SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

TIRUAN

Saya ada banyak kerja tapi saya nak juga menaip sepatah dua kata di blog saya…TERAPI

Sat lagi nak buat test bahasa jepun untuk ‘students’ saya

hihihihihi

ok…apa yang saya nak bebelkan di sini adalah…mengenai TIRUAN…

Macam-macam kisah tiruan dan penipuan..

mula-mula kes susu melamin….kemudian kes santan ‘berubat’ kemudian telur tiruan…then susu bernitirit….ada lagi….nak jadikan lembu yang MENGHASILKAN SUSU SETANDING SUSU IBU MANUSIA…

nanni wo motometai desyouka???

apa yang nak dibuktikan sebenarnya??anak tabung uji?klon manusia minum susu daripada lembu yang telah berubah setaraf dengan susu ibu manusia?

itu kalau tang bab nak jadikan lembu bersusu manusia laa

tang bab susu tepung bermelamin dan bernitrit???

telur tiruan????

apa yang nak dibuktikan?

kalau telur tiruan tu juga mampu dieram menjadikan ayam…sikit ari lagi kita pun makan ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia!perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Ahaa,,kes asam boi berplumbum..ingat??

apalah lagilah negara China tu nak buat ya?

Sedangkan rakyatnya ramai negaranya luas…..susah nak kawal selia kot…..mmmm….

 

Santan..kes di Malaysia la…kes di mana nak BANYAKKAN santan ..tambah bahan kimia…wah depa nih…..maka jadilah kita manusia makan santan tiruan..sedangkan negara kita nih kaya raya dengan buah nyoq!

susu….buh melamin buh nitrit…..itu negara China la…agaknya kenapa ya depa buat demikian??

beras tiruan dah ada?

wanita ayu TIRUAN juga bersepah…siap berMISS MALAYSIA PAHANG..huhuhuhu

banyak sungguhlah ‘benda’ auta zaman la nih….

seriaunya….

ehhh video aksi seks dah bebas ditayang seMalaysia???apakah???TERBUKA sungguh nampaknya!

sekian…

Susu nitrit…telur tiruan

Lagi berita tak sedap dibaca

3 kanak-kanak China maut selepas minum susu dicemari nitrit

2011/04/08
BEIJING: Tiga kanak-kanak mati manakala 35 yang lain sakit selepas meminum susu yang dicemari nitrit di Gansu, iaitu skandal keselamatan makanan terbaru yang melanda industri tenusu negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan 35 mangsa terbabit adalah kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan kini dirawat di dua hospital di bandaraya Pingliang.
“Siasatan awal menunjukkan semua pesakit diracuni nitrit selepas meminum susu yang dibekalkan dua ladang tenusu," menurut laporan Xinhua.
Nitrit digunakan untuk merawat daging.

Kedua-dua ladang tenusu itu ditutup dan pengurus mereka sedang disiasat.

Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut dan hampir 300,000 yang lain jatuh sakit akibat meminum  
 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3kanak-kanakChinamautselepasminumsusudicemarinitrit/Article/

Tak habis habis.la China nih….telur turuan la apa la lagi hah??

 

Cetak .  Emel Rakan . 
Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal

2011/04/07
GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, 
alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. – BERNAMA

sungguh menakutkan dunia hari ini…semua FAKE kah???

Gerunnya…..apa dah jadi?Desparate sangat dah?

Tak tau nak komen apa dah….

FAKE EGG

image taken from google image

Tiba tiba rasa loya pula nak makan telur sedangkan telur ayam yang dibeli..Insya Allah selamat…aduhai……

Related Posts with Thumbnails

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.