SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Untuk bacaan saya
kang terlupa plak
nak juga kepoci baca kisah nih
banyak berita kat utusan paparkan hal ini
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.
Pembunuh profesional mungkin terlibat
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
KUALA LANGAT 13 Sept. – Suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan kerana dipercayai terlibat membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain baru-baru ini dibawa sekali lagi ke lokasi kejadian di Ladang Gadong dekat sini hari ini bagi membantu siasatan.
KUALA LANGAT 13 Sept. – Batang besi sepanjang 30.5 sentimeter dan mempunyai cangkuk di depannya merupakan salah satu senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sosilawati berkeras ajak anak sulung ke Banting
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, berkeras tidak mahu menemani ibunya ke Banting pada hari kejadian.
Pembunuhan Sosilawati bukan kerana perkauman
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Orang ramai diminta tidak mengaitkan kes pembunuhan kejam yang membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki dengan isu perkauman.
Keluarga sambut ulang tahun tanpa Noorhisham
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Walaupun pihak polis mengesahkan Noorhisham Mohammad merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ahli keluarga pegawai bank itu tetap meneruskan majlis doa selamat dan tahlil sempena hari kelahirannya hari ini.
Keluarga Kamaruddin reda terima kematian, adakan solat ghaib
KUANTAN 13 Sept. – Ahli keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini selepas pihak polis memaklumkan pemandu itu merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik tersebut.
Itu harapan smeua rakyat Malaysia
Namun apa yang terjadi
ketika kami sedang meronda bawa mak ayah berjalan raya kami terdengar akan berita 3 mayat rentung ditemui
Tapi tak dengar di mana
pasang telinga tarik corong bagi tangkap bunyi
Maka jelaslah akan suara pembaca berita itu menyatakan…Datuk Sosilawati, pegawai bank, pemandunya dan peguamnya telah dibunuh dengan kejam…
dibakar dan abu dibuang ke dalam air?
ZALIM
itu perkataan pertama saya
BODOH
itu perkataan kedua saya
kalau nak hunuh tanpa kesan apa ke bodoh benar dilakukan ‘ala kadar’ begitu???
nak jadi pembunuh plan la betul betul
apa depa dapat dengan membunuh dan ditangkap polis???
kerja sia sia
sah sah la bunuh orang ni dosa besar bagai umat Islam
Dah tu suspect bukan calang calang juga….Ada gelaran Datuk tuh!
Apa lagi yang dikejar??
bagai anjing dengan bayang bayang….
Takziah buat keluarga mangsa pembunuhan kejam ini
Semoga semuanya tabah dengan dugaan ini
Mengetahui akan kisah bangunnya Sosilawati Lawiya sehingga menjadi jutawan agak mensyahdukan jiwa juga…sungguh tabah dia…
Al-Fatihah buat mereka semua…
Daripada pembacaan saya, berita berita atas talian, Datuk Sosilawati masih belum dapat dikesan namun kereta mewahnya telah ditemui
Ketua Polis Negara berkata beliau tidak boleh memberi sebarang penyataan berkaitan kerana perlu menyiasat terlebih dahulu..
saya mulalah nak berfikir versi CSI kat TV tuh
siapa orang terakhir dihubungi
di mana….mengapa…
ada berita menyatakan Datuk Sosilawati Lawiya ada mengirimkan SMS pelik..susah difahami kepada anaknya…sudah difahamikah?apa yang susah difahami?adakah huruf sahaja??adakah tanda soal sahaja?
dengar kata bukan setakat polis malahan cara ‘alternatif’ juga digunakan unytuk mengesan…
semua ini dari pembacaan di internet saja ya saya tak ada sebarang fakta jelas…
sila jangan guna entry ni buat berita plak..ahaks…
kes manusia hilang memang berat untuyk diselesaikan….
masih ingatlagi beberapa kes kanak kanak hilang..
Sharlini sampai kesudah tak ditemuikan
macam manalah keadaannya..
Namun agak ralat sayya melihat sikap ibubapa yang masih lupa akan tanggungjawap
bawa anak ke pasaraya dan biarkan anak sendirian atau ralit membeli belah anak tertinggal
anak main tangga bergerak..anak kecah tepun …anak sepahkan susunan kasut dan sebagainya
kenalah ambil berat
anak sendiri sendiri la jaga daaa
kalau ada anak orang hilang ditemui saya…kalau saya jumpa mak dia memang saya hamun jaaaa….anak pun boleh tinggal merata kalau batang hidung bleh cabut cabut tinggal juga ka..itu batang hidung kalau haq lain???
moral of the story…..kita kena senantiasa memantau keluarga kita..kerjasama membawa berkat….

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.