SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

masalah negara

Saya pernah menulis entry menyelami akan rasa hati ibu yang lahirkan anak tidak sah taraf..lahir buang atau bunuh!

saya kata mereka terpaksa….kerana dosa lampau…jika anak dibiarkan hidup akan jadi macam mereka baik bunuh dari bela membesar…walaupun bunuh itu besar dosanya…..

kenapa tiba-tiba saya marah sangat kepada Hanim???

kalau media massa menipu maka saya juga tertipu..namun takkan dalam banyak banyak tu semuanya salah belaka??

dalam tak berapa faham statement yang berputar belit..saya tetap katakan di sini punca utama adalah HANIM..

walau ada yang kata itu sudah takdir(??)

salah takdir pula kah??

mengapa kita mengaibkan??

saya boleh lagi terima akan penzina yang bunuh anak selepas dilahirkan tetapi saya sungguh tak tahu nak respon jika seorang wanita bersuami..beranak…boleh berzina sampai hadirnya anak tanpa nikah..sampai berlakunya pembunuhan anak yang sudah 3 tahun hidup di muka bumi…

kenapa bunuh setelah dia 3 tahun??mengapa tak bunuh saja 3 tahun yang lalu??

sebagai ibu yang ada anak…

sebagai ibu yang ada anak yang WARAS..lazim dan patut sangatlah merasa MARAH atas kes begini..

ini bukan kes pertama anak dibunuh oleh kekasih ibu(baca pun rasa geli geleman)

kalau saya.kekasih ibu anak saya adalah bapa anak saya….

itu lain kisah

bukan nak hina bukan nak keji tetapi…

mengapa tiada sesalan??

mengapa banyak sangat cerita berbelit??

kalau dah 6 tahun suami tinggal dah boleh minta cerai

dah boleh bebas..menikah saja dengan orang lain..

jika suami dipenjara tahun 2006 mengapa hubungan dengan lelaki lain bermula 2004???

pening pening

ini MASALAH NEGARA!!!

memang tak adil kita yang tak tau hujung pangkal ni nak mengata si Hanim tuh tetapi…tapi yaa….kalau sat itu sat ini belit belit..kalau media sengaja marahkan media..ke minta media terbakar ka…

tapi saya berpendapat Cik Hanim tu tak boleh kita ‘manjakan’ lagi!

hukum saja…

erkkk..kasihan??kasihan sebab dia diduga???

so salah dugaan pula???

siapa duga??

kenapa diduga??

apa tujuan??

macam macam pandangan akan hal ini

pada musim anak hilang kes Yin..kes Sharlini kes macam macam dulu ada juga macam macam pendapat tapi lama-lama dia saja..

timbul kes bafru pakat la pong pang pong pang semula…

kesian la kesian la…

lagi saya keliru…

eh….saya marah Mat tu juga..tak acilahkan marah hanim

bukan hanim bunuh pun kan…

erkkkk

saya sinis!

Masalah keruntuhan sistem keluarga punca gejala bunuh bayi – Shahrizat

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Masalah rumah tangga dan keluarga dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyebab kepada kes pembunuhan serta pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan kes-kes bunuh dan buang bayi tersebut bukan disebabkan oleh kelemahan undang-undang tetapi kegoyahan institusi kekeluargaan.

“Kita tidak boleh pandang ringan kes-kes seperti ini. Saya semakin khuatir kerana keruntuhan institusi keluarga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini.

“Definisi keluarga itu tidak semestinya hanya keluarga terdekat tetapi turut merujuk kepada sanak-saudara, jiran tetangga serta masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Seputeh di sini hari ini.

Selepas beberapa kes buang bayi, negara sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari.

Kanak-kanak malang itu dipercayai mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Difahamkan, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak perempuan itu termasuk di bahagian dagu, perut dan bawah telinga.

Isnin lalu, seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskan anaknya itu dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.

Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan berkecai.

Perbuatan itu dilakukan oleh wanita muda tersebut bagi mengelakkan rahsia hubungannya dengan dengan dua lelaki terbongkar.

Shahrizat berkata, setiap anggota masyarakat tidak boleh melihat permasalahan yang berlaku secara sambil lewa sebaliknya perlu memikul tanggungjawab itu bersama-sama.

Tambah beliau lagi, kesibukan hidup merupakan antara punca keruntuhan institusi keluarga.

“Ketika ini kita seolah-olah tiada masa untuk memupuk dan memberi nilai kasih sayang kekeluargaan kepada ahli keluarga sedangkan ia adalah satu keperluan,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga menyarankan agar pendidikan seks dan kekeluargaan diteruskan dalam kurikulum pembelajaran bagi memastikan gejala seumpama ini dapat diatasi.

apa ni???

kalau setakat bagi kesedaran tak de makna

bleh jadi sedar bleh jadi tegar..maka apa kita kena buat?>?

buat bodoh???

