Miso-syiru(miso soup)

Versi tofu pecah sebelum potong hahaha

Nasiblah kan tofu besar gajah pun
Bahan-bahan

Dashi

Miso paste

Tofu

Daun bawang

Sayur sayuran pilihan anda
Cara menyediakan

****************

Panaskan dashi

Dah nak mendidih tu masukkan sayuran yang perlu dimasak..contohnya daikon(lobak putih)..kemudian diikuti dengan tofu

Dah tofu tu masak. Tutup api. Masukkan pes miso

Gaul rata sampai pes sebati dengan sup dashi

Panaskan semula(nyalakan api) tak perlu sampai mendidij.

Tutup api

Taburkan daun bawang

Makanlah..
Nisbah dashi dan pes

1cawan dashi + 1 sudu makan pes miso

Kalau 4 cawan dashi.campur dulu dwngan 3 sudu makan pes miso..then rasa dulu masin ke idak..kalau belum cukup kemasinan baru tambah 1 sudu lagi
Gitu laaa

Pes miso

Boleh cari kat jaya grocer

Cari yang tulis bahan bahan

Air

Soya

Garam

Gula
Yang ada alkohol jangan la ambil

Memang ada yang beralkohol

Related Posts with Thumbnails