah sila la ke rumah mak saya yahahahahaha…

kalau mak saya..mak saya buat dengan minyak kepala yang ditanak…

dan selepas solat..saya tak tau solat waktu apa..mak saya akan membaca ayat ayat suci kat depan botol minyak tu…saya pun tak tau apa doanya….

then mak saya akan siapkan minyak tuh…

ada pantang pula

hanya boleh minum apabila rasa sakit..tujuannya nak hilangkan sakit dan mudahkan bersalin..kononnya minyak itu ala ala minyak pelincir laaaa

tapi saya berpendapat…

itu semua ..mind’s game saja…kalau kita minum minyak tu kita twist otak kita..kita kata ohh minyak ni bantu aku senang bersalin…dah mantera gitu otak pun ..translate la sebagai tak sakit..aci???

saya dibekalkan ebotol  minyak nih tapi anak dah 5 tahun minyak tu tetap kekal sebotol

mak saya tau saya tak minum..dia diam saja…

ok per saya bersalin senang je….potong perut hahahhaaaaaa

ramai orang kampung dan bandar minta mak saya sediakan minyak selusuh ni

tak kena bayaran pun tapi normlly orang akan hadiahkan lah seringgit dua..

kome nak ke??

tapi kalau tak de minyak kelapa tu kena charge le harga minyak kahkahkahkahkah

walaubagaimana pun setakat jam ni semua orang bawa minyak sendiri dan testimoni moni semua kata mudah…gasaklah..mainan minda….dah rezeki anda mudah bersalin kan…

3. doa permudahkan bersalin

ni mak saya ada ajar siap mak saya tulis kat kertas lagi tapi saya dah lupa mana pi….nanti minta semula la

doa doa ni saya ok la

tapi saya tak hafal jadinya masa sakit mata tak nampak terus tak leh nak baca  apa mak saya tulis kihkihkih

4. Minta maaf sebelum bersalin

ini antara perlu dilakukan

minta maaf bukan sebab nak bersalin saja ya selu pun kena minta maaf

minta semua doakan kita dan andai kata ajal tiba paling tidak kita dah minta ampun kan…

5. Kuatkan semangat

kena kuat semangat

rileks..jangan gelabah…

saya harap in future saya akan macho

tak nak lagi cakap sakit ke apa ka…

kahkahkahkah

cerita lain pula

mak saya dulu bersalin kami 4 beradik kat rumah saja

zaman tu belom wajib bersalin di hospital

boleh bersalin kat rumah kalau ada misi klinik desa yang kerajaan  punya tu

semua bersalin mudah

cuma masa bersalin yang ketiga tu mak saya lumpuh 4 bulan..seleoas bersalin maybe side effect penat membaca menanam bagai kat bendang semasa pregnant…

sekian saja laaa

bersalin baju adalah tidak sakit melainkan ada jarum peniti terlupa nak buang masa menjahi6t huwahuwahuwa

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.