Berubah

kita perlu berubah..

bukan ikut mengikut saja ..kena sendiri yang bergerak…

kalau setakat cakap semua orang pun boleh..

cuna buat sekali hukuman yang berat-berat kasi sentap semua…

saya marah ya!

sekali lagi dalam peradaban manusia tanah melayu dilanda tsunami yang menggegarkan seluruh pelusuk negara!

penderaan kanak-kanak 3 tahun oleh kekasih ibunya yang bongok!

ohh kasarnya bahasa

saya sampai bila-bila pun tidak akan dapat menerima apa jua alasan ibunya!

melainkan mengharap hukuman setimpal buat manusia itu!

ada hubungan dengan lelaki kekasih itu sejak 6 tahun yang lalu??

anaknya baru 3 tahun

anak siapakah??

adakah si ibu curang?adakah si ibu itu bukan wanita yang baik?

itu tanggapan hasutan syaitan…

saya amat marah membaca akan berita ityu

saya rasa kalaulah saya dapat lelaki itu saya akan lanyak dia sampai lunyai then saya akan baling kat tyrex!

tetapi mengikuti akan kisah anak malang itu saya terfikir

hikmah

tempat kejadian..

tak jauh sangat dari ulu Yam

apa kata diadakan satu pemantauan khas akan kawasan itu

penduduk Ulu Yam jangan marah ya

kita kena buat sesuatu akan hal ini..

sepertimana kita tahu Ulu Yam amat terkenal dengan lokasi perkelahan yang juga popular dengan video aksi menghairahkan pada suatu masa dahulu…

ingat??

adakah ini sisa-sisa atau saki baki..atau daki??ataupun intipati???

berikutnya

sakitnya anak kecil itu diperlakukan sebelum melangkah ke alam Jannah..

zalimnya pembunuh..namun kita telah dipaparkan dengan satu kisah kerosakkan institusi kekeluarga yang amat besar

ibu kepada anak itu..bersekedudukan??

apakah penduduk sekitar semuanya tak cukup waras???

itu kalau nak salahkan orang laaaa kan..tapi kalau kita renung balik..itulah pengajarannya

korbannya anak kecil tidak berdosa penghuni syurga itu…untuk menunjukkan akan kemungkaran si ibu dan si kekasih itu!

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

saya terfikir ya..

mungkin anak itu sebenarnya tak sakit pun mungkin ya..Kalau Allah kata tak nak bagi anak itu sakit..tak sakitlah kan…ketika diperlakukan oleh manusia tidak berharga diri itu..

mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

sedap saya kata orang noo..

mungkin anak itu Allah lindungi ketika dibelasah…dan dengan cara itu segala pekung di dada si ibu terdedah..jika anak itu ‘diambil’ dengan cara demam panas atau sakit kanser ataupun radang peparu tak menarik pula ceritanya kan..

anak itu telah lama didera tiada siapa tahu..tup tup mati sebab demam….maka sampai hari perhitungan nanti barulah kita tahu kekejaman itu

Dengan aturan Yang Maha Kuasa ini…mungkin ada pihak akan buka mata..buka minda…buka jiwa….

lelaki penagih..panas baran…ada juga ya wanita yang sangap nakkan dia!!!

pelik

ilmu ilmu!!!

ingat ya wanita…ilmu kena ada..itu saja yang menbedakan antara kita…

jagalah harga diri..

kan saya pernah kata tolonglah pilih menjadi ibu…buangkan keinginan ingin menjadi wanita pujaan dalam bab ini

ibu…jika baik ibu itu..maka anak terdidik terbela..dan dikenang

jika ibu memilih menjadi wanita pujaan dibelai kekasih mengabaikan anak..ibu itu debu!abu!tidak laku!..tiada arah tuju..

tolong ya ibu-ibu..antara kehendak seorang wanita dan tanggungjawap seorang ibu…pilihlah IBU..kerana ibumu ibumu ibumu dan bapamu..

wahai wanita terpilih

tahukah anda..anda dipilih untuk menjadi ibu??

mengandung..pahit jerih..yang bekerja dimaki bos kerana cuti sakit kepala sakit kaki…bersalin..menyusukan…bersengkang mata…membesarkan anak..tiada manusia yang lebih bertuah melainkan anda wahai ibu…

mana ada orang yang merasa akan sakit melahirkan?kecuali yang terpilih..

jika anak itu hasil dosamu…jua..kauharus terima..kerana itu anakmu..dia hanya ada kamu sebagai ibunya…kamu boleh pilih kekasih duniamu tetapi anak itu???

ibunya hanya kamu..tetap kamu….

jika hadirnya anak itu memang kautak inginkan..lepaskan dia ke tangan yang sudi..hantarlah ke masjid ke..waktu orang tengah solat tu…p’pakirkan’ anak di tepi mana-mana jemaah….

boleh juga hantarkan ke mana-mana balai polis..rumah anak-anak yatim..rumah kebajikan..ataupun daftarkan terus kepada pihak berwajib yang anak tak nak anak itu..nak serahkan kepada orang

malu memang malu..beranak pandai bela tak reti..tapi sekejap saja malu tu menyesal melihat anak dibunuh kekasih penagih lebih teruk tau..kalau menyesal laaa..

kalau tak..kau terjunlah dengan labu-labu!

p/s:ditulis berdasarkan maklumat daripada media massa Malaysia

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.