SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Resepi takoyaki Cik fid 2013

Nak JELASkan sedikit cara buat takoyaki nih!

ewaahhh

bahan bahan untuk buat bancuhan/adunan...

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 3.5 cup dashi
  3. 2 biji telur
  4. 1 sudu the baking powder (tak guna pun tak apa)
  5. 10 ekor udang dicincang halus
  6. Secubit garam

adunan ni boleh dapat 35-40 biji takoyaki..

cara membancuh.

  • Ayak tepung dan baking powder
  • campurkan telur, kacau
  • masukkan dashi sedikit demi sedikit kacau rata sampai sebati
  • Masukkan bahan lain dan kacau rata.

Ok siap bancuhan tepung.

 

Bahan untuk dimasukkan ke dalam takoyaki

1. Tako/octopus/sotong kurita yang dah direbus. Kalau nak buh udang ka ketam ka pun OK juga

2. Daun bawang dicincang halus dan kobis dicincang halus juga

3. Beni syoga/jeruk halia dalam cuka beras dicincang halus.

 

Untuk topping

1. Katsuo bushi/bonito flake dan serbuk seaweed

2. Sos takoyaki(saya buat sendiri)

3. Mayonis (saya guna mayonis jepun kewpie)

 

cara memasak

peralatan yang diperlukan : takoyaki pan, chopstick yang muncung halus.

1. Panaskan takoyaki pan/grill/maker

2. Sapukan sedikit minyak (boleh guna penyapu minyak ataupun buat je sendiri dengan menggunakan tisu dapur+chopstick..ikat dengan getah)

3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan…guna jug ataupun measurement cup bermuncung. Masukkan penuh-penuh melimpah

4. Masukkan tako, daun bawang,kobis halia jeruk(beni syoga) tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung kat atas.Apabila dah masak sedikit, sumbat-sumbatkan bahan melimpah ke dalam lubang yang dah penuh tu.

5. Tunggu dah garing sedikit kaliskan bagi ke kedudukan 90 degree

6. Alih-alihkan/balik-balikkan bagi terbentuk bulat macam bola9ball)

7. Dah masak angkat (agak garing atau berwarna keperangan/keemasan)

8. Taburkan topping..

9. Dah boleh makan…

 

cara buat jeruk halia(beni syoga) versi cik fid

1. halia dipotong halus memanjang..nak senang sagat j

2. sedikit garam

3. cuka beras (beli kat giant ..tesco..AEON/carrefour)

Cara menyediakan.

  • halia disagat/potong halus memanjang macam asam halia merah tu…
  • kertingkan airnya. taburkan garam. Biarkan seketika…
  • kemudian curah cuka beras ke atasnya.
  • kalau halia tu cukup muda, halia akan bertukar ke warna pink atau merah. kalau halia tua tak bertukar warna pun.

Biarkan sejam kedua jam dah boleh guna dan boleh simpan lama. Simpanlah dalam bekas kaca.

Cara menyediakan sos takoyaki

bahan-bahan:

  • 1 cawan tomato sos(tomato ketchup heinz tu bagus)
  • 1/2 cawan sos worchershire – boleh beli kat tesco, giant, carrefour/AEON ataupun boleh guna soya sos jepun yang cap KIKKOMAN tu..tapi beli yang tulis RUMI sahaja yang tulis Jepun sila elakkan ya
  • 1/2 cawan jus epal( tak kisah yang beli atau yang buat sendiri..janji jus epal)
  • 1 sudu makan halia disagat halus (atau yang ditumbuk halus)
  • 1 sudu makan bawang putih ditumbuk halus
  • 1/4 cawan gula perang (nak guna gula merah pun Ok tapi saya guna gula perang )

Cara menyediakan

masukkan kesemua bahan ke dalam periuk(kalau mat saleh depa panggil sauce pan)

panaskan kat atas api sampai mendidih. Kacau sampai mendapat kepekatan yang dikehendaki.

kalau ada buih-buih ka..ada serdak-serdak ka cedok buang

Siap

boleh simpan dalam peti ais sebulan tau.

 

bonito flake dan bahan dashi beli kat AEON…(dah macam promoter AEON plak)

untuk rujukan

contoh bahan buat dashi dan katsuo bushi/bonito flake

cara buat dashi

 

selamat mencuba

Kalau nak share pun boleh kasi kredit aa tak aci aa ngaku sendiri punyaaa…gitu!

kahkahkahkah…

 

 

 

 

 

 

 

 

resepi Takoyaki

Resepi takoyaki

Saya buat takoyaki..

Alaaa nanti nanti saya update gambar ya..untuk masa sekarang tak boleh….

Resepi yang saya guna

Untuk batter:

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 3.5 cup dashi
  3. 2 biji telur
  4. 1 sudu the baking powder
  5. 10 ekor udang dicincang halus
  6. Secubit garam

Cara menyediakan.

Campur semua bahan di atas…gaul rata…kalau tak cukup cair, tambah lagi dashi

Untuk masukkan ke dalam takoyaki

1. Tako/octopus/sotong kurita yag dah direbus. Kalau nak buh udang ka ketam ka pun OK juga

2. Daun bawang dicincang halus

3. Beni syoga/jeruk halia dalam cuka beras dicincang halus.

Untuk topping

1. Katsuo bushi/bonito flake

2. Sos takoyaki(saya buat sendiri)

3. Mayonis (saya guna mayonis jepun kewpie)

Cara nak masak

1. Panaskan takoyaki pan/grill/maker

2. Sapukan sedikit minyak

3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan…

4. Masukkan tako, daun bawang, halia

5. Tunggu dah garing sedikit kaliskan bagi ke kedudukan 90 degree

6. Alih-alihkan/balik-balikkan.

7. Dah masak angkat

8. Taburkan topping..

9. Dah boleh makan…

Untuk cara memasak nanti blog saya dah pulih saya sertakan gambar…hehehehehe

Beriya ko!

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.