SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Versi Fid
Ketika saya nak masak anak saya merengek nak hanen!
yaaa..dah 4 tahun 6 bulan daaaah…
tak pe tak pe
saya pujuk punya pujuk tak jalan
tiba tiba saya nampak satu mentol menyala
saya cakap kat anak saya
“nak tolong mommy masak??”
dia berhenti merengek dan merenung dalam-dalam ke mata saya
“NAK”
“jom”
saya serahkan sebilah pisau dan seketul kentang yang sudah dikupas kulit untuk dia potong
“Ohh noo..saya budak kecil mana tahu guna pisau….”
saya cakap kat dia..
“kalau nak masak kena tahu pegang pisau”
dia pun pegang pisau..
dia cuba potong kentang dengan sebelah tangan
kentang lari!!!
saya bagi tahu dia
“kena pegang kentang dengan tangan yang satu lagi”
dia kata
“saya takut saya potong jari saya..saya kecil lagi…habis la jari saya”
saya ajar dia pegang
dia berjaya memotong kentang
dia gembira
Dan berjanji akan tolong saya masak mi pula
Ohh dia juga telah berjaya menolong memecahkan 3 biji telur dan memukul sampai kembang!
Bravo my GEDEBI!
hidup lebih bahagia apabila dikurniakan anak lelaki yang rajin
anak saya uga rajin tolong saya sediakan benang bawah mesin jahit!
p/s:Anak ini bakal jadi menantu pujaan ibu ibu mertua seanterio Tanah Melayu dari Utara ke selatan..Timur ke Barat
percaya laaa
kahkahkah
Tahukah anda
bahawasanya saya yang perasan brutal ini memang liat nak sebut di alam nyata akan perkataan I Love You kepada suami saya yang handsome itu?
Kenapa?keran saya berpendapat sejak zaman saya dara sunti yang cun lagi gah itu…kalau saya perasan saya hebat saya kena ‘kontrol’ sikit akan penggunaan I LOVE YOU
walaupun I REALLY REALLY LOVE YOU…
Kalau kat anak saya..saya selalu luahkan
tapi kat En.MNO saya JUAL MAHAL sikit
Maka…saya selalu guna ruangan blog hamparan luas ini menyatakan I LOVE YOU En.MNO!
egoistikkah??

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.